Part 4 : Secret Admire?!

10.3K 673 25
                                    

-------------------------

"Aishhh..mana Jungkook ni?"

Youngmi mengeluh. Sudah letih dia berdiri di situ. Youngmi memandang ke sekelilingnya. Sesekali , dia mengerling jam tangan barunya itu.

Youngmi merengus geram. "Dia ni sengaja nak mengelak atau apa?" Gumam gadis itu sendirian. Sekali lagi , Youngmi mengeluh.

Punggungnya dilabuhkan di atas bangku. Kelibat Jungkook langsung tidak kelihatan. Dalam 10 minit sahaja lagi , kelas akan bermula.

Suasana di sekitar kaki lima tempat Youngmi duduk bertukar sunyi serta merta. Semua mata kini tertumpu pada satu susuk badan yang anggun.

"Wahhh.. jjinja yeppeo.." Seorang lelaki yang berdiri tidak jauh dari Youngmi bersuara. Matanya tidak berkedip memandang gadis itu.

"Ehh , bukan ke itu...." Seorang lagi pelajar lelaki bersuara , tidak pasti dengan apa yang sedang dilihat oleh kedua dua belah biji matanya kini.

"Memang dia lah.." Bisik seorang gadis yang turut terpegun melihat kecantikannya. Semua pelajar lelaki terlopong luas melihat gadis itu.

Bisikan² halus yang semakin kedengaran turut menarik perhatian Youngmi dari terus termenung jauh. Kepalanya ditoleh ke arah itu.

"Haeun?"

---------------------------

"Betullah apa yang aku cakap... Mesti kau nampak cantik tanpa cermin mata besar kau tu." Puji Youngmi sambil tersenyum lebar.

Haeun tersenyum malu mendengar pujian sahabat baiknya itu. Sedang mereka berdua makan bersama , sesuatu tiba² jatuh di atas meja.

Haeun mencapai kapal terbang yang dibentuk menggunakan kertas itu lalu dibuka. Keningnya berkerut membaca isi kandungan kertas itu.

Annyeong , Haeun!!

Boleh tak kita berjumpa lepas habis sekolah nanti? I have something to tell you. Something that I keep from the first day we met face by face.

From your secret admire,
S.Coups.

"Surat apa tu?" Soal Youngmi dengan keningnya yang terangkat. "Someone nak jumpa aku." Jawab Haeun. Youngmi hanya mengangguk.

"Takkan dah ada orang 'sangkut' ?" Duga Youngmi. Haeun hanya menjungkit bahunya tanda tidak tahu. Mereka berdua ketawa.

Sebenarnya , dia langsung tidak kenal siapa yang menggelarkan dirinya dengan panggilan 'S.Coups' itu. Fikirannya bercelaru.

[SKIP]

"I'm home!!" Jerit Haeun sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam villa mewahnya. Kelihatan Pn.Kim sedang menggubah bunga bungaan.

Haeun menghampiri ibunya lalu menghempaskan punggung di atas sofa. "Isshh , terkejut mama." Pn.Kim mengurut dadanya.

Haeun tersengih , menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi. "Letihnya." Keluh Haeun sendirian. Tubuhnya disandarkan.

"Berapa kali mama nak cakap? Kamu sepatutnya naik dengan pemandu. Kenapa jalan sorang²? Kan bahaya." Bebel Pn.Kim.

"Alaa.. anak mama ni kan memang degil orangnya." Tambah Kai yang baru sahaja turun dari biliknya. Haeun menjeling tajam ke arah Kai.

"Mwo? Ingat oppa takut sangat?" Mereka berdua membalas jelingan maut. "Kamu berdua ni tak ubah macam budak²." Pn.Kim mengeluh.

"Tengoklah Kai ni mama.." Adu Haeun. Kai menjelirkan lidahnya keluar. Haeun mencemik geram. Pn.Kim hanya menggeleng.

"Haeun , mama dah telefon Jungkook untuk temankan kamu pergi butik esok. Dia tak dapat pergi hari ni sebab demam panas."

Haeun menangguk terpaksa. Kalau diikutkan , dia memang tidak mahu berkahwin. Tapi itu adalah permintaan omma nya sendiri.

Lagipun itu adalah satu peluang keemasan untuknya membalas dendam pada si pembuli itu atau lebih tepat lagi Jeon Jungkook.

Selesai membersihkan diri dan menyarungkan pakaian pada tubuhnya , Haeun terus menghempas badan kecilnya di atas katil.

Haeun baring mengiring beralaskan lengannya. Apa yang berlaku di atas bumbung bangunan sekolah tadi masih segar dalam ingatannya.


---------------------------

"Maaf..dah lama tunggu?" Sapa seseorang. Haeun memusingkan tubuhnya menghadap gerangan yang baru sahaja menegurnya.

"Sunbaenim.." Haeun menyelitkan rambutnya ke belakang telinga. Angin yang agak kuat ketika itu seakan akan merempuh tubuhnya.

Seung Cheol tersenyum lalu membuka langkahnya menghampiri Haeun. Tangan hangat Haeun dicapai. Mereka bertentangan mata.

"Saya nak awak jadi yeochin saya." Mata Haeun direnung dalam saat dia melafazkan ayat itu. Tidak berkedip mata Haeun dibuatnya.

"Tapi saya budak nerd , sunbae pun berbeza. Kita tak padan. Nanti mesti sunbae malu ada yeochin macam saya." Kepalanya tertunduk.

Seung Cheol mengangkat dagu Haeun. "Kenapa awak fikir macam tu? Awak cantik , pandai pulak tu." Seung Cheol cuba meyakinkannya.

"Kan saya dah cakap.. saya ni nerd , lurus dan pelik.. lagi satu , saya bukannya terkenal macam sunbae. Senang cerita , kita ni memang tak padan , dan............"

Bebelan Haeun terhenti apabila Seung Cheol mengucup pipi gebunya. Lidahnya kelu untuk kembali berbicara.

Itulah kali pertama dia dicium walaupun hanya di pipi!! Adakah ini mimpi?!

~TBC~

Ehh? Jungkook takde? Mana dia pergi? Aduuhh , banyak pulak soalan aku. == Wani kata suami dia terpaksa duduk kat rumah sebab demam panas. Aww , siannya.

Ehh² Wani mana pulak aku mention ni? Ahahaha , bini² dia yang lain jangan marah. xD

Vote and komen juseyo!! Muahhh!!

-Hwang Areum-

Precious 귀한 (Jungkook)Where stories live. Discover now