Ibu

7.8K 131 18
                                    

Aku tersedar dari tidur yang lena.
Kepala aku masih berat.
Mata aku lagi kabur.
Aku masih mamai.
Aku lapar.

Aku angkatkan punggung aku yang berat ini dari sofa.

Lama jugak aku tidur

Kata aku setelah melihat jam dinding yang sudah mencecah jam 6:52 petang. Aku tidur tadi pukul 12.00 tengah hari.Aku tidur awal gara-gara marahkan Ibu.Konon tunjuk protes.

Ibu marahkan aku kerana asyik kerap bermain henfon . Ibu kata aku jarang berbual dengan dia apatah lagi hendak meluangkan masa dengannya . Aku malas ambil pusing omelannya. Kerana aku terlalu geramkan omelannya, aku mencampakkan telefon bimbit ku ke lantai tandas ; tanda protes . Biarlah , aku kan anak dia . Normallah kan?

Perut aku berbunyi . Lapar .
Ibu ada masak tak?
Aku pergi ke dapur . Kosong. Tiada lauk mahupun nasi yang ditanak.
What the?
"Buu!!!" Aku menjerit. Tiada sahutan.

Takkan Ibu pun merajuk kot?

"Buuuu!!!!" Jerit aku lagi sewaktu masuk ke bilik tidur aku. Kosong . Begitu juga dengan bilik tidur kakak aku . Kakak aku di kampus. Ayah pula lagi bekerja . Jadi memang tinggal aku dan Ibu je di rumah sekarang . Ke Ibu pergi jalan di rumah kawan dia? Hah , ibu takkan berani . Dah berapa kali Ibu kena pukul dengan ayah sebab keluar rumah tanpa izin ayah. Tak terkira.

Aku masuk ke dalam bilik Ibu dan ayah. Kosong juga. Ahh , aku terlupa bilik ini ada tandas . Aku mengetuk pintu tandas untuk memastikan ibu ada di dalam atau tidak . Tiada jawapan . Aku memulas tombol pintu tandas itu.

"Ibu?"

Mata aku terbeliak . Ibu tersenyum , matanya terpejam . Badannya terbaring kaku di lantai tandas . Aku terpandang ke hujung kakinya , telefon bimbit aku yang berbunyi . Ada panggilan masuk.

Ayah.

cerpenWhere stories live. Discover now