Bab 11

66.9K 3.6K 348
                                    

Aku tersedar daripada lamunan. Adrian dengar aku cakap?!!!

Malunya aku!!!

"Mana ada saya err.. Saya err..."aku tergagap.

"Ye aku tau aku memang handsome"kata Adrian. Eeee bangga la tu?!

"Jangan perasan sangat okay"balasku.

"Kau sendiri yang cakap. Bukan aku" Adrian meletakkan aku di atas katil selepas kami tiba di chalet.

"Sakitnya.." Aku mengurut lembut kakiku.

"Duduk diam-diam aku nak sapu ubat ni" Adrian memegang kaki aku lalu menyapu lembut ubat ke kaki aku.

"This nice side of Adrian.. I've never seen it.."bisikku. Jantungku berdegup kencang.

Kenapa la sejak kebelakangan ni jantung aku selalu sangat nervous bila dengan Adrian...

"Oi dengar tak?!"kata Adrian mengejutkan aku dari lamunan.

"Ha? Apa?"balasku.

"Aku tanya kau sakit lagi tak?" Adrian memegang lembut kakiku.

"Erm okay sikit dah kot. Thank you"aku tersenyum melihat Adrian.

Adrian terus mengalihkan pandangan.

"Err.. Kalau.. Ada apa-apa panggil aku. Aku nak mandi"kata Adrian sebelum masuk ke dalam tandas.

"Apasal dia ni tergagap tiba-tiba ni?"bisikku.

Adrian kelihatan pelik. Selalu sangat tergagap bila aku senyum ke apa kat dia. Ah tak kisahlah mungkin dia macamtu kot..

---------------------------------------------

"Aku tak pandai bercinta,
aku tak indah bicara,
hanya manusia yang mengagumimu walau
takkan pernah memiliki.."

Aku terjaga dari tidur selepas mendengar petikan gitar dan alunan merdu suara yang menarik perhatianku.

"Suara siapa pulak ni? Jiran sebelah ke?" Aku melihat Adrian tiada di sebelahku.

Aku berjalan menghampiri balkoni. Kelihat Adrian bersama gitarnya. Aku terus menyorok di belakang langsir sambil memerhati Adrian.

"Dia ada bawak gitar ke haritu?.. Tapi kan suara dia ke ni? Sedapnya.."aku terpaku melihat Adrian. Dah la handsome suara pun sedap! Ish Mia behave Mia behave!!

"Aku ada di depan mata,
Aku tetap selalu ada...
hanya manusia yang mencintakanmu dalam bisu
bersendiri aku.."

Lirik lagu itu menarik perhatianku. Liriknya sangat menerangkan situasi aku sekarang ni..

Tapi dia nyanyi untuk siapa?.. Fara ke?..

"Kau buat apa tu?!"kata Adrian.

"Boleh tak jangan terkejutkan saya?! Saya err baru bangun pastu saya dengar ada orang main gitar saya pun tengoklah rupa-rupanya awak"balasku.

My Husband Mr Bully?Where stories live. Discover now