BLURB

15 1 2
                                        

CINTA KAMU 299Km/H

Berbaloikah menyimpan cinta yang akhirnya diungkap denda?

...

Ray Azwar - hidup berpaksikan aturan dan ketelitian. Dia percaya, segala perkara boleh dirancang.

Termasuk perkahwinan.

Namun siapa sangka, suatu insiden mengheret segala perancangannya menuju ke alam kemusnahan. Satu demi satu rencana itu ranap di dihempas aturan Tuhan

Dua hari sebelum menginjak jinjang pelaminan, nama yang sepatutnya terlafaz di bibir wali tiada bertuan.

Demi memelihara air muka, satu keputusan gila dibuat.

Jasmin - lebih memilih hidup di litar berbanding menceburi bahtera rumah tangga.

Namun kehendak dirinya tidak mampu menandingi aib keluarga.

"Kita anggap perkahwinan ini sebagai kontrak. Siapa jatuh cinta, wajib bayar denda." - Ray Azwar

Sebuah janji terpatri di celah dua hati yang belum saling mengerti. Justeru, tiga larangan jatuh membentang alam pernikahan.

Jangan cemburu.

Jangan peduli.

Jangan kata cinta.

Lembaran rumah tangga mereka berlangsung dengan jayanya. Zahirnya semarak cinta hanyalah sandiwara di hadapan keluarga.

Hanya Tuhan yang tahu.

Sesiapa yang dahulu kecundang dalam kancah perasaan, dialah yang harus menanggung hukuman.

Ray Azwar hidup dalam yakin yang membumbung. Baginya, perasaan hanyalah gangguan kepada kewarasan dan cinta hanyalah kelemahan yang merosakkan pertimbangan.

Dia alpa, hati tidak mengenal hukum.

Setiap senyuman Jasmin yang terukir dalam kepayahan, umpama kuntum mawar yang mekar di celah duri.

Setiap titis air mata yang disembunyikan di balik malam, bagaikan embun yang gugur tanpa saksi.

Dan setiap langkahnya yang menjauh, seakan merobohkan satu persatu dinding kebal yang Ray Azwar dirikan di sekeliling jiwanya.

Tembok itu retak.

Jantung yang kononnya kebal mula bergetar.

Dan tatkala hati mula bertanya, siapakah pemenangnya?

Mampukah tewas dirinya diakui dalam permainan yang dia cipta?

...

Hak cipta Aster ©2026

6/9/2026
Your beloved, Aster.

Coming soon~

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 20 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

METAFORA CINTA [OG]Stories to obsess over. Discover now