Part 2 ; Lucky

1.7K 172 18
                                    

Sedang kau berperang dengan kata hati, datang seorang perempuan korea ke arah kau.

"Please come with me. You're the lucky fans.." Kata perempuan korea tersebut sambil menarik tangan kau mengikutinya.

"Na? Jinjja?" Kau bertanya tak percaya. Perempuan korea tu hanya mengangguk. Dia kemudian menyuruh kau naik ke atas pentas. Dengan perasaan berdebar kau mendaki satu demi satu anak tangga dan yea, finally kau di atas pentas. Di hadapan kau berdirinya D.O dengan senyuman manisnya.

Kau mula berfangirling dalam hati bila seorang demi seorang ahli EXO mendekati kau. Kau ditarik oleh Suho supaya duduk di kerusi yang berada di tengah tengah pentas. Lay berdiri di samping kau sambil menguntumkan senyuman yang menampakkan lesung pipitnya yang comel tu. Kau tertunduk malu, pipi kau membahang.

Exo meneruskan persembahan mereka dengan lagu XOXO dan Lucky. Sesekali diorang bermain di atas pentas. Chanyeol dan D.O main pukul pukul masa lagu XOXO. Kau hanya tertawa riang melihat keletah EXO. Dari tengah stage kau dapat tengok semua sudut dalam stadium merdeka tu. Memang ramai sangat exo-l yang datang. Kau beruntung sebab kau seorang yang 'lucky' malam ni, kau dapat rasa semua ni.

Bila persembahan lagu XOXO dan Lucky habis, kau turun ke bawah semula. Sempat juga kau membow dan bersentuh tapak tangan dengan ahli exo *macam high five laa. Taktau nak terang macam mana :3 faham faham je la eh* EXO masuk ke backstage untuk menukar pakaian dan berehat sekejap. Sementara tu diorang memainkan VCR pada skrin besar atas stage.

× skip ~ *i lost my idea (ToT)*

Selepas konsert Exoluxion selesai, EXO meminta para fans yang mempunyai tanda E-X-O berwarna emas di tiket diorang supaya tunggu sekejap untuk sesi selca and talk with exo.

[ Di ingatkan, ini hanya lah imaginasi seorang penulis dan seorang fans ( ̄∀ ̄) ]

Kau dan kawan kawan kau berpandangan sesama sendiri selepas memeriksa tiket masing masing. Yang ada tanda E-X-O berwarna emas hanyalah kau, Bella dan Syeira.

"Kyaaaaaaa ige mwoya (╥_╥) kenapa aku tak ada?!" Miera mencebik. Matanya berair menahan sebak.

"Laaaaa Miera. Janganlah nangis. Alah kau kan dah dapat tengok Lay tadi." pujuk Bella.

"Nak selca dengan Lay. Aku nak tengok dia senyum kat aku. Aku nak tengok dimples dia yang real punya tu." Rengek Miera.

"Miera janganlah macam ni." Kata Kau yang turut bersimpati dengan Miera.

"Hmm tak apa lah. Aku tunggu kat luar. Nanti bila korang dah siap kita jumpa kat kereta eh. Jalgayo.." Miera mengukir senyum tipis sambil melambaikan tangannya sebelum dia hilang bersama EXO-L yang lain keluar dari hall stadium merdeka.

"Kesian Miera.." Syeira mengeluh perlahan mengenangkan nasib kembarnya.

"Gwenchana. Nanti kita buat video Lay. Jom pergi depan sana." Kata kau. Kau, Bella dan Syeira berjalan menghampiri beberapa orang lucky exo-l yang berkumpul di depan pentas.

"Lucky exo-ls mari kita pergi backstage." Kata seorang staf yang menguruskan bahagian pentas.

Kau dan yang lain hanya mengikut staf tersebut ke backstage. Korang di bawa ke ruang rehat EXO.

"EXO! Tengok siapa yang noona bawak," kata staf tersebut dalam bahasa korea.

"Ouh? Exo-ls.." EXO members yang pada mulanya tengah mengusik sesama sendiri terus berdiri menghadap korang dengan senyuman manis.

"Exo oppa, annyeonghaseyo.." sapa kau dan lucky exo-ls yang lain.

