02

3.6K 378 81
                                    

Jungkook dan v memasuki sebuah rumah yang sudah usang. Sesekali jungkook dan v mengipas kipas tangan dihadapan mukanya. Hidung dikembang kempiskan.

"Busuk nye weh." Soal v. Dia menutup hidungnya.

"Janganlah tegur. Kau ni pun." Kata jungkook tangannya laju memukul perut v.

Tiba-tiba ~

"Uwek.... uwek!"

"Hoi! Bunyi apa tu?" Kata V. Tangannya sudah memeluk lengan jungkook.

"Ish kau ni. Terkejut aku. Kau apasal peluk tangan aku ni. Penampar nak?!" jungkook mengangkat tangan kanannya.

"Kau tak dengar ke kookie" kata v memandang sekeliling.

"Dengar apa? Aku tak dengar apa2 pun."

"Kau cuba dengar betul2. Korek sikit telinga tu." V menyumbatkan jari telunjuknya pada telingan kiri jungkook.

"Hoiiii! Geli aku!" Jungkook menepis kuat tangan v yang mencucuk telingannya.

"Uwek! Uwek!"

Sekali lagi bunyi itu kedengaran.

"Ha?! Tu. Dengar tak?" Kata v

"Macam? Macam?"

"Suara baby!" Jerit mereka berdua serentak.

____________

"Urghhh busuk nya!" Kata jungkook menutup hidungnya.

"Jangan la tegur." Tegur v. Tangannya dikipas kipas dihadapan mukannya.

"Kau rasa dia dah mati berapa lama?" Soal v

"Aku tak pasti. Tapi kalau tengok keadaan mayat nya macam dah 2 hari mati." Balas jungkook.

"Eh? Ada surat la." Kata v. Diambil surat tu dicelah jari wanita yang sudah mati itu. V membuka surat itu dan membaca isi kandungan surat itu. Membulat mata v membaca nya.

"ANAK?!" Jerit v. Jungkook merampas kertas yang ditangan jungkook. Matanya juga membulat membacanya.

"Mana baby tu? Tak nampak pun" v melilau lilau kan matanya. Memandang sekeliling.

"Aah. Tak ada pun. Suara dia pun dah tak dengar." Kata jungkook dan menyimpan surat itu dipoket seluarnya.

Tiba2 ada pergerakan di belakang mayat wanita itu. Jungkook dan v terkejut dan berundur sedikit kebelakang. Lama kelamaan muncul seorang bayi yang dalam lingkungan 9bulan. Bayi itu merangkak kearah jungkook dan v.

"Appa.. appa.."

Jungkook dan v memandang sesama sendiri.

"V kau bawa baby ni balik rumah dulu. Pasal mayat ni aku yang settle." Arah jungkook.

V segera mendukung bayi itu. Agak kekok pada permulaannya kerana bayi itu bergerak gerak.

"Weh, macam mana ni? Kekok la aku." Kata v.

"Buat la macam mana pun. Dah pergi la cepat. Aku nak call polis ni." Jungkook menolak belakang badan v.

"Eoh, kau kan polis. Nak call apa lagi." V berhenti dan menoleh kearah jungkook yang berusaha menghalau v.

"Ish!Banyak soal pula kau ni." jungkook menolak semula tubuh v dan akhirnya v keluar juga dari bilik ditingkat atas itu.

Jungkook kemudian nya kembali semula pada mayat wanita itu yang mungkin juga ibu kepada bayi ini. Sebenarnya jungkook mendapat mimpi pada malam tadi tentang tempat ini dan seperti dejavu kejadian yang berlaku tadi memang serupa dengan mimpinya.

Jungkook mendekati mayat itu dan memandangnya lama.

"Kenapa aku rasa seram ni. Macam dia tengah pandang aku pula." Jungkook memegang pangkal lehernya dan mengosok gosok. Ia mayat wanita itu seperti sedang memandang tepat kearah jungkook. Kemudian jungkook mengeluarkan iPhone dipoket seluarnya lalu dia mendail no. Kemudian iPhone itu dilekapkan ditelinganya. Menanti jawapan. Jungkook memalingkan tubuhnya dari memandang mayat itu.
"Hello.. boleh hantar...." kata2 jungkook tiba2 terhenti.

"Tolong.... jaga.... anak.... saya..."

Suara itu betul2 berada disebelah telinga jungkook. Lalu jungkook menoleh kebelakang. Dia yakin suara itu memang dekat betul dengan telinganya.

"Hello... hello.. jungkook?" Soal si orang yang dicall nya.

Jungkook melekapkan kembali iPhone ditelingannya. "Err. Hello boleh hantar skuad datang ke alamat bla bla bla bla. Kerana saya jumpa seorang mayat. Minta cepat sikit ye. Terima kasih." Selepas menamatkan talian jungkook memasukkan kembali iPhone di poket seluar hitamnya.

"Jungkook!" Tiba2 pula v disitu.

"Warhhh!!" Jerit jungkook kerana terkejut. "Apahal kau tak pergi lagi." Soal jungkook.

"Aku tengah fikir ni. Aku pegang baby ni pastu nak drive macam mana?" V menggaru kepalanya.

Jungkook mengeluh keras. "Naik la cab. Tu pun nak kena ajar ke. Tu la jin suruh minum susu tak nak. Tengok sekarang sel otak tak berkembang." Ngomel jungkook. V pula mulut nya terkumat kamit mengikut cara percakapan jungkook.

"Huh! macam mak nenek. Ok aku pergi dulu. Tinggal lah kau dengan dia. Hihihi." kata v dan sempat pula mengusik jungkook. Kemudian dia keluar semula dari bilik itu.

"Kurang asam jawa nak takut kan aku la tu. Huh! Aku bukan macam jhope hyung tu penakut!" Bebel jungkook seorang diri. "Tapi memang seram pun. Errrrr" jungkook menjauhkan diri dari mayat itu. Tanpa disedari jungkook mayat itu tersenyum dan air matanya mengalir.

 Our Little Angel Kde žijí příběhy. Začni objevovat