Bab 1

96.1K 1.9K 48
                                    

"Aduh,kenapa lah aku boleh terlajak tidur?Ini semua pasal Running Man lah ni.Sekarang ni,aku pula yang macam main Running Man."Bebel seorang gadis yang berumur dalam likungan 20 tahun.

"Morning bu"Sapa gadis itu.
"Morning Aqiesh"Sapa Puan Arni kepada anak bongsunya Nur Aqiesha Azahra.

"Sini makan dulu."sambung Puan Arni lagi sambil menghidangkan nasi goreng yang dimasaknya sebentar tadi.

"Tak apa lah ibu,Aqiesh dah lambat ni.Nanti Aqiesh ajak Erryn teman Aqiesh makan."Aqiesh terus melulu keluar setelah menyalami tangan ibunya itu.

"Aqiesh,Aqiesh.Apa lah nak jadi dengan kamu?"Puan Arni berkata-kata didalam hati.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seperti biasa,Aqiesh akan mengambil Erryn di rumahnya.Ye lah,Erryn ni manalah pandai bawa kereta.Puas disuruhnya untuk mengambil lesen kereta,tapi selalu Erryn menukar topik.

"Wei,cepatlah masuk.Nanti prof.Rizal tu mengamuk pula kita datang lambat."Aqiesh menyuruh Erryn mempercepatkan langkahnya masuk ke dalam kereta Myvi hitam miliknya.Aqiesh tak mampu nak beli kereta-kereta yang mahal-mahal seperti pelajar-pelajar yang lain.Tapi ia seorang yang bersyukur.

Sesampainya di UM,Aqiesh terus mempercepatkan langkahnya.Takut pula Prof.Rizal sudah datang.Prof.Rizal,siapa tak kenal pensyarah paling handsome dekat U ni.Tapi sayangnya dia seorang yang panas baran.

"Woi Aqiesh,tunggu lah."Erryn sempat lagi menarik beg galas milik Aqiesh untuk berjalan seiring dengan Aqiesh.Si Aqiesh ni,tau lah atelit.Tapi tak payah la sampai tinggal Erryn sorang-sorang.

Selangkah sahaja Aqiesh masuk kedalam kelas,dirinya telah dibasahi oleh air.Hujan ke?

Baldi yang dipenuhi air yang diletakkan di atas pintu kelas itu telah jatuh lalu membasahi Aqiesh.

"Ahahhahahahah"Bergema satu kelas itu dengan suara yang menggelakkan Aqiesh.Siap kau,aku saman siapa yang gelak tu.

Diambilnya satu note yang bewarna ungu di atas lantai yang disertakan dengan air tadi.

Morning~Aku tahu kau tak mandi.So,aku dah mandikan kau~A.R.

Aqiesh sudah tahu siapa punya kerja.Didalam U ini,dia cuma ada satu musuh sahaja.Iaitu Mamat Buaya yang selalu mencari masalah dengannya.

" Adam Riefqi!!!!"Ha,ambil kau,suara Aqiesh yang sebenar dah keluar.

"Uishh,aku bla dulu lah bro.Nenek jadian dah keluar."Riefqi terus berlari keluar ikut pintu belakang.

"Woi,Kau nak lari mana?"Kata Aqiesh lalu berlari mengejar Riefqi.

"Stop lah.Aku dah penat main kejar-kejar ni.Baik kau berhenti sebelum aku tarik baju kau."ugut Aqiesh dalam nada menjerit.

Riefqi masih lagi tidak mahu mengalah,Aqiesh berasa tercabar lalu mengejar Riefqi.

"Srekkkkk"

"Opss.Ha,dapat pun.Kau pun satu,nak lari dari aku.Kau tahu kan aku atelit."Aqiesh terus men'cover' baju Riefqi yang ditariknya sehingga koyak.

"Lepaslah nenek.Cu janji cu tak buat lagi."Riefqi sengaja membuat Aqiesh naik marah.

"Kau ni memang tak padan dengan Buaya."Terus Aqiesh memukul kepala Riefqi.

"Arghhh.Ok-ok.Sorry."Akhirnya Riefqi meminta maaf.Sakit juga Aqiesh ni ketuk.Kalah lelaki.Makan besi agaknya.

"Kau kacau aku lagi.KAU makan penumbuk aku ni"Aqiesh mendekatkan penumbuknya dengan muka Riefqi.

Lalu dia melepaskan Riefqi.Bukan kerana dia sudah maafkan Riefqi tetapi takut prof.Rizal sudah datang.

