Part 3 ; Makan Malam

1.5K 146 14
                                    

Qhalisya berbaring malas di sofa ruang tamu rumahnya. Televisyen yang terpasang rancangan Oh My Baby langsung tak menarik perhatiannya. Matanya tak berkelip merenung skrin iphone 5s miliknya yang terpampang wallpaper gambar selfie dia dengan kai sewaktu talk and selca with exo pada malam exoluxion semalam.

Senyuman mula terukir di bibir Qhalisya. Dah macam orang angau pun ada. Abang Qhalisya yang baru turun dari tingkat atas merenung Qhalisya dengan muka pelik.

"Dah kenapa si Qisya ni?" Qhalif mendekati Qhalisya secara perlahan lahan. Dia mencuri pandang skrin iphone 5s milik adiknya tu.

"Cewah selfie dengan boyfriend. Patutlah tersengih sorang sorang." Tegur Qhalif dengan suara yang sengaja dikuatkan.

Terus terduduk Qhalisya bila terdengar suara abangnya.

"Ya oppa!!" Qhalisya menjeling geram.

[Note :: Keluarga Qhalisya memang ala ala korea sikit. Sebab ayah diorang ada keturan korea. and disebab tu juga lah Qhalisya fasih berbahasa korea]

Qhalif ketawa mengekek dapat kenakan Qhalisya. Qhalisya pula berpeluk tubuh sambil memuncung.

"Amboi amboi seronoknya gelak. Ada cerita apa ni, Qhalif Daniel?" Tanya mama Qhalif dan Qhalisya iaitu Puan Sazrina.

"Mama nak tahu tak anak mama sorang ni selfie dengan boyfriend pastu mula lah angau duk tenung gambar selfie tu. Tersengih sengih dah macam orang gila je," laju sahaja Qhalif bercerita tanpa sempat Qhalisya memotong.

"Eghh. Benci lah oppa ni," jelingan tajam dihadiahkan lagi pada Qhalif.

Puan Sazrina hanya tersenyum. "Siapa boyfriend anak mama tu? Tak nak cerita dengan mama ke?"

"Ma.. mana ada orang selfie dengan boyfriend." Kata Qhalisya.

"Dah tu Qisya selfie dengan siapa?" Tanya Puan Sazrina.

"Kai oppa.." jawab Qhalisya malu malu.

Puan Sazrina dan Qhalif berpandangan. Qhalif hanya mengangguk, mengiyakan apa yang dikatan Qhalisya.

"Mana gambar tu? Meh sini mama nak tengok."

Qhalisya menunjukkan iphone 5snya pada Puan Sazrina. Puan Sazrina menguntum senyum lebar sebaik sahaja melihat gambar selfie tu.

"Handsomenya dia.." puji Puan Sazrina, sengaja mahu mengusik anak perempuannya.

"Kyaaa ni Qisya punya. Eyy mama ni, Qisya bagitahu papa kang.." balas Qhalisya.

Puan Sazrina tersengih. "Mama gurau je lah. Mama setia dengan papa je.."

"Cieee..." usik Qhalif. Tersipu malu Puan Sazrina diusik anak lelakinya nan seorang tu.

"Dah dah, sakan korang dua usik mama ye. Malam nanti Qisya dengan Qhalif jangan pergi mana mana ye, ada orang nak datang rumah kita nanti." Kata Puan Sazrina.

"Siapa mama?" Tanya Qhisya.

"Adalah." Puan Sazrina tersenyum.

"alah ni tak lain tak bukan mesti kawan papa dari company lain." Kata Qhalif.

Puan Sazrina hanya diam, tidak membalas. Baginya, nanti diorang sendiri tahu juga siapa orang tu. Yang pastinya, Qhisya mesti gembira dapat jumpa orang tu lagi.

×××××

Qhisya berbaring malas di atas katil sambil mendengar lagu exo yang terbaru iaitu Sing For You. Sesekali dia ikut menyanyi bersama dengan suara idola idolanya tu.

Telefon bimbit yang bergetar menandakan ada panggilan masuk menghentikan nyanyian Qhisya. Dia menekan butang pause pada keyboard laptop sebelum mencapai iphone 5snya. Panggilan daripada Miera.


Miera - Qhisyaaa......!!

Qhisya - ye Miera, kenapa?

Miera - kyaaaa. Thanks tau sebab record video Lay untuk aku.

Qhisya - heee takde hal lah. Kau suka?

Miera - Gila kau tak suka! Dia cakap saranghae! Kyaaaaaa!

Qhisya - ohoo chill Miera ~

Miera - Hahahaha i cannot ah. Comelnya lesung pipit dia.

Qhisya - Kann. Ha ni kau call sebab nak cakap pasal Lay je ke?

Miera - Eh haah lupa pula. Syeira suruh aku ajak kau lepak starbuck malam ni. Jom lah weh.

Qhisya - alaaa sorry wey aku tak boleh keluar lah malam ni. Ada orang nak datang rumah aku malam ni.

Miera - Laa ye ke. Siapa?

Qhisya - entah mama aku tak bagitahu pun sape.

Miera - Bakal husband kau kut.

Qhisya - Haish mulut! Suka hati jee cakap. Dibuatnya yang datang malam nanti tua kerepot macam mana -,-

Miera - oke lah tu. Janji masyukkk (kaya).

Qhisya - aish jinjja --' malas lah aku nak layan kau.

Miera - hahahaha okok sorry babe. Takpelah nanti bila bila kau join kitorang okey. Annyeong Qhisya.

Qhisya - Ne....

Qhisya meletakkan iphone 5snya di atas meja semula. Jam dinding dikerling sekilas, jarum jam dah menunjuk ke nombor 6, it's mean time for bath!

Qhisya bangun dari perbaringan lalu melangkah ke bilik mandi. Sambil tu mulut kecilnya menyanyikan lagu EXO - FIRST LOVE. Entah kenapa hatinya berdebar menunggu kedatangan 'orang' tu nanti.

×××××

Lauk pauk pelbagai jenis yang terhidang di atas meja Qhisya pandang penuh selera. Perutnya tiba tiba mainkan lagu growl. Banyak betul Bik Una masak, kimchi pun ada. Kyaaaa favourite food Qhisya tu!

"Papa, banyaknya lauk.." kata Qhalif yang baru tiba di meja makan.

Tuan Johan Harris Kwon tersenyum. "Mestilah, tetamu kita malam ni special sikit."

Qhisya bermain dengan telefon bimbitnya sementara menunggu tetamu diundang tu sampai. Dia tak sabar nak makan Kimchi yang pastinya buatan papanya tu.

"Maaf lambat.." Sapa satu suara dalam bahasa korea. Terus terduduk tegak Qhisya mendengar tutur bicara papanya dengan tetamu tu dalam bahasa korea.

"Qhisya, Qhalif ni Tuan Kim, kawan lama papa.." Qhisya dan Qhalif bangun lalu tunduk hormat pada tetamu yang dikenali sebagai Kim Im Jun.

Mata Qhisya terarah pada seorang lelaki yang berdiri di belakang Tuan Kim. Mata Qhisya membulat. Takkanlah...?

"Dan yang ini anak dia, Kim Jong In. Kawan Qhisya dan Qhalif waktu kecil dulu." Kata Tuan Johan.

Qhisya menekup mulutnya, tak percaya dengan apa yang dikatakan oleh papanya tadi. Tak mungkinlah! Kai oppa, kawan aku waktu kecil? Kyaaaaaaa!!

- to be continue -

Mian bosan sikit part nii :'3

The Lucky Fans ➽ K.J.I ✔Onde histórias criam vida. Descubra agora