Part 5 : Butik

10.4K 681 51
                                    

"Kau ambil je baju² ni. Sekarang , pergi tukar."

Gaun² yang dipilih secara rawak oleh Jungkook dicampak dengan selamba badaknya pada Haeun. Gadis itu merengus geram.

'Apa masalah lelaki ni sebenarnya? Nak telan penumbuk aku ke apa?' Getus hati Haeun penuh geram. Dia menjeling tajam pada Jungkook.

"Kau ingat aku tak nampak apa yang kau buat kat belakang aku? At least respectlah sikit. Aku ni bakal suami kau. THE PERSON THAT WILL TAKE AWAY YOUR VIRGINITY.."

Haeun tersenyum sinis. Dia yang sudah malas untuk berbalah melangkah masuk ke dalam bilik persalinan dan mula menukar baju.

'Ehh , tolonglah.. tak kuasa aku nak respect kau yang perasan bagus tu. Dahlah miang tahap babun. -..- Seung Cheol sunbaenim lagi bagus dari kau.'

Haeun membebel sendirian. Dari tadi , dia asyik mengutuk Jungkook yang sememangnya perasan bagus itu. Well , tak sebagus Seung Cheol.

Haeun menilik tubuhnya melalui cermin bersaiz besar pada dinding bilik persalinan itu. 'Boleh tahan.' Haeun tersenyum sendirian.

Tapi satu sahaja masalahnya sekarang. Gaun yang dipakainya ketika ini kelihatan jarang dan perkara itu cukup janggal baginya.

Nafas ditarik sedalam mungkin. Pintu bilik persalinan itu dibuka. Jungkook yang sibuk membelek kot hitam beralih perhatian kepadanya.

Jungkook tidak berkedip melihat bentuk tubuh Haeun. Sejujurnya , dia suka Haeun berpakaian seksi dan jarang seperti itu. Ternyata suka.

Jungkook mengesat hujung bibirnya dengan ibu jari. Langkah dibuka menghampiri Haeun. "Okay ke?" Soal Haeun bernada malas.

"Cantik.." Puji Jungkook. Dua ulas bibir menggodanya merapati telinga Haeun. "You've turned me 'on' so much , girl." Bisiknya pada Haeun.

"Aishhh!!" Haeun menolak kasar dada bidang Jungkook lalu masuk kembali ke dalam bilik persalinan untuk menyalin semula bajunya.

"Playing hard to get it , huh?" Gumam Jungkook sendirian dengan senyuman nakal yang tidak lekang dari bibirnya. Seronok pula rasanya.

[SKIP]

"Nah , ambik ni.. pakai ni setiap malam , okay? Kalau tak cukup , oppa belikan lagi."

Kai menyerahkan sebuah kotak yang bersaiz agak besar dan telah berbalut kemas pada satu satunya adik perempuan kesayangannya.

Kening Haeun bertaut. "Apa ni?" Soal Haeun yang masih kelihatan bingung. Kotak itu disambut lalu dibuka. Sekarang , dia bingung.

Apa yang dapat dilihatnya hanyalah gaun yang sememangnya singkat dan berfabrik licin. Mempunyai pelbagai warna dan......... seksi?

"Jangan lupa pakai ni masa first night nanti. Oppa teringin nak ada banyak anak buah." Kai tersengih malu. Pipinya sudah merah.

"Yahhhh!! Oppa BYUNTAE!!!" Jerit Haeun. Langkahnya dibuka meninggalkan si Kkamjong yang byuntae teramat itu.

"Mama..tengok Kai.." Haeun mencebik. Gaun² tadi diberi pada Pn.Kim. Terhambur ketawa wanita yang sedang membelek gaun² itu.

"Haishhh..ada² sahajalah Kai ni.." Setelah ketawa Pn.Kim reda , dia mula berbicara. Ada sesuatu yang penting perlu disampaikan, katanya.