"Eh bro,kau anak Datuk,tapi tak kan lah tak mampu beli baju."Kata kawan baik Riefqi,Farhan.Farhan ialah rakan baik Riefqi dari bangku sekolah menengah lagi.

"Eh,apasal pula.Baju aku mahal,kau kata macam itu pula."Pelik Riefqi dibuatnya.

"Tu."Farhan memuncungkan mulutnya ke arah kesan koyak di baju Riefqi.

"Aqiesh!!"Kali ini,kelas itu pula begerma dengan nama Aqiesh.

Aqiesh yang dari tadi tengah syok berbual dengan Erryn terus memandang gerangan yang memanggilnya lalu menunjukkan senyuman yang sinis.

Riefqi terus mengeluarkan iphonenya lalu menaip sesuatu.Dia memandang ke arah Aqiesh yang belum habis melihat baju nya yang koyak itu.

'Ting'

Menandakan sms baru sampai.Cepat-cepat dia mengambil handfone Leagoo Lead 6 nya .

Kau ingat aku akan diam kau buat baju aku macam ini.Kau tunggu je lah balasan apa dari aku*emoji marah*

"Buaya ni nak main-main dengan aku rupanya.Dia tak kenal lagi siapa Aqiesha Azahra."Aqiesh bermonolog didalam hati.

Ok,aku tunggu.Tak takut pun.
*emoji jelir lidah*

"Nenek ni betul-betul ngok lah.Nasib aku ada seorang je musuh kat dalam U ni.Kalau ada 10 macam kau Aqiesh,boleh mati aku dibuatnya."bebel Riefqi apabila habis membaca mesej yang dihantar oleh Aqiesh.

"Hari ini kelas prof Rizal dibatalkan.Dia ada emergency left."kata seorang lelaki yang agak tampan apabila masuk ke dalam kelas yang bising ni.

"Yeay!"Bersorak lah diorang bila dengar kelas prof Rizal dibatalkan.Memang seronok kalau prof Rizal tak ada,kalau dia ada,setiap masa asyik menengking je kerja dia.

Lelaki itu terus duduk bersama dengan Aqiesh dan Erryn.
"Hai Hariess,kenapa kau datang lambat?"sapa Aqiesh apabila Hariess mula melabuhkan punggungnya di hadapan Erryn.

Hariess Iryan,nama seindah orangnya.Ceh!!Tapi sayangnya dia pernah masuk penjara sebab dia dah curi hati Aqiesh..Huhuu..
*Jiwang sekali-sekala.*

"Kereta aku buat hal tengah jalan."jawab Hariess sambil melihat tudung satin dan baju Aqiesh yang basah.

"Yang kau ni kenapa?Rumah kau tak ada air sampai kau mandi kat U ni."Sambung Hariess lagi diakhirkan dengan gelak tawanya.Erryn yang disebelah Aqiesh hanya mampu senyum sahaja,kalau gelak nanti kena sekeh dengan Aqiesh.Sakit doe!!

"Mamat Buaya tu lah."balas Aqiesh pendek sambil menjeling tajam ke arah Riefqi.

"You,kenapa baju you ni?"kata Liya dengan gediknya.Liya Arissa ialah budak paling hot di U ni.Girlfriend Si Mamat Buaya tu.

"Er..."belum sempat Riefqi hendak mencari alasan.Farhan sudahpun memotong.

"Aqiesh tarik baju dia"selamba sahaja Farhan menjawab.Riefqi mengetuk kuat kepala Farhan.

Liya terus pergi ke arah Aqiesh lalu menengkingnya.

"Hoi perempuan,kau tak ada baju ke nak tarik.Kenapa kau tarik baju dia sampai koyak.Mak ayah kau ada duit ke nak ganti baju mahal dia tu.!!"Tengking Liya di hadapan muka Aqiesh.

Panggg!!!

Satu tamparan tepat pada pipi milik Liya.

"Kau tanya la dia sendiri siapa yang cari gaduh dulu.Lagi satu,aku tahu aku tak kaya macam kau.Tapi kau jangan nak hina keluarga aku macam itu."Kata Aqiesh dalam keadaan menangis.

Liya yang dilempang hanya diam kaku.Tak pernah ada orang yang berani tampar dia.Tapi AQiesh lain.

Aqiesh terus keluar dari kelas itu dalam keadaan yang sedih

Ok,done bab 1.Ni novel kedua saya.Harap dapat terima.Kalau tak best cakap tau.Hihihi.Jangan lupa vote k?

#Enemyhusband

Enemy?Husband?Where stories live. Discover now