Bahagian Dua

2.6K 73 2
                                    


Lynnete menghabiskan sushi temakinya yang terakhir yang diambilnya di atas conveyer belt. Dia memandang kearah Ally yang berada dihadapannya yang sedang termenung jauh. Lynnete menyangka yang Ally itu seorang lelaki, lalu ditenungnya lama-lama. Ally menyedari yang Lynnete memandangnya dan Ally sekadar tersenyum. Apabila dia tersenyum, terpancar wajah jambu Ally. 'Seakan-akan perempuan wajahnya. Tetapi lelaki bukanlah tatse aku'. kata hati Lynnete. Setelah menghabiskan sushi terakhirnya, Lynnete keluar dari restoran Sushi King dan mendapati Ally juga sudah meninggalkan restoran itu. Dia menyuruh Aziz untuk menghantar dia pulang ke kediamannya.

Semasa Aziz mahu mengundurkan kereta daripada tempat parkir, tiba-tiba, *pangggg, sebuah Mercedes melanggar pintu Honda Civic yang dipandunya itu. Sudah tentu mereka berdua sangat terkejut, lalu Aziz keluar dari kereta dan mahu menyelesaikan masalah disini. Lynnete keluar dari kereta dan dilihatnya pemandu Mercedes ini adalah Ally, orang yang disangka lelaki yang duduk didepannya tadi.

"Sekarang ni macam mana ?" Lynnete bertanya dengan suara yang lemah-lembut. Aziz memandang kearahnya, tidak pernah Lynnete berlembut sebegini jika ada masalah yang menimpanya.

"I tak tahu."Ally menjawab dengan lemah sambil mengeluh dan mengelap peluh yang menitis di dahi. Lynnete terkejut mendengar suara Ally yang lembut lalu dia hanya memandang sahaja wajah Ally. Tetapi, Lynnete masih menyangka yang Ally seorang lelaki.

"You tahu I siapa?" tanya Lynnete dengan nada yang megah. Aziz disebelahnya tersenyum bangga.

"You siapa? Orang penting ke ?" kata Ally dengan muka yang selamba. "Tak apa lah, jom pergi bengkel, I bayarkan untuk you punya ganti rugi ni." Ally berkata sambil mengeluh panjang.

"Ahh, Okay. By the way, I am Lynnete Ng." kata Lynnete sambil tersenyum lebar. "And this is my driver, Aziz" Senyuman Aziz terus kendur apabila Lynnete kata dia hanya drivernya sahaja.

"I'm Ally. I hantar you guys pergi bengkel and then I tinggal you sana lah. Nanti I bayar."

"Eh. Mana I nak tahu you tak tipu ?"

"Bengkel tu bestfriend I punya. Don't worry, I bukan jenis tipu orang."


Ally membawa mereka berdua ke bengkel kawan baiknya, Nick. Jika Mercedes Ally rosak atau perlukan alat ganti yang baru, Ally akan segera datang ke bengkel ini. Ally pergi kedalam pejabat Nick dan terus berkata pada dia supaya membaik pulih apa sahaja yang diminta oleh Lynnete dan akan dibayar oleh Ally kemudian. Selepas itu, Nick keluar dari pejabatnya dan Ally terus memandu pecut Mercedesnya keluar dari perkarangan bengkel itu.


"Hey, may I help you, miss?" tanya Nick.

"Tolong fix kan pintu kereta I ni." kata Lynnete.

"Wait a sec. You ni Lynnete Ng kan?" tanya Nick lagi dengan perasaan yang teruja kerana wakil rakyat datang ke bengkelnya.

"Yeahh. Baguslah kalau you kenal I, your friend tak kenal I pun." kata Lynnete sambil merujuk kepada Ally.

"Siapa? Ally ke? Dia memang tak bergaul dengan orang. I know her well. Hahahaha." kata Ally sambil ketawa besar.

"Wait. You know her well?"

"Yeah, I know her well. Why?"

"No, no, I mean. You said her. Dia tu perempuan ke?" Lynnete bertanya kepada Nick. Sementara Nick menyuruh pekerjanya membaik pulih kereta Lyynete.

"Sorry, apa you cakap tadi?"

"I tanya you, Ally tu perempuan ke?"

"Yeah sure. Takkan you ingat dia lelaki."

Politics Romantica (girlxgirl)Where stories live. Discover now