Tiba-tiba telefonku berbunyi. Nombor yang tidak dikenali ? Aku menekan skrinku lalu ku tolak ke kanan. "Hello Assalamualaikum", aku memberi salam. "Waalaikumussalam. Dah dapat telefon tu ?". Aku terus melihat telefon yang berada di atas meja solekku.

"Ha dapat. I tak boleh terima ! Nanti kalau ada masa, I akan pulangkan. Lagi pun telefon I masih ok". Zaff membalas, "I tahu telefon you masih ok but please, accept it. Dont give it back to me. I ikhlas". Ya Allah rindunya dengar suara dia ! Ok sabar Ryna sabar. Aku menggeleng walaupun aku tahu si dia tidak dapat melihatnya. "NO. Telefon tu mahal. Kalau rosak ke apa ke, eiy tak berbaloi. Dah la I ni kadang-kadang tak reti jaga elok. Ada ja sebab nak jatuh ke lantai".

Si dia tergelak kecil. "you ni kalau tak kelakar memang tak sah. Ni yang buat I selalu rindu you ni". Kali ini, aku pula yang terdiam. Dia kata apa ? Rindu aku ? "Sayang, I dah set dalam hidup I, Siapa bakal isteri I akan dapat telefon tu. Jadi you lah gadis bertuah tu. Terima ya ?"

Aku tidak tahu untuk menjawab apa. "You boleh I tanya, you cinta I ?", tanpa aku sedar, soalan itu meluncur keluar dari mulutku dengan laju tanpa sempat aku memberhentikan diri dari menanyakan soalan itu. Zaffran terdiam. Aku menampar pipiku lembut. "Eh tak yah la ja.." dan si dia mencelah. "Maaf tapi memang perkahwinan ini wujud tanpa rasa cinta dari I. I tahu kalau boleh, memang I tak nak seksa sesiapa. I nak batalkan semuanya. I tak nak seksa you, seksa diri I.I paling takut ambil risiko. Tapi semuanya dah menjadi perkara lepas. Mama I dah beria siapkan semuanya. kalau I batalkan, I akan seksa mama I yang happy sangat I akan kahwin. Walaupun cinta boleh dipupuk, tetapi I tetap risau kalau I tak boleh lahirkan cinta I dekat you. Dulu I pernah cuba tetapi gagal. I pernah terfikir untuk tidak teruskan semua ni tetapi ..", belum sempat dia menghabiskan penerangannya, aku terus matikan panggilan darinya. Air mataku tidak dapat ditahan lagi.

Aku terus keluar dari bilikku lalu terus masuk ke dalam bilik abang. "Ya Allah, adik ! Tak reti nak ketuk dahulu ke ?". Aku tidak menjawab. Aku meletakkan beg plastik yang diberi oleh abang itu di atas katilnya. "Bagi mamat tu balik" dan terus keluar dari bilik abang. Aku tidak mengendahkan panggilan abang.

Aku menghantar pesanan ringkas kepada Zaff. "Kalau kamu nak batalkan majlis ni, orang terima sahaja. About my parents, serahkan pada orang. Kamu punya family, kamu settle sendiri. Masih belum terlambat untuk menamatkan segalanya. betul apa yang kamu cakap, kamu tak akan boleh mencintai orang sebab orang buat semua ini hanya atas dasar cabaran. Ena dan Reen cabar orang untuk pikat kamu dan stay dengan kamu selama seminggu. Semuanya sudah berjalan lancar. Pertunangan ni, orang anggap dah batal. datang lah majlis orang sabtu ni pukul 12. Segala makan minum dapat dihalalkan. Assalam".

Selepas sahaja menekan button send, air mataku tidak dapat ditahan lagi. Tak apa Ryna, sekurang-kurangnya kau telah berlaku jujur. Semuanya telah terbongkar. Sekarang kau sudah bebas. Aku menarik cincin yang tersarung cantik di jariku. Aku letakkannya ke dalam satu kotak lalu aku simpan di dalam laci meja solekku. Aku melihat jariku. Kosong, sama kosong dengan hatiku.

