Teman

130 5 2
                                    



Teman

Telah jauh kita tinggalkan

Hari semalam

Di mana tawa kita penuh

Suka duka

Dan belum mengenal erti dendam


Teman

Di hari semalam baju kita

Masih sama putih

Seluar kita masih sama biru

Dan kasut kita masih lagi kanvas

Tetapi hari ini

Ada antara kita yang memakai kasut kulit

Dan ada yang hanya berselipar

Ke sana dan ke mari

Menyelesaikan urusan duniawi


Teman

Maaf hari ini aku sibuk

Di hari siang aku membanting tulang

Bila kau whatsapp ajak minum 

Aku terpaksa menolak

Ah waktu kerja kita tak sama

Apatah lagi gaji pula

Dan yang paling ketara

Kilat warna kereta


Kerana terlalu rindu

Malamnya ketika aku berbaring di tilam

Nipis tilamku ini

Namun entah mengapa

Malam ini tebal rinduku untuk melihat wajahmu

Aku capai telefonku

Instamu kubuka

Satu persatu fotomu

Kuteroka

Panasnya air mata kenangan mengalir di sungai nostalgia

Didalam lipatan memori

Dimana waktu berpusing laju

Rupa-rupanya kau telah bertunang

Dengan rakan sekelas kita dulu


Teman

Jika masa tidak diukur di dunia

Kita masih boleh tertawa untuk selamanya.




Suburbia Suara [Kumpulan Puisi]Onde histórias criam vida. Descubra agora