Part 11 : Jadi Gila

9.6K 574 15
                                    

------------------------

"Seolma~"

Haeun berbisik perlahan pada dirinya sendiri. Hujung kukunya yang berwarna baby blue itu digigit seperti arnab yang sedang sibuk menggigit lobak di tangan.

Kini Haeun menghantukkan belakang kepalanya berkali-kali tanpa henti pada kepala katil.

Sekuat kuat yang boleh.

Baginya , rasa sakit itu bukanlah penghalang untuk dia terus menggila di situ.

Tidak cukup dengan itu , rambutnya yang sudah disikat rapi tadi dikusutkan kembali.

Kakinya dihentak-hentakkan pada permukaan katil empuk bilik penginapan itu.

Haeun sememangnya sudah mula naik hantu berada dalam keadaan begitu.

Dia kemudiannya bertindak memeluk erat kedua-dua belah lututnya itu. Haeun menyembamkan wajahnya pada kepala lutut. Esakan palsu mulai kedengaran.

Bukan sengaja untuk dia berbuat begitu. Hanya untuk membuat Jungkook rasa serba salah sahaja.

Tapi jika dilihat pada wajah Jungkook , dia masih nampak selamba sahaja.

Malah tidak menunjukkan wajah bersalahnya langsung.

Jungkook yang dari tadi asyik melihat segala tindakan bodoh Haeun mula naik menyampah. Anak matanya digulingkan .

Jungkook bangun dari sofa lalu duduk pula di atas katil empuk itu , bersebelahan dengan Haeun.

Namun sebaik sahaja punggungnya menyentuh permukaan katil , Haeun mula menjarakkan diri.

Masing- masing duduk berjauhan. Kedua-dua mereka hanya diam membisu. Haeun mula menggigit-gigit selimutnya.

Jika sebentar tadi Haeun menghantukkan kepalanya pada kepala katil , sekarang dia menghantukkan kepalanya pada kepala lutut pula.

Okay , itu sungguh mengelirukan. =="

Jungkook mengeluh perlahan.

"Chill lah sikit , Haeun. Kau tu isteri aku. Nak taknak , kau tetap kena terkam dengan aku jugak , kan?"

Jungkook melipat tangannya rapat ke dada. Haeun mengangkat kepalanya kembali. Matanya dijegilkan.

'Dia cakap senanglah. Bukan dia tahu pun macam mana aku rasa. Aku bukannya lelaki macam dia.'

Terkumat-kamit mulut Haeun berkata kata. Padahal berbisik dalam hati saja pun.

"Yang akan mengandung nanti tu saya. Bukannya awak. Kalau awak yang mengandung , tenteram hidup semua perempuan dalam dunia ni , tahu?" Jawab Haeun selamba.

"Cehh.. kau senanglah boleh beranak. Kalau aku yang mengandung , aku nak beranak ikut mana?" Bidas Jungkook.

Jika difikirkan semula , ada betul jugak.

"Tak payahlah risau. Teknologi moden kan ada. Belah je perut awak tu.. kan senang!!" Haeun meninggikan suaranya sedikit.

Suasana diam kembali. Semuanya berlaku secara tiba-tiba sahaja apabila Haeun sudah berhenti membebel.

Agak aneh juga bunyinya , bukan?

Sebenarnya , sejak dari tadi lagi Haeun sudah tidak sedap tekak. Loyanya semakin menjadi-jadi pula sekarang.

Kedua dua belah pipi Haeun kian mengembung. Mulutnya ditekup pantas dengan tapak tangan.

Haeun terus berlari ke arah bilik air kamar penginapan itu.

Isi perutnya dimuntahkan keluar. Jungkook terkebil kebil. Apa kena dengan perempuan ni?

Selesai sahaja urusan Haeun itu , dia kembali duduk bersandar di atas katil sambil mengurut bahagian kepalanya. Kini dia cukup tertanya tanya.

"Aku dah mengandung ke? C-cepatnya."

Haeun berbisik perlahan. Dia sendiri tidak pasti dengan apa yang sedang dia fikirkan ketika itu. Benarkah semua ini berlaku?

"Kau dah lupa ke? Kau kan mabuk semalam. Tentu-tentunya kau muntah sebab soju yang kau minum tu."

"Apa?"

"Aku tak buat apa-apa kat kau pun lah. Tak sentuh pun.. melainkan pinggang dengan paha kau tu."

"Hah?"

Haeun semakin kebingungan. Nampak pun seperti orang yang tak berapa nak betul.

***

"Kau ni memang suka sangat buat hal , kan?"

Jungkook tersenyum senget melihat rambut Haeun yang agak berserabai ketika itu. Mujurlah Seung Cheol telahpun meninggalkan bilik itu beberapa minit yang lalu.

Baju Haeun turut kelihatan sedikit basah. Jelas sekali yang dia telah minum soju itu dengan rakusnya.

Jungkook tersenyum miang melihat baju dalam Haeun yang jelas kelihatan di sebalik baju putih yang sedang dipakainya.

Jungkook mula terfikirkan sesuatu.

Sesuatu yang bakal menghuru-harakan keadaan.

Iaitu dengan rancangannya untuk mengenakan Haeun nanti. Jungkook tersenyum penuh makna. Butang baju Haeun ditanggalkan satu persatu.

***

"Awak yang tanggalkan baju saya , Jeon Jungkook?!"

~TBC~

Ahaha. Rupanya maknae ni nak kenakan orang. :3 Tagunaa betul budak jahat ni xD

Vote ✔
Komen ✔

-Ginger- ✨

Precious 귀한 (Jungkook)Where stories live. Discover now