Dalam Khayal

283 7 0
                                    

Melihat mereka mereka yang kecewa mungkin tidak menyentuh sisi jiwa lembut aku. Iya, aku adalah manusia yang sudah paling biasa dengan kecewanya hidup.

Sejak kecil aku dilatih utk berusaha utk capai apa aku mahu tapi sungguh seribu kali aku usaha pun aku tak akan mampu capai apa yang aku mahu dan akhirnya aku cuma lah sosok hina yang dicerca kononnya manusia gagal.

Aku juga sudah biasa merasa apa itu rasanya kehilangan. Seawal umur 4 tahun aku sudah merasa kehilangan manusia penting dalam hidup. Sekaligus dua manusia yang bisa buat aku senyum pergi dihanyutkan oleh arus air. Tubuh mereka berjaya dijumpai tapi tidak bersama roh.

Sungguh, kecewa adalah perkara sebati dalam hati. Tapi aku masih berjalan tiada henti kerna entah. Aku sendiri tidak punya asbab mengapa aku masih berjalan. Sedangkan aku bisa sahaja menamatkan riwayat aku sendiri.

Mungkin aku cuma sedang berkhayal. Dan nanti bila bangun, aku masih punya masa untuk bahagia.

WINSTONEWhere stories live. Discover now