Bonus : Puteri Syaitan (Akhir)

5.8K 393 156
                                    

"Aku takkan bunuh Dahlia!" Fira menjerit lantang. Parang dicampak ke tanah.

"Kenapa Mawar? Bukankah sudah Mawar lihat dengan mata kepala sendiri apa yang Dahlia sanggup buat sebentar tadi?" Kemboja mempersoal. Wajahnya mula risau. Bulan sudah separuh tenggelam di balik Banjaran Kayangan.

"Korang tipu dia, dia keliru Kemboja. Dan lagi satu, sudah beratus-ratus kali aku kata aku bukan macam korang semua! Syaitan!"

"Tapi kau masih berdarah syaitan Mawar," Kemboja mula tinggi suara.

"Tolonglah Fira, lepaskan aku. Aku mintak maaf!" Dahlia memohon simpati.

Kemboja mencapai parang dan dihulur kembali kepada Fira. Fira menyambut huluran.

"Lakukannya sekarang Mawar, Yang Abadi perlukan kesaktiannya kembali. Tentera-tentera Kegelapan pasti akan datang sebaik sahaja bulan terbenam. Sekarang Mawar! Sekarang!"

Fira kemudiannya membisu. Dan...

Zap!

Kepala Kemboja putus dilibas parang. Darah merah terpercik merata, puteri-puteri yang lain semuanya menjerit. Zap! Parang ditikam tepat ke hati Kemboja, biar Kemboja tidak dapat hidup kembali. Dari belakang badan Fira muncul sayap lebar berwarna putih. Dahlia pantas dicapai dan Fira terbang tinggi ke udara.

Puteri-puteri yang lain juga mengeluarkan sayap masing-masing dan terus mengejar Fira. Dahlia menjerit ketakutan. Dia gayat.

Fira pantas mencari salah satu daripada tujuh pintu keluar yang terdekat. Gaung Kematian. Fira memecut di udara. Siangnya Gaung Kematian merupakan pintu masuk ke dunia manusia namun tidak apabila bulan sudah tenggelam di balik Banjaran Kayangan. Namanya akan bersebab bila malam tiba.

"Dahlia! Aku nak kau niat betul-betul destinasi kau dekat dunia manusia. Kalau kau niat berubah-ubah, aku tak jamin kalau kau akan terperangkap dalam lohong hitam yang tak ada hujungnya."

Dahlia meneguk liur.

"Lagi satu, tutup mata kau. Jangan bukak langsung sampailah kau dah sampai kat dunia manusia." Fira menyambung. Gaung Kematian semakin jelas kelihatan.

Puteri-puteri yang lain semakin hampir. Fira sudah berada di atas Gaung Kematian, Dahlia dilepaskan. Dahlia menjerit apabila dia terus jatuh ke bawah. Dia dapat melihat Fira berlawan di udara, lantas satu-satu kepala puteri yang melawan Fira putus takpun berkecai. Dahlia tidak menyangka Fira sekuat itu.

"Tutup mata kau!"  Fira menjerit.

Dahlia menutup mata. Angin kuat menyapa tubuhnya. Perlahan-lahan tiada lagi kedengaran bunyi daging hancur, darah memercik dan juga raungan puteri-puteri syaitan yang lain. Dia masih jatuh ke bawah, entah ke mana.

Dan Dahlia teringat sesuatu, dia lupa niat destinasi. Dia langsung tidak memikirkan destinasi di dunianya. Dahlia kemudiannya membuka mata.

Tidak! Dahlia telah melanggar kedua-dua syaratnya.

Dahlia kemudiannya mula menangis dan dia jatuh ke bawah. Jatuh. Jatuh. Dan terus jatuh ke dalam kegelapan yang tidak berpenghujung.

###

Parang di dada dicabut. Lantas kepala Kemboja kembali bergolek dan bercantum ke badan. Darah kembali mengalir masuk ke dalam badan. Kemboja berdiri tegak, matanya terbeliak menahan marah.

Di hadapannya, Fira dipegang erat puteri-puteri yang lain. Badannya calar balar dan dibasahi darah merah.

"Puteri derhaka! Kau akan dihukum!" Kemboja menjerit lantang.

Fira menutup mata, lantas mulutnya terkumat kamit membaca mantera. Badannya mula bergegar. Fira tersenyum. Dia harus lari sekali lagi. Dan dia pasti akan kembali. Untuk menghancurkan Yang Abadi, juga puteri-puteri syaitan yang lain.

"Fira!"

Fira membuka mata. Dia kemudiannya jatuh terbaring di atas lantai. Dia sudah sampai ke asramanya semula. Para pelajar yang lain mula mengerumuni.

Pandangannya kemudian semakim gelap. Gelap. Dan gelap. Fira pengsan.

#########

Penulis : erm, so dah tamat! Saya berpendapat yang cerita ini saya nak panjangkan, mungkin novel? Watak utama of course Fira. Sbb ni memang teaser utk my novel idea. Nak tengok korang suka tak idea ni so saya buat cerpen dulu. So apa korang rasa? Give me some comments!

And yeah ni adalah cerita terakhir untuk 2015! Jumpa lagi tahun depan!

TAKUT HANTU 2Where stories live. Discover now