Prolog

218 8 0
                                        

Mencuba. Cuba dan cuba lagi. Jahanam tetikus cybercafe ni aku tekan laju-laju.

"Kenapa tak dapat? Kenapa takde panggilan uitm pun?!" Arghhh...

Habislah kena bahan dengan Abah. Aku dah boleh agak. Takpe. Lagipun, aku bukannya anak harapan Abah. Aku dah memang boleh agak pengakhiran seorang anak sulong. Tinggi mana pun aku pergi, jauh mana pun dia tercampak, tetap akhirnya tinggal dengan emak bapak sebagai pewaris keluarga.

"Takpa Abah. Abahkan ada anak lagi sorang lagi ni.." Provoke adik bongsu aku.

Annoyingnya. Aku ada dua orang adik yang emak dengan abah rancang lelaki tapi keluarnya perempuan juga. Dan bila Doktor Hospital Batu Pahat tu menasihatkan emak bahaya kalau melahirkan anak yang keempat. Maka dengan itu aku secara sah aku menjadi Along kepada dua budak perempuan ini.

Adik-beradik perempuan ni bukan main jahatnya melampau. Adik-adik aku bukannya stock yang mengada-ngada tak dapat Barbie dolls menanggis hentak-hentak kaki tu tapi lebih extreme ordinary. Kalau bergaduh bertumbuk badan kat bahagian belakang tu. Sekali tumbuk tak macam nak tercabut jantung tu bunyi. Gedebuk, gedebik, gedebuk bunyi dia.

Emak pula dengan bebelannya pok pek pok pek, benda biasa. Makin lagi menjadi-jadi aku dengan adik-adik aku tu bertikam lidah mengalahkan dewan parlimen. Tapi bila bapak aku masuk tangan, maka habislah. Cukup hanya Abah terpacak depan pintu je, habis semua jadi roti canai. Berbirat. Berbiru. Bernangis tak berlagu.

Kerusi plastik, tali pinggang, getah paip, hanger, tu semua memang kawan baik aku. Sampai satu tahap tu, kerusi plastik tu boleh pecah sebab tak tahan dengan aku yang berbadan kebal. Pencen polis memang macam tu rasanya mendidik anak. Kalau aku tahu ni semua satu kesalahan besar, memang dah lama aku buat report polis pasal Abah aku ni. Kahkahkah.

Termasuk minggu ni, genap 5 bulan aku jadi penggangur lepasan spm. Muka abah dengan emak pun dah naik menyampah agaknya dengan aku. Buat kerja perabis bil api air je duduk melango kat rumah. Masak tak tahu. Makan nombor satu. Mana tak subur menternak lemak jadinya. Macam dah dipam-pam je badan aku time tu.

Aktiviti harian aku. Tepat jam 2 mesti aku jadi penunggu setia abang posmen yang setia hantar macam-macam surat kat rumah aku ni. Memang teruja beruk la dapat surat. Even surat bil celcom bapak aku pun aku punya teruja semacam.

Aktiviti kedua, aku sangat teruja tengok drama-drama uni kat dalam tv3 tu. Lagi-lagi siri Dunia Baru. Konon mencari feeling kehidupan universiti dan ada geng-geng sahabat sejati dunia akhirat. Hahaha. Kononnya. Dulu mananya nak mampu emak kita beli sebiji laptop. Online pun tak tahu. Pergi ke cybercafe berbasikal semata-mata nak isi upu online tu. Dan sampai satu hari..

"Along tu tak nak sambung belajar ke?" Abah menunjukkan sayangnya pada aku.

"Dia tunggu uitm.. tapi kalau takde jawapan tu katanya nak masuk Unikop.. dekat KL.." emak jawab sambil tanganya lincah lipat baju.

"KL? Nak ambik kos apa kat sana tu?...."

Aku terus kuatkan radio handphone model LG. Aku malas nak dengar. Abah mesti halang. Lepas tu sakarstik pada aku. Biarlah emak yang sampaikan dengan lebih demokrasi. Tapi aku bukan anak tak guna yang lupa jasa emak bapak. Aku masih sedar diri. Cuma faktor memberontak jiwa remaja tu buat aku terus tekad pilih Unikop sebagai tempat menimba ilmu. Nak keluar Johor. Tak kira, nak keluar Johor jugak!

Aku percaya aku boleh melangkah dengan megah dalam dunia luar sana. Dunia kota raya macam dalam tv tunjukkan itu. Dunia dimana kawan-kawan sentiasa disisi datang dan menghiburkan sang hati. Dunia dimana kawan-kawan mengajar aku cara menjalani liku perjalanan hidup seperti dalam 'Dunia Baru' slot tv3 tu.

Perancangan manusia memang dikatakan indah sebelum sampai masanya bukan? Semuanya sudah tertulis cerita kita di Luh Mahfuz. Hanya masa dan keadaan perlahan-perlahan akan menceritakan bagaimana aku dan kehendak yang aku impikan hanya impian yang tak tercapai dek akal sebenar. Angan-angan Mat Jenin sangat kau.

Tapi kau tahu bukan kalau aku tahu antara kawan-kawan kau tu sebenarnya takda seorang kawan pun.

-bersambung


KENG-KAWANWhere stories live. Discover now