"Ne, annyeong," balas EXO members.

Acara pun dimulakan dengan berbual dengan bias masing masing. Kau, Bella dan Syeira teragak agak nak pergi ke arah bias masing masing.

"Hei, siapa bias korang?" Tanya Baekhyun pada kau, Bella dan Syeira.

"Chanyeol oppa.." jawab Bella pula.

"Ka..i oppa.." kau mengetap bibir menahan malu kerana pada waktu itu juga Kai sedang merenung kau dengan senyuman nakalnya.

"Minat oppa ke? Kajja kita selca sama sama." Kai menarik kau jauh sedikit dari yang lain. Iphone 5s milik kau yang berada di genggaman kau dia ambil. Selamba dia sahaja membuka handphone kau. (Tak ada keylock). Terpampang photo collage gambar Kai yang kau jadikan sebagai wallpaper.

"Oh? Gambar oppa lah. Kyaaaa!" Kai tersengih seorang diri, membuatkan kau bertambah cair.

Kai menekan aplikasi camera, kemudian korang berdua berlselca. Banyak selca kau dan Kai, ada lah dalam 8 gambar macam tu.

"Neomu kyeowo." Puji Kai. Kau tersenyum malu. Dari tadi kau tak henti henti menguntum senyum. Kau hanya mampu tersenyum, sepatah perkataan pun kau tak keluarkan dari mulut kau dek kerana terlalu gembira.

Kau melihat Kai yang masih dengan iphone 5s kau, dia menscroll gambar selca korang berdua. Lama dia merenung gambar selca korang berdua yang pada waktu itu Kai mempamerkan muka seksi manakala kau membuat peace dengan kedua belah tangan kau. Kai menukar wallpaper kau dengan gambar tu.

"Look! We're like a sweet couple." Ujar Kai sambil menunjukkan gambar wallpaper phone kau.

"Heeee gomawo oppa." Kata kau.

"Ne," Kai tersenyum manis. Secara spontan dia mengusap kepala kau yang beralaskan tudung. Kau agak terkejut dengan perlakuannya, tapi kau hanya menganggap itu perkara biasa.

"Qhisya, jom lah buat video untuk Miera." Panggil Bella. Kau dan Kai serentak menoleh pada Bella.

"Ouh haah lah!" Kau baru tersedar. Kai pun cepat cepat menarik semula tangannya.

"Oppa, saeng nak pergi dekat Lay oppa tau. Em thanks ya," kata kau pada kai dalam bahasa korea. Kai hanya mengangguk.

"Lay oppa!" Serentak kau, bella dan syiera memanggil Lay.

"Ne?" Lay memandang korang bertiga dengan muka blur.

"Oppa boleh tak kalau kitorang nak buat video untuk kawan kitorang?" Kau mewakili Bella dan Syiera untuk bercakap dengan Lay sebab diantara korang hanya kau yang fasih berbahasa korea.

"Boleh. Siapa nama dia?" Tanya Lay.

"Miera." Syiera menghalakan kameranya pada Lay, Lay yang sudah bersedia mengukir senyum hingga menampakkan lesung pipitnya.

"Miera, annyeonghaseyo! Jangan sedih sebab tak dapat selca dengan oppa eoh. Video ni special untuk awak. Miera fighting! Saranghaeyo," ucap Lay sambil membuat Love dengan kedua belah tangannya.

"Kyaaaa. Neomu kyeowo." Ucap Bella yang mula berfangirling.

"Gomawo yixing oppa." Kata korang bertiga.

"Ne, cheonmayo." Balas Lay.

Selesai berselca dan berbual dengan bias masing masing dalam masa 15 minit, korang (lucky exo-ls) tangkap gambar dengan semua exo members. Staf diorang kata gambar tu nanti akan diupload di official facebook exo.

"Gomawo exo oppa. Saranghaeyo," ucap korang sebelum masing masing meninggalkan bilik rehat exo.

Keluar sahaja dari bilik rehat exo, kau, bella dan syeira menjerit keriangan. Tak sangka dapat juga korang selca dengan bias masing masing.

- To be continue -

The Lucky Fans ➽ K.J.I ✔Where stories live. Discover now