DAMIHA | Prolog ⚠TW⚠

8 2 3
                                        

DERAPAN kaki mula bergema tatkala gadis itu melangkah masuk ke dalam rumah yang sepatutnya menjadinya miliknya. Bau darah dan juga bahan bakar mula bercampur dihirupnya dalam-dalam. Ya, dia puas. Akhirnya dendamnya bakal langsai. Gadis itu terus melangkah ke ruang tamu.

Mangsa-mangsanya? Ada yang sudah menyembah bumi, ada yang masih lagi mampu berdiri menghadapnya. Tetapi, hadap dalam penuh ketakutan.

"You're crazy, Mei Lin. How dare you threaten us when we treat you like one of us-" Kutuk seorang gadis yang seakan sebaya dengan dirinya. Gadis yang dipanggil sebagai Mei Lin memandang tepat ke dalam mata gadis itu. Penuh dendam. Lantas, dia menghampiri gadis malang itu sebelum mencengkam pipinya kuat.

"Wǒ fēng le ma? Méi cuò!" (Aku gila? Ya, betul! Aku memang gila!) Teriak gadis itu kuat hingga hampir semua orang di situ memandang ke arahnya. Sarkastik? Gila? Ya, betul. Kerana dia sudah lali dengan tipu daya manusia lagi-lagi dari orang yang sepatutnya menyayangi dirinya, yang sepatutnya menjaga dirinya.

Dan, dunia memang kejam kerana dia terpaksa menghadapi manusia bertopengkan syaitan dari dia kecil. Dan, 'syaitan' itulah darah dagingnya sendiri. Entah apalah dosanya sehingga dia terpaksa bertindak seperti ini.

"Mei Lin, please don't kill us. We are truly sorry for what we did," bicara seorang lelaki berumur lebih separuh abad. Bapa saudaranya ditatapnya. Lantas dia tersenyum sinis, meninggalkan gadis yang sudah longlai akibat trauma dengan apa yang sedang terjadi.

Dia terus menghampiri lelaki itu sambil memegang pisau lipat yang tersimpan di dalam poketnya. Dia bermain dengan pisau itu sambil tersenyum menang. Ya, dia sudah menang.

'Mama, daddy, I've won. And korang boleh rehat dengan aman.'

Gadis itu melutut sedikit memandang bapa saudaranya. Dielus rapi pipi lelaki itu. Darah yang menghiasi wajahnya dipandang. Dia langsung tertawa terbahak-bahak. Ini pemandangan yang dinanti-nantikan selama ini.

Gadis itu melangkah ke belakang setapak demi setapak. Masih sulit untuk menerima apa yang dihamburkan lelaki tadi. Maaf? Perkataan itu sudah lama hilang dari hidupnya.

"Kau boleh pergi mati dengan 'sorry' kau!" Lantas pisau di tangannya dihayun, tepat mengenai bahu kiri lelaki yang tidak bertuah itu. Lelaki itu terus mengerang kesakitan, peluh mula membasahi dahinya. Masanya untuk pergi buat selama-lamanya sudah boleh dihitung jari.

"Mei Lin-"

"I am not Mei Lin and I will never be your Mei Lin again..." Ucap gadis itu sambil mencangkung di hadapan lelaki itu. Pisau yang terpacak di bahu dimainnya perlahan-lahan sebelum dia tusuk lebih dalam pisau itu. Habis, bapa saudaranya menyeringai kesakitan.

"Sebab nama aku Acacia, you probably have to remember this forever," dicabutnya pisau lipat itu sebelum dia mengetuk perlahan sisi kepala bapa saudaranya itu menggunakan pisau tadi. Dia terus melangkah menjauhi lelaki itu sebelum berbisik perlahan.

"Aku Acacia Leanna Hyde binti Megat Hayden Hyde. Aku bukan Mei Lin seperti apa yang korang sibuk katakan."

Acacia terus mengalihkan tubuhnya memandang bapa saudaranya buat kali terakhir. Sedih? More to despise. Sampai bila-bila dia tidak akan mengaku lelaki itu darah dagingnya. Sepucuk pistol dari dalam poket seluarnya dikeluarkan.

