Chapter 2

1.3K 110 1
                                    

"Apa ? Kahwin ?!!"

Terjerit aku apabila halmeoni minta aku berkahwin. Dengan sapa entah, sebab halmeoni tak habis cakap lagi aku dah terkejut macam nampak hantu.

"Ah,halmeoni Jun minta maaf sebab lambat sebab tadi jalan sesak orang accident"

Kami bertiga berpaling ke arah lelaki berbaju kot hitam. Segak. Dialah sepupu aku,Jun. Dia tua 5 tahun dengan aku. Actually, dia ni just anak angkat kepada arwah pak cik aku iaitu abang Omma. Semenjak parents dia meninggal 2 tahun lepas akibat kemalangan jalan raya dia terus menetap dengan halmeoni, sebab halmeoni sunyi.

"Tak mengapa Jun. Sini duduk sekali" panggil halmeoni.

Tanpa membantah , Jun terus mengambil tempat di sebelah halmeoni dan berhadapan dengan aku. Jun dan aku selalu juga bergaduh. Memang dari kecil lagi. Bagai kucing dan anjing bila berjumpa.

"Ada apa halmeoni minta Jun balik awal?" Soal Jun. Sopan.

Halmeoni tersenyum. Dia memandang aku dan Jun. "Macam ni , halmeoni berhajat nak sangat kamu berdua kahwin"

Aku dan Jun sama-sama terkejut dengan permintaan halmeoni. Apakah halmeoni kena sampuk ke ? Gila suruh aku kahwin dengan mamat poyo ni. Jun menjeling aku dengan riak wajahnya yang masam mencuka.

"Tapi halmeoni .... "

"Jun, tolong jangan bantah. Halmeoni tahu permintaan halmeoni ni agak keterlaluan. Tapi halmeoni nak sebelum ajal halmeoni tiba kamu sudah berumah tangga" jelas halmeoni.

"Tapi kenapa dengan dia ni" Jun menjeling ke arah aku sebelum kembali sambung kata-katanya "Jun dah ada pilihan sendiri"

Aku yang dari tadi mendiamkan diri kini hendak bersuara , belum sempat aku membuka mulut Omma menahan aku. Aku tahu Omma pasti mahu aku menurut kehendak halmeoni.

"Jun , halmeoni tahu. Tapi halmeoni nak sangat kamu berkahwin dengan Dahyun ni" kata halmeoni lalu tangannya memegang pipi kiri ku.

"Jun tak cinta kan dia halmeoni" Jun masih berkeras.

Ini kali pertama dalam sejarah aku tengok Jun macam ini. Sebelum ini dia hanya turut sahaja kehendak halmeoni.

Tiba-tiba aku sedar halmeoni memegang dadanya. Nafasnya tersangkut-sangkut. "Halmeoni ?!!" Aku bingkas bangun mendekati halmeoni.

"Bawa halmeoni masuk bilik,cepat" arah Omma lalu menelefon doktor peribadi halmeoni.

Aku dan pembantu rumah membantu halmeoni masuk ke dalam bilik. Halmeoni pengsan. Aku baringkan halmeoni dan selimutkannya.

" Keadaan puan okay sahaja. Cuma bagi dia rehat buat masa ini" kata Doktor Kim.

"Terima kasih doktor" kata Omma. Omma menghantar doktor sehingga ke pintu bilik.

Aku merenung melihat halmeoni yang terbaring sejak dari tadi. Bayang Jun langsung tidak kelihatan sejak dari tadi lagi.

"Dahyun, kita tidur sini malam ni. Hari dah lewat. Omma pun dah mengantuk" kata Omma yang berjalan menghampiri halmeoni.

"Kalau macam tu,Dahyun masuk bilik dulu la" aku menghampiri Omma dan mencium kedua belah pipinya. "Good night"

"Good night too"

Aku keluar dari bilik halmeoni, dan berjalan ke bilik aku yang terletak berhadapan dengan bilik halmeoni. Disebelah aku pula,bilik Jun. Aku memulas tombol pintu , baru sahaja hendak melangkah masuk tangan kiri aku di tarik oleh seseorang.

" Jun?!!" Bulat mata aku memandang wajahnya yang kini betul-betul dihadapan ku.

Jun merapatkan lagi wajahnya dengan wajah aku "kau nak ke kahwin dengan aku?" Bisik Jun.

"Aku...aku"

"Ehem"

Pantas tangan aku menolak tubuh sasa Jun menjauhi aku apabila terdengar Omma berdeham. "Omma?"

Tanpa menghiraukan Jun dan Omma aku segera melangkah masuk ke dalam bilik. "Gila lah Jun ni."

"Jun,Mak cik minta kamu tolong jaga Dahyun elok-elok selepas kamu berkahwin dengan dia. Dia tu anak manja. Dia juga langsung tak pernah ada boyfriend seumur hidup dia" Omma menarik nafas sebelum kembali sambung berbicara "sebenarnya Mak cik juga terkejut dengan permintaan halmeoni tu. Nak dibantah nanti sakit dia makin teruk. So, Mak Cik ikutkan aje la kehendak dia" kata Omma panjang lebar.

Jun hanya mendiamkan diri. Macam tunggul. "Nanti Jun fikirkan dulu. Jun masuk tidur" Jun tersenyum dan melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya.

Omma hanya memerhatikan langkah Jun.

L.O.V.E ?Where stories live. Discover now