GADIS TOMBOY 1

3.1K 85 12
                                    

Aku melangkah dengan hati yang marah sekali. Sudahlah kami terlambat menghadiri majlis kesyukuran jiran tetangga kami itu, kak long midah pula buat hal. dia berjalan terkedek-kedek macam kura-kura pula. "adik... tunggulah akak long... laju betul adik brjalan... akak penat kejar adik tau..." jerit kak long Midah dari belakang. aku mencebikkan bibirku. leceh betul kalau berjalan dengan kak long midah ni. dia asyik cakap letih aje. baru berjalan kaki beberapa meter dari rumah pun dah cakap letih... geram betul aku di buatnya. "jalanlah cepat sikit kak long oiii... kita dah terlambat dah ni..." marahku. kak long midah mencebikkan bibirnya. "adik fikir kaki akak ni boleh brgerak pantas macam kaki adik tu, ke?... mentang-mentanglah adik pakai sneakers akak pakai high heel adik buli akak macam ni...", gerutu kak long midah separuh geram. "siapa suruh akak pakai high heel tu tadi? akak juga yang memandai sangat nak pakai high heel tu tadi kan?... lain kali kalau nak bergerak pantas tu, akak jangan pakai high heel lah... pakai aje kasut sneakers macam adik ni. senang untuk bergerak. ini tidak... nak pergi ke majlis kesyukuran pun pakai high heel segala... macamlah nak pergi ke bandar pula...", bebelku panjang lebar.

kak long midah hanya memasamkan mukanya. aku melangkah perlahan di sebelahnya. Ketika kami lalu di tepi jalanraya itu tiba-tiba kelihatan sebuah kereta lalu dengan laju di sebelah kami. terkejut betul kami di buatnya. tak semena-mena pula kak long midah terjatuh di tepi jalanraya itu. "adoii... sakitnya kaki kakak ni...", jerit kak long midah kesakitan. kakinya mungkin terseliuh akibat terkejut lalu dia pun tersalah langkah dan akhirnya dia terjatuh di tepi jalanraya tersebut. "eh... kenapa ni kak?", soalku mula bimbang dengan keadaannya. "kaki kiri akak ni, sakitlah dik...", kak long midah bersuara sambil menahan kesakitan di kakinya. aku lihat kereta yang lalu dengan laju tadi terus berhenti di tepi jalan. pemandunya segera bergegas keluar dari dalam kereta tersebut. dia berjalan menuju ke arah kami. Aku menggetapkan bibirku. "celaka punya lelaki...", gerutu hati kecilku dengan marah sekali. "are u ok?", soal pemuda tersebut pada kak long midah sebaik saja dia berada dekat dengan kakakku.

"ok apanya?... kau tak nampak ke kaki akak aku ni terseliuh gara-gara kau bawa kereta kau tu laju sangat macam pelesit? eh... kau jangan fikir, ya... ini jalanraya bapa kau yang punya makanya kau suka-suka hati nak langgar orang di tepi jalanraya...", marahku. "woah!.... garang betul minah sekor ni...", komen pemuda itu dengan wajah yang terkejut sekali. "ye... memang aku garang. kau nak penumbuk aku ni tak?!....", soalku dengan garang sekali. aku menunjukkan buku limaku padanya. dia hanya tersenyum sinis padaku. "aku tak takut dengan buku lima kau tu la. kecik sangat buku lima kau tu kalau di bandingkan dengan buku lima aku ni....", balasnya sambil meramas-ramas buku limanya pula. aku menggetapkan bibirku. geram betul aku dengan pemuda itu. aku berkira-kira hendak menumbuk saja wajah pemuda tersebut tapi belum pun sempat aku berbuat demikian kak long midah terus memegang tanganku. "jangan dik... jangan bergaduh dengannya... akak dah ok dah ni....", kata kak long midah cuba bangun sambil menahan kesakitan di kakinya.

"betul ke akak dah ok ni?"soalku dengan penuh prihatin. "ye... akak dah ok ni...."kata kak long midah dalam kepayahan. dia berdiri di sebelahku dengan wajah yang berkeriut menahan kesakitan di kakinya itu. "maaflah tentang kejadian tadi tu... saya tidak sengaja....", kata- kata pemuda itu terus di potong pantas olehku. "maaf....maaf.... itu saja yang kau tahu eh?", marahku. "aku bukannya bercakap dengan kau pun... aku bercakap dengan kakak kau ni lah...", balas pemuda itu dengan wajah yang masam mencuka. "tak pe.... its ok... saya dah maafkan awak.... maaflah sebab adik saya ni garang sikit orangnya. Harap awak tak kisah dengan sikap adik saya yang garang ni....", kata kak long midah cuba untuk menyelamatkan keadaan. Aku menggetapkan bibirku. Pemuda itu tersenyum pada kak long midah.