Ketakutan mula menyelubungi lelaki itu. Itu yang membuatkan Acacia galak tertawa. Dia suka dengan riak wajah itu. Gadis itu mula mendekat.

"Kenapa nak takut sedangkan this how you killed both of my parents. And sadly, you are going to die tonight-"

BAM! Acacia terus melepaskan tembakan tepat mengenai dahi lelaki itu. Darah terus membuak-buak keluar. Lega. Ini kali pertama dia bisa menghirup udara yang dimana tiada orang yang ingin membunuhnya menghirup bersama. Dan kini, dia boleh tidur dengan aman di sisi jejaka yang disayanginya.

Imran Hades Aldridge.

"Imran, wait for me. I'll come home. Back to you, sayang..." Penglihatannya terus kelam. Dan dia tahu masanya untuk pulang sudah tiba.

SINARAN mentari terus menyilau penglihatannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SINARAN mentari terus menyilau penglihatannya. Acacia terus mencelik matanya. Bau kayu terbakar menyebabkan dirinya memerhati sekeliling. Kayu. Di dalam kabin kayu. Lokasinya? Dia sendiri tidak pasti.

Langit kelam diluar dilihatnya menerusi tingkap yang berada di sebelah kirinya. Salji mula menimbun tebal. Entah berapa lama agaknya dia tertidur sehinggakan tempat ini sudah bersalji. Months have passed?

Kemeja putih yang bersaiz besar dari dirinya dipegang. Matanya memandang tubuhnya yang ditutupi selimut tebal. Katil bersaiz king direnungnya lama. Dia seakan kenal dengan bau cologne yang melekat di cadar katil ini. Lelaki itu. Sejenak kemudian, pintu bilik terbuka secara tiba-tiba dari luar.

"Good morning, princess!" Acacia terus mengacu pistol yang berada di atas meja kecil bersebelahan katilnya ke arah pintu. Jarinya di picu statik. Lelaki itu rupanya.

Jejaka yang agak terkejut dengan tindakan gadis itu terus menghampiri Acacia sebelum meletakkan sedulang makanan di atas meja kecil, bersebelahan katil itu. Lantas, dia berbicara sedikit ketakutan. "Whoa, I think you patut simpan pistol tu. I cause no harm."

Acacia terus menyimpan pistolnya. Dia terus menguncikan pandangannya terhadap jejaka itu, bimbang jejaka itu berniat jahat. "Where am I? Apa you dah buat, Imran?" Soal Acacia bertubi-tubi. Dia pelik. Setahunya dia sedang menjalankan misi.

"Apa I dah buat? Nothing!" Bantah Imran kuat sebelum duduk di sebelah gadis itu. Terus Acacia membulatkan matanya. What do you mean by nothing? Who changed my clothes then? Rungut Acacia dalam hati. Seakan mampu membaca fikiran gadis itu, Imran tertawa kecil. Tiada langsung riak bersalah terpamer di wajahnya.

"I nak balik."

Acacia terus bangkit menuju ke arah pintu. Tapi jejaka itu lebih pantas mengunci pergelangan kanan tangannya, menyebabkan dia terjatuh di dalam pelukan jejaka itu. Gadis itu terus memandang pelik.

'What's now? Drama apa lagi mamat ni nak tayang?'

"You nak balik ke tempat you akan mati, amora?" Acacia terus memandang ke dalam iris kelabu jejaka itu. Apa maksud Imran? Detik hatinya. Nampaknya Imran lebih tahu sesuatu yang dia tidak tahu.

 Nampaknya Imran lebih tahu sesuatu yang dia tidak tahu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

amacam?? we stand with strong fl. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 20 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐒𝐔 | 𝐃𝐢𝐚, 𝐀𝐦𝐨𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐝𝐞𝐬 𝐀𝐥𝐝𝐫𝐢𝐝𝐠𝐞 ©Where stories live. Discover now