SHEE ITU AKU!-1-

7.5K 180 0
                                    

"Adik kena ingat pesan ibu, jangan ingat dah duduk jauh dari kami adik boleh buat ikut suka adik. Paling penting jangan cuba conteng arang pada muka kami." Ya ibu terus dengan nasihat-nasihat dia. Ibu ni memang tak penat agaknya. Membebel tak sudah! Dari aku terima surat tawaran sambung belajar di Politeknik di Pasir Gudang lagi, ibu dengan 1001pantang larang.

-adik solat wajib! Jangan nak tipu. Allah nampak!
-adik dekat sana untuk belajar bukan kejar anak teruna orang!
-adik jangan berkawan dengan budak masalah!
-adik jangan ikut orang yang tak kenal.bahaya!
-adik mesti fokus pada apa lecture ajar. Tak faham tanya. Bukan macam sekolah boleh tuisyen.
-adik jangan berani keluar lewat malam tanpa sebab dan teman.
-adik jangan buli kawan.
-adik itu ,adik ini. Allah.. Kau tak rasa macam ibu nak hantar aku pergi perang!
Aku betul-betul letih. Lepas ibu ayah lepas ayah ibu. Kesudah semua gugur di cuping telinga aku. Satu pun tak masuk. " yes ibu. Yes ibu.. Yes ayah.. Yes ayah" itu sahaja jawapan aku .

"Adik ni dengar tak ibu cakap ni. Acu tak acu pula dia dengan apa ibu pesan ni." Ibu dan beleter memang lahir dari rahim yang sama.
Elokya aku tidur sahaja sepanjang perjalanan tapi nanti tak rasa ah nikmat nak menempuh hari-hari indah! Dah lama aku idamkan saat ini. Saat kebebasan.
Yahooooo!!!!

" hooi berangan apa kau dik? Tu ayah tanya kau. Tersengih-sengih macam kerang busuk. Apasal kau dah berangan nak berjantan ke kat sana?" tersentak aku. Cis!
" Amsyar. Ayah tak suka kamu cakap kasar dengan adik! Cuba bahasa tu elok sikit!" Ayah memberi amaran kepadanya. Aku dengan muka berlagak memusingkan kepala memandang kebelakang dan aku  dengan renungan
Padan-muka- kau- mangkuk- im -still -princess- ayah.
" sorry ayah. Again" Aku nampak ayah menggeleng kepala.
" ayah tanya kamu. Borang,sijil sekolah semua mana?"
" oh tok nenek tu ada dalam bag ni" aku mengangkat bag dan menunjuk ayah. Ayah sekadar menoleh sekilas dan mengangguk.

Abang aku asyraf yang memandu Alphard milik ayah. Memandangkan Princess ayah nak berjauhan dari keluarga. Semua wajib hantar. Alah kalau ayah tak wajibkan aku tau mesti kedua abang aku ni ikut juga. Sebab akukan princess. Amir Asyraf dan  Amir Amsyar adalah abang kandung aku dan mereka saudara kembar. Mereka berdua jauh beza umur dari aku. Mereka kini sudah berusia 26 tahun. Mereka berdualah yang bantu ayah dan ibu dalam perniagaan sekarang.Ayah dan ibu merupakan usahawan dalam bidang makanan sejuk beku yang telah diusahakan sejak 23 tahun dahulu. Ameen firdaus food merupakan produk makanan sejuk beku yang terkenal di Malaysia. Antara produk yang bernaung di bawah jenama Ameen Firdaus Food Holding Berhad adalah daging burger ayam dan daging, rangkaian produk nugget, jejari, sosej ,pelbagai jenis sos dan banyak lagi. Sekarang ayah dan ibu sudah memiliki 2 buah kilang memproses makanan tersebut di Shah Alam,Selangor dan Taman Perindustrian IKS, Batu Caves, Kuala Lumpur. Sekarang Ameen Firdaus food mempunyai 2 restoran makanan di Bangi dan di Gombak.
Berbalik semula kepada kedua abang aku.Aku lebih suka Asyraf berbanding Amsyar. Walaupun Asyraf kurang bersuara berbanding Amsyar tapi dia lebih carring  kepada aku. Kalau Amsyar asyik nak buli aku je. Benci! Asyaraf kira abang long dan Amsyar abang ngah aku. Aku? Aku satu-satunya anak tunggal perempuan dan aku juga anak bongsu  kepada pasangan Ameen Firdaus dan Sumayyah.