"oh... its ok.... saya dah biasa berdepan dengan orang yang garang macam singa betina ni.... hehe....", kata pmuda itu sambil ketawa mengekek. "excuse me... apa kau cakap tadi?... singa betina?.... celupar betul mulut kau ni, eh!.... kau nak rasa penumbuk aku ni ke, hah?", marahku. "kalau berani tumbuklah... aku tak takut lorh...", balas pemuda itu sambil tersenyum sinis. "hish.... korang ni... jangan bergaduh di tepi jalanrayalah... malu kalau di lihat orang... akak fikir lebih baik aje kita balik ke rumah. tak payah pergi ke majlis kesyukuran tu lagi... akak terasa malas pula nak pergi ke sana... er, saudara... kami balik ke rumah dulu,ya...", kak long midah bersuara sambil menarik tanganku.

perlahan lahan kami beredar dari situ. "nanti dulu saudari...", kedengaran suara pemuda itu memanggil kami dari belakang. "hish... apa lagi yang mamat sekor tu nak ar?", omelku dengan marah. "ya ada apa?", soal kak long midah tanpa mempedulikan omelanku. "saya tengok saudari susah betul hendak berjalan, biarlah saya menghantarkan saudari balik ke rumah saudari tu...", kata pemuda itu pada kak long midah. aku mencebikkan bibirku. nak tunjuk baiklah kononnya tu. "wei...tak payah tunjuk baik pada kami lorh... kami boleh balik sendiri...", kataku dengan wajah yang masam mencuka. "weh... aku bukannya nak ajak kau naik kereta aku pun... aku cuma nak ajak akak kau seorang ajelah... kalau kau nak balik jalan kaki, kau jalanlah terus... tak payah lagi kau tercegat kat situ macam patung cendana...", kata pmuda itu dengan wajah yang menjengkelkan. "eiiiii....geramnya aku!....", kataku dengan geram sekali.

"er.... adik, mari kita ikut dia balik ke rumah... sebenarnya akak dah tak larat jalan kaki ni....", kata kak long midah pula. "oh... jangan buat saya marahlah kak.... saya tidak mahu ikut dia balik ke rumah...", kataku dengan wajah yang serius. "biarkan dia jalan kaki... dia kan berani jalan kaki seorang diri...", kata pemuda itu dengan sinis sekali. aku menggetapkan bibirku. "ok.... macam ini sajalah... kalau akak nak balik ke rumah dengan mamat tak guna ni akak masuklah ke dalam keretanya tu... biar saya seorang saja yang jalan kaki balik ke rumah....", marahku. aku mula berjalan meninggalkan tempat itu. Beberapa saat kemudian,"tunggu dik... akak ikut adik balik ke rumah...", jerit kak long midah dari belakang. aku terpaksa berhenti di tepi jalanraya itu. aku lihat kereta pemuda itu sudah pun meluncur pergi dari situ.kak long midah berjalan terhinjut hinjut menuju ke arahku. "kenapa akak tidak jadi balik ikut kereta mamat tak guna tu?", soalku ingin tahu. "akak tidak berani ikut dia balik sebab akak tak kenal dia... jom kita balik...", kata kak long midah perlahan lahan. "jom...", aku bersuara sambil berjalan perlahan lahan di sebelahnya. sampai di rumah ibu menyambut kedatangan kami dengan dahi berkerut seribu.

"eh... kenapa dengan kaki kakak kamu ni lia?....", soal ibu ingin tahu. "ibu tanyalah pada kakak midah sendiri... saya malas nak explain...", kataku dengan wajah yang masam mencuka. aku terus naik ke atas rumah. sayup-sayup kedengaran suara perbualan ibu & kak long midah dari ruang tamu rumah itu. mereka bercerita tentang kejadian yang berlaku sebentar tadi. "oooh, begitu critanya... jadi kenapa adik kamu si kamalia tu moody semacam aje ibu tengok?...", soal ibu ingin tahu. "dia moody sebab dia bergaduh dengan mamat tu lah... dia hampir saja menumbuk wajah mamat tu. nasib baik saya berjaya menghalangnya, kalau tidak...hm, tak tahu lagilah...", jawap kak long midah. "hm... adik kau tu memang macam tu. sikit-sikit nak bertumbuk... sikit-sikit nak bertumbuk... macamlah dia tu lelaki... padahal dia tu perempuan... hm... ibu sendiri pun tidak tahu bagaimana caranya nak ubah sikap si kamalia yang tak ubah macam lelaki tu...", keluh ibu dengan sedih. hanya itu saja yang aku dengar. Yang selebihnya aku malas nak dengar. Aku sumbat earphone ipodku di dalam telinga. yang kedengaran kini hanyalah lagu, 'check yes juliet' dari kumpulan we the kings. aku berbaring di atas katilku sambil mendengar lagu itu....

GADIS TOMBOY (U)Where stories live. Discover now