♠ Part 2 ♠

3.4K 323 23
                                    

" Bukan ini yang sepatutnya terjadi! "

J-Hope: Jeongmal gomapda! Aku tak boleh bayangkan macam mana hidup aku tanpa kau Jin hyung!

Jin tersenyum. Tapi senyumannya pahit. Dia tak suka kalau member dia cakap tentang "ketiadaan" .

Jin: Dah la. Kau pergi mandi Hoseok. Siaplah cepat. Jadi harini Yoongi dengan Namjoon ada di rumah kan? Tolong bersihkan pinggan-pinggan dalam sink tu ya.

"Kenapa kitaorang pula?"

Soal Suga dan Rap Monster serentak.

Jin: Takkan tak boleh tolong? Benda simple je tu. Dahla aku nak siap-siap dan tunggu Hoseok. Aku dah lama siap mandi. Tolong ya. Tak tolong, aku tak nak masak dinner untuk malam ni.

Jin berlalu pergi. Suga dan Rap Monster memandang sesama sendiri. Terpaksa lah diorang turutkan cakap Jin. Lagipun, Jin paling tua dalam rumah tu.

- Di Car Wash -

Jin mencuci kereta dengan tekun. Selesai mencuci kereta, dia menepuk-nepuk bumbung kereta itu untuk memberi tahu yang kereta sudah siap dicuci. Pelanggan itu membayar kepada Jin dan terus memandu pergi.

Jin: Macam tu lah cara untuk basuh kereta. Kau boleh buatkan Hoseok?

J-Hope: Ya aku boleh! Kacang je ni!

Jin dan J-Hope meneruskan kerja mereka. J-Hope nampak begitu bersemangat sekali semasa mencuci kereta. Jin tersenyum melihat J-Hope.

J-Hope: Wahhh tak sangka seronok juga cuci kereta ni!

Jin: Haha ada ada je kau ni Hoseok.

J-Hope: Serious best! Dasi gomawoyo Jin hyung!

Jin: Ne! 。^‿^。

Kereta seterusnya masuk. J-Hope meneruskan kerja barunya. Selesai mencuci kereta itu, J-Hope menepuk bumbung kereta itu. Pelanggan itu menghulurkan duit kepada J-Hope.

J-Hope: Kamsahabnida! ^∇^

Pelanggan itu memandu keluar dari Car Wash. J-Hope yang masih berdiri di tepi kereta itu tidak sempat untuk berganjak ke belakang. Kakinya dilanggar tayar kereta itu.

J-Hope: AHHH!! *jatuh*

Jin yang terdengar jeritan J-Hope itu terus berhenti mencuci kereta pelanggan dan terus berlari ke arah J-Hope. Pelanggan tadi langsung tak berhenti. Dia pergi begitu sahaja. Kurang ajar.

Jin: Hoseok-yah!! Neo gwaenchanayo??!

J-Hope: Hyung! Aku sakit! AHHH! Kaki aku!! *pegang kakinya yang dilanggar*

Jin melihat keadaan kaki J-Hope. Teruk cederanya! Pelanggan yang masih berada di dalam kereta yang Jin cuci tadi turun dan turut melihat keadaan J-Hope.

Pelanggan: Omo! Teruk kaki awak ni! Mari, saya tolong hantar ke hospital?

J-Hope tak mampu bercakap lagi. Dia terlalu sakit. Pelanggan itu dan Jin mengangkat J-Hope bersama. J-Hope diletakkan di seat belakang. Jin memberi isyarat kepada kereta lain yang car wash sudah ditutup.

Jin: *Lambai-lambai kedua belah tangannya* MAAF! CAR WASH DAH DITUTUP ATAS SEBAB KECEMASAN!

Selepas memberi isyarat, Jin masuk ke dalam kereta dan duduk di sebelah J-Hope.

Pelanggan: Kita bergerak sekarang ya?

Jin: Baiklah!

Pelanggan itu memecut keretanya ke hospital. Walaupun keretanya masih belum siap dicuci, dia tak kisah.

[C] The Most Beautiful Moment In Life | Seokjin |Where stories live. Discover now