telah lama kami tinggal solat
apatah lagi jumaat
bukan lagi hari mulia
panas tengaharinya
setitis neraka
telah lama kami tidak menadah tangan
sebaliknya tangan kami gunakan
supaya nafsu dapat dipuaskan
kerana dialah tuhan
ah pendeknya kehidupan
telah lama kami tidak puasa
apatah lagi menghargai romadhon
di malamnya yang sejuk
kami berzina hingga pagi
tiba sahur kami nikmati arak
api cinta kami bersemarak
Tuhan
kami hanya ingin tahu
lamakah kami di neraka nanti?
أنت تقرأ
Suburbia Suara [Kumpulan Puisi]
الشعر"Walhal kau di dalam rumah mengintai ke luar tingkap tertanya-tanya siapalah agaknya si gila yang berdiri di tengah hujan itu Sang peluncur pelangi bezanya dengan kita dia menunaikan mimpinya walhal kita ini hanya...