Badut

9.2K 476 74
                                    

"Mak! Erik mintak maaf mak! Erik mintak maaf!" Erik meronta-ronta kasar.

"Diam! Kamu ni dah degil sangat! Satu taman dah mengumpat pasal mak tak reti jaga anak! Ha!" Munirah lempang pipi anaknya.

Erik terdiam. Apa salah dia? Dia hanya mangsa keadaan. Semalam, Erik jenguk kedai runcit Mamak Ali apabila dilihatnya ada dua orang lelaki bertopeng keluar masuk kedai tersebut yang sudah ditutup. Setelah pasti yang mereka berdua perompak, Erik mahu lapor pada polis.

Namun malang bagi Erik apabila dia ditangkap dan dibiarkan dirinya di dalam kedai setelah disepak telurnya. Tidak lama kemudian ketika Erik baru sahaja mahu lari keluar, dia ditangkap oleh orang kampung.

Jika semalam dia dihukum oleh orang kampung, hari ini dia dihukum pula oleh ibunya! Apakah nasib malang yang menimpa dirinya itu? Erik baru berumur 10 tahun!

Erik meronta mahu melepaskan diri apabila ibunya menarik kasar dia masuk ke dalam stor. Erik tidak mahu masuk. Dia takut gelap. Dia takut hantu.

Erik jatuh terbaring ditolak emaknya. Pintu stor ditutup. Kunci.

Erik menangis teresak-esak. Nampaknya, dia akan dikurung selama seminggu di dalam stor. Erik kemudiannya berjalan lebih dalam. Ruang stor itu sama besar macam sebuah bilik tidur.

Kelihatan banyak perabot-perabot lama yang sudah rosak dibiarkan di situ. Erik kemudiannya pergi ke bungkusan suratkhabar setingginya, dicapai senaskhah.

Erik hamparkan helaian demi helaian suratkhabar menjadi tilamnya untuk baring.

Air matanya dikesat menggunakan belakang tapak tangan.

Erik mahu tidur, dia tahu emaknya akan menghantar makanan hanya dua kali sehari. Erik sudah biasa dikurung. Emaknya memang begitu. Salah sikit, pukul. Kurung. Pukul. Maki.

Erik sudah muak. Bosan!

Erik baring dan kemudiannya berpaling ke kiri, serta merta dia terkejut. Adrenalin segera memuncak, Erik berundur beberapa tapak ke belakang.

Dilihatnya di bawah katil lama tidak bertilam ada sepasang kasut besar berwarna merah. Kasut itu kelihatan cantik dan masih bersih. Bukan ke itu, kasut badut?

Kasut tu aku punya!

Erik menjerit terkejut. Tubuhnya menggigil apabila suara garau tersebut mengherdik. Dari sudut stor yang agak kelam, muncul seorang badut.

Rambut afro merahnya kelihatan menakutkan. Badut tersebut tersenyum lebar menampakkan barisan gigi yang tajam dan runcing. Hidung merahnya itu bergerak-gerak apabila badut tersebut ketawa kecil. Wajah badut itu putih melepak.

Erik terpaksa mendongak untuk melihat wajah badut tersebut kerana badut itu terlalu tinggi. Kepalanya bersentuhan dengan siling stor!

"J..ja..jack?" Erik menggigil ketakutan.

Jack ketawa kecil. Nampaknya kau masih ingat aku wahai kawan.

Erik terdiam.

Kau buang aku Erik! Kau buang aku dalam stor ni bila kau dah ada mainan baru! Kau buat aku macam sampah!

"A..aku mintak maaf Jack. Macam ma..ma..mana kau boleh jadi sebesar ni?"

Kini aku sudah punya roh Erik. Aku kini bukan lagi patung biasa. Aku patung badut yang hidup! Hahaha!

Erik tutup telinga. Seluarnya habis basah akibat terkencing.

Perlahan-lahan, Jack melutut. Dipandangnya wajah tuannya itu satu ketika dahulu.

Aku akan bunuh kau Erik! Aku akan bunuh kau!

Erik baring mengerekot. Telinganya ditutup. Air matanya mengalir laju. Tubuhnya menggigil ketakutan.

Bahunya digoncang kuat. Erik meronta-ronta. Jack semakin menggila. Erik kemudiannya lari ke hujung stor. Tingkap. Erik capai sebatang kayu.

Prang! Cermin pecah berterabur.

Jack kejar Erik dengan mulut terbuka luas.

Erik capai serpihan kaca yang tajam. Jack peluk Erik. Mulutnya dinganga besar. Jack mahu telan Erik.

Erik berpusing dan

SRAAPP!!

Leher Jack dikelar. Darah mengalir laju. Jack kemudiannya jatuh terbaring. Erik tersenyum. Puas.

***

"Apa masalah dia doktor?" Syam bertanya.

"Adik awak, dia ada penyakit OID." Dr. Meon menjawab perlahan.

"OID?"

"Yup. OID. Over Active Imagination Disorder. Imaginasi dia terlalu tinggi."

Syam tundukkan muka. Air matanya bergenang. Kesian Erik.

Syam kemudiannya pandang tingkap kaca di sebelah. Dia dapat lihat dari situ Erik sedang baring mengerekot di atas katil sambil menangis di dalam wad.
Erik kini terpaksa dimasukkan ke dalam wad pesakit mental.

Syam menangis. Tidak dapat disangka bahawa adiknya itu yang berumur 10 tahun akan membunuh ibunya dengan mengelar leher wanita tersebut.

Erik menyangkal, dia kata ada badut mahu membunuhnya.

***

Di dalam wad, Erik menangis. Dijelingnya sudut wad.

Jack berdiri sambil tersenyum.

Aku belum mati Erik! Tak akan ada orang yang percayakan kau! Hahahahahhaha!

Erik pandang tajam Jack.

"Erik, saya tahu awak sihat. But untuk kekal selamat saya terpaksa tipu semua orang. Saya terpaksa kata awak gila. Jangan risau, saya percayakan awak. Saya nampak benda tu."

Kata-kata Dr.Meon terngiang-ngiang di corong telinga Jack.

TAKUT HANTU 2Where stories live. Discover now