Bab 16

68.2K 3.8K 111
                                    

"Kalau aku cakap aku suka kau macam mana?"kata Adrian.

Jantungku rasa nak meletup masa tu.. Lidahku terus kelu...

"Er.. Ta..k tau.. Saya masuk rumah dulu bye!" Aku terus keluar daripada kereta.

Jantungku masih berdegup kencang. Aku lari masuk ke dalam tandas.

"Is this real? Mia relax.. Adrian kata kalau je bukan betul pun. Tapi kalau betul?.. Ke dia nak menang game tu?.. Ahh serabutnya!!"aku membasuh mukaku.

"Macam mana nak keluar ni.. Aduh awkward la kalau macam ni.."aku mengintai di depan pintu tandas.

"Mia buat apa tu?"kata Mummy.

"Err.. Tak buat apa. Baru je lepas pergi tandas hehe"dengan terpaksa aku keluar daripada tandas.

"Ish ada-ada je la Mia ni. Mana Adrian? Kereta dia tak ada pun"tanya Mummy.

"Aik kereta dia tak ada? Mana pulak dia pergi ni.."bisikku.

"Oh haaa dia kata tadi dia nak pergi kedai kejap"tipuku. Adrian ni pergi mana..

"Oh macam tu. Mia mandi dulu lepas tu jom makan sama-sama okay?"kata Mummy.

"Okay. Mia naik dulu tau Mummy"balasku.

Mummy hanya membalas dengan senyuman.
--------------------------------------------
"Hello?"kata Tania.

"Tania urgent!"kataku sebaik sahaja Tania mengangkat telefon.

"Eh kau ni Mia. Terkejut aku"balas Tania.

"Aku ada satu soalan. Kalau hati kau selalu berdebar bila jumpa someone apa maksud dia?"kataku.

Tania ketawa tidak henti."Mia... Tu maksudnya kau dah jatuh cinta dengan orang tu la!!"

"Tapi aku taknak macam mana niii"balasku. Kalau betul aku dah jatuh cinta dengan Adrian, nanti aku yang sakit..

"Adrian kan?"tanya Tania.

"Hmm"balasku.

"Kenapa kau taknak? Kau kan isteri dia mesti la kau kena cintakan dia"ada betul juga kata Tania..

"Tapi.. Susah la Tania. Adrian ni lain sikit. Adrian takkan cintakan aku balik"balasku.

"Mana kau tau? Entah-entah dia suka kau tapi dia malu nak bagitau ke.."balas Tania.

"Tadi petang dia tanya aku, kalau dia kata dia suka aku macam mana.."kataku. Jantungku masih berdebar bila teringat petang tadi.

"La kalau dia dah kata macam tu maksudnya dia suka kau la!"aku masih bingung.

"Tapi.. Aku tak tau dia betul-betul maksudkan atau dia cakap macam tu sebab game kitaorang.."balasku.

"Mia, aku rasa ada satu cara je nak tau. Apa kata kau tanya kat dia sama ada dia betul-betul suka kau ke tak"kata Tania.

"Taknak la. Malu la aku.."balasku.

"Kalau kau malu sampai bila pun kau tak tau"kata Tania.

"Hm tengoklah macam mana. Bye Tania"aku terus mematikan telefon.

"Mana Adrian ni tak balik lagi?.."bisikku.

"Nak pergi kedai kejap la. Nak beli chips boleh tengok drama korea malam ni hehe"aku mengambil kunci kereta volkswagen scirocco.

"Rindunya nak drive kereta ni"aku memandu ke kedai 7eleven yang tidak jauh daripada rumah Adrian.

Sesampainya di 7eleven aku mengambil 3 paket potato chips dan 2 kinder bueno.

Semasa aku hendak keluar daripada 7eleven tiba-tiba aku terdengar suara yang sangat aku kenali.

"Adrian teman la I kejap"kata Fara sambil memegang pinggang Adrian.

"I dah kata I kena balik kan"balas Adrian.

"Adrian...."mataku bertentang mata dengan Adrian dan Fara.

Terukir senyuman di muka Fara. Adrian pula terus melepaskan tangan Fara daripada memeluknya.

"Mia this is not what you think"Adrian berlari ke arah aku tetapi aku cepat-cepat masuk ke dalam kereta.

"Mia wait!! Kau dah salah faham!"Adrian mengetuk tingkap keretaku. Aku tidak menghiraukannya lalu meluncur laju keluar daripada tempat itu.

Air mataku jatuh.. Hatiku bagaikan remuk. Aku tidak tahu apa yang aku rasakan pada saat ini. Cinta memang menyakitkan..

My Husband Mr Bully?Where stories live. Discover now