Aku menyeka air mataku sendiri. Tersenyumlah Ryna. Ini adalah jalan hidup yang kau inginkan.

*******************

"Ramainya orang mak. Jenuh nak layan sorang sorang macam ni" lalu berdiri di sebelah emak. Aku gembira apabila orang tuaku dan abang terima dengan hati terbuka tentang keputusanku. Walaupun pada awalnya, mereka berasa kecewa, tetapi aku sudah menyakinkan mereka bahawa aku akan pastikan pilihan jodohku yang akan datang akan lebih tepat dan terbaik.

Emak tersenyum manis. "Jangan layan sorang sorang. Layan ramai-ramai". Aku tergelak. Ada sahaja lawak emak. Setelah aku bersalam dengan kawan-kawan emak, aku berjalan lalu berdiri di sebelah emakku.

"Mak, adik nak pergi dapur tengok kak Sha tengah buat apa. Tadi, katanya nak tolong adik layan budak-budak tu". Emak mengangguk lalu memegang tanganku,"jangan lama sangat. Jangan ingat mak tak tahu perangai kamu tu macam mana". Aku tergelak lalu mengangguk.

Tiba-tiba, kedengaran satu suara yang kuat di hadapan rumah emakku. Bunyinya yang kuat membuat semua tetamu dan ahli keluarga tuan rumah terkejut dan memandang ke arah bunyi tersebut. "Bunyi apa tu dik ? Macam kecoh je kat luar tu", kak Sha bertanya kepadaku. Aku mengangkat bahuku, "mungkin anak pakcik Said tu kot. Dia tu suka buat drift dekat rumah dia.".

Aku tidak mengendahkan bunyi yang kuat itu lalu membantu kak Sha, sepupuku membasuh cawan-cawan di singki. Kerjaku terhenti apabila aku terdengar namaku dipanggil dari arah depan. Aku memandang kak Sha, "ada orang panggil adik ke ?".

Kak Sha menjawab "ha'ah akak rasa macam ada orang panggil adik la. Cuba adik tengok dari pintu dapur tu. Mungkin makngah kot yang panggil.". Aku menangguk lalu berjalan ke arah pintu dapur. Langkahku terhenti apabila aku terlihat Zaff berdiri di hadapan pintu dapurku. Zaff ?!

"You buat apa dekat.." Belum sempat ayatku bertemu noktah, Zaff sudah mencelah. "Ok sebenarnya I tahu you pikat I sebab satu cabaran. Memang I marah pada mulanya. I.. I nak nikah dengan you pun sebab .. Sebab.. Sebab kena cabar dengan kawan baik I. Dia cabar untuk buat you hanyut dengan I tapi you susah nak dipikat. I dah tersalah langkah dengan suruh mama I pinang you. I tahu I.." Kali ini, aku pula yang mencelah.

"What Zaffran ?! You pinang I sebab dicabar ? Dan I pula pergi accept pinangan bodoh you ?!". Zaff terdiam kaku setelah mendengar suara aku yang kuat. "Dik cuba..", kak Sha cuba memenangkanku tetapi aku tidak mahu mendengarnya. "Takpe kak. Biar adik urus sendiri". Kak Sha terdiam lalu mengangguk perlahan.

"I dah buat salah besar. Salah yang sangat besar terima you budak berlagak bagus ! I mati-mati ingat you betul-betul suka I. Betul-betul nakkan I tapi rupanya segala ketakutan I memang tepat. Penipu ! You fikir bab kahwin ni boleh dibuat main-main ? You salah Zaff !". Aku tanpa berfikir panjang, aku terus menunjukkan jariku yang kosong tanpa cincin kepada Zaff. "Mulai detik ini, I, Eryna Sofia bukan lagi tunang kepada Ammar Zaffran" lalu berlari masuk ke dalam bilik.

_____________________________________
Apa yang bakal dilakukan oleh Zaff ? Adakah benar Zaff tidak menyukai Eryna ?

Wait for the next chapter. Thanks for the votes! Xoxo.

Projek Memikat.. Mr 2B ?Where stories live. Discover now