"Mama dah aturkan segalanya. Hujung minggu ni resepsi majlis." Haeun mencapai tangan Pn.Kim seolah olah inginkan sesuatu.

"Mama..Haeun nak majlis private je.. Taknak jemput sesiapa.. Keluarga Jungkook dengan kita sahaja yang tahu sudahlah.."

Haeun berusaha memujuk Pn.Kim. "Tapi , kenapa?" Soal Pn.Kim mahukan jawapan dan penjelasan dari anak perempuannya.

"Jungkook dengan Haeun masih belajar. Dan Jungkook sebenarnya ada banyak peminat. Macam mana kalau Haeun kena serang nanti? Silap² kena bunuh?!"

Suara Haeun ditinggikan , membuat Pn.Kim terbuntang kerana terperanjat. Haeun tertunduk malu. Pn.Kim berfikir sejenak.

"Betul ke semua yang kamu cakap tu?" Soal Pn.Kim lagi. Haeun mengangguk bersungguh sungguh sedangkan dia baru saja berbohong.

"Okay , fine." Pn.Kim akhirnya bersetuju. Haeun tersenyum lebar mendengar apa yang dikatakan ibunya itu. "Geomawo!!" Ucapnya.

--------------------------

Sedang Haeun mengemas buku² di perpustakaan , sepasang tangan menutup kedua dua belah matanya. Tangan itu diraba raba Haeun.

"Sunbaenim?" Teka Haeun. Kepalanya ditoleh ke belakang. "Annyeong.." sapa Seung Cheol mesra sambil tersenyum manis.

"Tadaa.." Seung Cheol menghulur kan satu bar coklat pada Haeun. Raut wajah gadis itu berubah ceria. Dia sememangnya menggemari coklat.

"Geomawo.." Haeun tersenyum riang. Raut wajahnya berubah sekali lagi. "Sunbae..Haeun ada banyak kerjalah sekarang." Jelasnya.

"Nak tolong?" Dagu Haeun diangkat. Haeun mengangguk sambil tersenyum. "Habuk.." Seung Cheol menundingkan jari pada pipi Haeun.

"Mana?" Haeun mulai cuak. Seung Cheol ketawa geli hati . Haeun bertindak memukul lengan lelaki itu lalu turut ketawa bersama.

Jungkook yang dari tadi memerhati gelagat mesra Haeun dan Seung Cheol mula berasa jengkel. Matanya digulingkan tanda menyampah.

"Kau tengok apa?" Soal Taehyung. Dia mula perasan tentang Jungkook yang tidak memberi perhatian pun terhadap perbincangan mereka.

Sejujurnya , dia tidak ingin untuk ke situ. Tapi oleh kerana projek yang perlu mereka disiapkan , mereka perlu mencari maklumat di situ.

"Kenapa Haeun tu rapat semacam dengan Seung Cheol?" Soal Jungkook mahukan jawapan. Dia pasti dia sudah tertinggal semua ini.

"Entah..ada orang cakap diorang berdua dah jadi couple.. Haeun pun macam dah berubah sikit. Dia dah tak lurus macam dulu."

Taehyung memberikan penerangan pada Jungkook yang masih kelihatan bingung. Dia mula perasan sesuatu. "Cemburu ehh?" Soalnya mengusik.

"Mana ada!!" Bidas Jungkook separuh menjerit di situ. Mujurlah pengawas pusat sumber tidak menegurnya. Kalau tak , malu!!

"Takpe lah.. aku kan ada.." Taehyung memaut lengan Jungkook manja. Kepalanya digesel geselkan. Membuat Jungkook seram sejuk.

"Woii , aku tak gay lah!!" Kepala Taehyung diketuk. Taehyung mencebik. Rakan mereka yang lain pula hanya menggeleng.

~TBC~

Yeah!! Final exam dah habis!! Aku tak baca buku pun. xD Well , book is not my style. xD Agaga.

Vote and komen juseyo!!

~Hwang Areum~

Precious 귀한 (Jungkook)Where stories live. Discover now