"Termenung lagi budak ini."ibu mencubit lengan aku menyebabkan aku terjerit sedikit.
"Ah ye ye..apa-apa". Aku memandang semua yang ada dalam kereta.
"What wrong with you adik!" Tegas suara abang Asyraf kepada aku. Aku paling risau kalau abang Asyraf yang bersuara.
" nothing lorr.. Adik cuma fikir macam mana adik nak sesuaikan diri. Yalah selama ini ibu disisi adik..itu je.." aku memeluk lengan ibu.
Ibu mengusap kepala aku dengan penuh kasih.
"Ye lah tu kau dik . entah-entah..." Belum sempat abang Amsyar bersuara ayah dah berdehem dulu. Aku tergelak kecil.

Kini aku dah nampak pintu gerbang tempat belajar aku bagi titik permulaan hadapi cabaran hidup. Ewah!!!
"Waaaa... ramainya orang..fuyooo gile ramai mcm ni!!!" aku terjerit. Sakaikan aku!
" dik kau tolong jangan 'memberuk' sangat boleh tak?. Mcm tak penah tengok orang kau ni. Wei ibu lahirkn kau kat bandar bukan kat hutan" berdesing telinga aku. Abang Amsyar ni kalau tak menyakitkan hati aku tak boleh. Aku dah muncung. Bertambah sakit hati semua yang berada dalam mpv ni gelakkan aku. Apa yang kelakarnya!
Masih dengan sisa gelak, masing- masing turun setelah kereta elok diletakkan di parking lot yang di sediakan.Aku seorang yang belum turun.Sakit hati!
Abang Asyraf menarik tangan aku untuk keluar dan terus mengusap kepala aku.
"Dah tak payah nak merajuk sangat. Cepat pergi daftar. Lambat- lambat nanti adik yang tak dapat bilik ,dapat duduk di dorm asrama. Dalam dorm x best ramai nanti."
" Mana abang asyraf tahu?" Soal aku. Yalah bukan dia blajar sini pun. Ke memang semua IPTA ada bilik dan dorm.
" Abang ada kenalan yang belajar sini dulu.  I asked him all about this place. My princess kn nak belajar sini ..so abanga kena tahu persekitaran sini dulu.." aku mengangguk.
"Tapi dik sini ramai manusia tau, beruk dan seangkatannya tak ada pihak mereka sediakan untuk kau.." Abang Amsyar tetap dengan mood senget dia.
"Abang Asyraf tengok abang Amsyar ni." Aku dah merengek dan hentak kaki. Benci!!!
"Sudahlah tu jangan diganggu adik kamu lagi Amsyar. Tolong ibu angkat bag adik lagi bagus"
Abang Amsyar berlalu ke arah belakang kereta dan membantu ibu keluarkan bag aku.
" dik napa aku bau pisang kat bantal  kau ni, Eh bukan bau air liur basi kau!" aku dah membulat mata . tak beragak betul suara dia punya kuat. Beberapa orang yang berada di situ tersenyum memandang aku.kurang asam si mangkuk ni!!!
"Sudahlah tu Amsyar. Kamu tu yang dah besar panjang bawa-bawalah perangai elok sikit. Pening la ibu macam ni" ibu dah mula membebel tapi macam biasa ada dia kisah. Tak ada maknanya!

"Abang teman adik daftar" aku mengajak abang Asyraf teman aku daftar. Aku ni ada penyakit gugup sikit. Nanti di soal macam-macam aku terngangah pula. Kalau abang Asyraf ada boleh dia bantu aku.
"Ayah apa pasallah anak dara ayah ni ..wei dik ni bukan sekolah rendah nak ajak Asyraf bantu kau mendaftar. Kau tengok sekeliling, semua daftar sendiri. Malu la dik oit.!"
Aku memandang arah yang abang Amsyar tunjukkan. Yalah semua sendiri. Ibu bapa dan keluarga di tempat menunggu. Ala macam mana ni. Sekolah dulu semua mereka yang uruskan untuk aku.
Sambil tersenyum abang Asyraf berkata
" sekarang adik bukan sekolah lagi. Adik kat sini semua adik kena uruskan.  So sekarang masa untuk ada mulakan"
"Aloooo..."  Aku merengek.
"Adik...." Ibu pula bersuara.
Adoi mari mulakan cabaran. Cabaran la sangat!!!
Belum apa-apa lagi dah kena gelak.
" adikku manja!!!! Nak daftar guna apa. Ni bag ni ingat bag terbang ke. Ini bukan zaman P.Ramlee boleh tiup seruling dpn mata barang muncul!" Bag dan fail yang berada ditangannya di halun kiri ke kanan.Dia nikan!!!!!! Kenapalah dijadikan abang aku!!!

