Prolog - Bukan Suami, Bukan Isteri

2.1K 4 0
                                        

Namanya Nadhiyaa Elyssa — atau lebih mesra dipanggil Dhiyaa — merupakan seorang pensyarah muda di sebuah universiti swasta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Namanya Nadhiyaa Elyssa — atau lebih mesra dipanggil Dhiyaa — merupakan seorang pensyarah muda di sebuah universiti swasta. Suaminya bertugas sebagai seorang pegawai pemasaran digital di sebuah firma ternama. Mesikpun sudah setahun mendirikan rumah tangga, hubungan mereka masih belum diserikan dengan kehadiran cahaya mata. Kehidupan mereka bahagia, cuma masa bersama kian terhad kerana Nadhiyaa sentiasa sibuk dengan jadual kuliah serta tuntutan pengajian PhD-nya, manakala suaminya pula terikat dengan komitmen kerja.

Dhiyaa seorang yang mesra dan berpenampilan sopan serta menutup aurat, sentiasa kemas menyarungkan tudung selendang dan bergaya elegan dengan blaus serta skirt panjang atau berseluar moden. Pada pandanganku, dia kelihatan cukup ayu dan seksi dalam kesederhanaannya. Mungkin disebabkan susuk tubuhnya yang tetap tampak menggiurkan kerana sering diselindungi pakaian yang kadangkala ketat mengikut bentuk badan. Walaupun sudah berada pada usia lewat 20-an, kelibat Dhiyaa masih kelihatan seperti seorang gadis remaja. Wajahnya yang comel serta susuk tubuhnya yang sedikit rendah sering membuatkan orang ramai tersilap menganggarkan usianya. Di universiti, dia dikenali ramai kerana kecantikan paras rupanya dan amat disenangi disebabkan sifatnya yang ramah. Walau bagaimanapun, dalam ramai lelaki yang cuba mendekatinya, akulah satu-satunya yang paling rapat dengannya.

Namaku Syed, tetapi kenalanku lebih mesra memanggilku Sai. Berusia dalam lingkungan pertengahan 30-an, aku sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak yang masih kecil. Isteriku merupakan seorang suri rumah sepenuh masa, manakala aku menguruskan perniagaan sendiri. Di samping berbisnes, aku mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian di peringkat PhD dalam bidang yang sama dengan Dhiyaa. Malah, kami merupakan rakan segandingan bagi projek kajian yang sedang dijalankan. Rupa parasku boleh tahan tampan — memiliki raut wajah persis kacukan Arab, berdada bidang, tinggi, dan sentiasa bersiap kemas. Aku juga seorang yang gemar bergurau serta mudah mesra dengan sesiapa sahaja.

Pada mulanya, aku menganggap hubungan kami tidak lebih daripada persahabatan antara dua orang pejuang PhD yang kebetulan dipertemukan. Tiada apa-apa yang istimewa, apatah lagi sesuatu yang perlu dirisaukan.

Namun, ada kalanya hati manusia lebih degil daripada akal.

Kerana ada rasa yang cukup sekadar dipendam, dan ada godaan yang akhirnya menuntut untuk ditelan.

Dhiyaa Pensyarahku 2 (18+)Stories to obsess over. Discover now