Sewaktu mendaftar, mungkin ini lecturer , dia telah memanggil aki dan menegur aku" pelajar, disini kamu diwajib memakai tudung ketika kelas mahupun di hostel kamu. Tiada sebarang pengecualian melainkan bukan islam." Terlopong aku.
Setelah selesai mendaftar dan mendapatkan kunci untuk bilik aku, aku kembali kepada keluargaku.
" Dah kenapa pula muncung? Apa yang tak kena?" Ayah menyoal aku.
" wajib bertudunglah ayah...."
"Apa masalahnya? Baguslah tu!"
Aku nampak abang-abang aku tersenyum. Sukalah tu benda yang diorang paksa aku buat tapi aku tak layan dan finally aku kena gak pakai benda alah tu!. "Alaaaa tak bebas betullah, panaslah ayah" aku tetap tak puas hati. Kenapa kena paksa. Ikut sukalahkan.!
" kalau macam tu tak apalah tak payah belajar sini. Jom balik rumah. Kerana tudung pun nak banyak hal kamu ni" Ayah dah tayang muka geram. Gila nak balik. Tak mahu aku, berkurun kot aku tunggu saat kebebasan aku ni tapi ada gak spoil mood aku. Kau ni tudung,menyibuk betul!
" ibu, adik mana ada bawa tudung. Tu selendang sehelai tu jelah ada pun. Takkan seminggu selendang tu! Berkurap kepala adik!"
Ibu tersenyum." Mari kita pergi cari butik yang berdekatan beli tudung yang sesuai untuk adik"
Kami pun pergi ke butik yang berdekatan. Sampai di sana bukan ibu yang pilih. Tapi kedua abang aku yang pilih. Mula rasa macam ngeri tapi bila lihat apa mereka pilih untuk aku, wow pandai gile wa cakaplah beb. Mcm anak dara sunti punya pilihan. Cantik dah sesuai untuk baju-baju aku.Baju-baju lain pun ada ibu belikan. Katanya beberapa pasang yang aku bawa itu tidak sesuai dengan penampilan bertudung. Yalah kalau dah di lengan baju pun nipis fabriknya dan  tanpa berlainning , serupa tak payah nak bertudunglah. Memalukan!.

Selesai membeli belah dan makan tengahari kami pulang dan terus menuju ke hostel. Aku dapat tingkat atas di hujung sekali.
Setelah selesai segala urusan dan bilik aku pun semua dah tolong kemaskan. Aku turun ke bawah untuk menghantar keluarga aku. Sedih oit. Konon macam x hal la diorang balik. Tapi aku yang macam air terjun. Waaaaaaa sedih bak hang wei!
"Dah la tu drama air mata. Yang awak pun Maya beria menangis tu kenapa. Kuala lumpur -Johor bukan jauh. Rindu sangat esok datang la tengok adik" ibu dah menjeling manja ke ayah. Aku dengan mata dan hidung yang merah terus memeluk ibu. Selepas menyalami ibu ayah pula. Aku dah biasa mencium pipi kiri kanan kedua orang tua aku, jadi aku memang tak segan silu tayang agenda ni di parking lot. Peduli apa aku. Aku ada mak ayah lagi kot!
"Ingat pesan abang. Belajar tu rajin jangan berangan. Ini bukan sekolah boleh malas. Lagi- lagi awak tu akan banyak buat amali." Abang Asyaraf bersuara dan aku memeluknya. Sedihnya!
"Dik semua orang dah nasihat adik ,jadi abang tak payah nasihat adik dah cuma abang nak cakap sikit. Aman rumah ibu ayah dik bila kau tak ada dan yang penting abang dapat manja lebih dengan ibu ayah. Sila jeles ya dik. Nanti abang selfie ke adik ok!"
Aku dah hentak-hentak kaki. Serius aku benci abang Amsyar. Abang Asyraf menumbuk lengan kiri abang Amsyar dan memberi amaran.
"Kau nikan. Cuba sekejap kau jagan kacau adik. Tak pasal kau aki tumbuk kat sini!" Abang Amsyar dengan senyum kambing dialah. 
"Sudahlah. Dah jom pulang. Adik pergi naik atas, mana tahu roommate adik dah ada. Oh ya aku belum berkenalan dengan roommate aku sebab dia tak ada sepanjang aku bekemas tadi. Barang ada. Siapalah roomate aku harap sekepalalah kami.

Selepas semua ahli keluargaku hilang dari pandangan. Aku menghayun kaki naik ke bilik.
Sampai di bilik  aku bertentang mata dengan roommate aku. Kecil molek orangnya.
"Hai aku Amalina dari Skudai ambil jurusaan perlancongan"
Amalina memperkenalkan diri terlebih dahulu.
"Hai aku Sheena Batrisya dari Selangor dan ambil jurusan Rekaan fasyen dan pakaian"
Kami bersalaman dan berbual.
Seketika kami mendengar pengumuman menyuruh semua pelajar baru berkumpul.
Ya aku dah besedia. Chaiyok! Sheena Batrisya. Dunia baru kau bakal bermula!!!!

P/s:- Terima kasih sudi membaca Shee itu aku!-1-. Saya harap anda yang membaca akan terus mengikutinya.

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now