Bab 21

7.7K 211 5
                                    

"Aku janji dekat kau. Aku tak akan ambil gambar perempuan lain selain kau kat kamera Nikon ni.." Kata-kata Razman semasa di sekolah menengah terngiang-ngiang. Penipu! Jerit Nadzirah di dalam hati.

"Hai.. sorang je ke? Boleh saya duduk?" Sapa seseorang lelaki. Nadzirah mengelap air matanya kemudian melihat lelaki yang menegurnya tadi lalu tersenyum. Mamat ni tadi ada dengan Razman. Kawan mungkin. Fikir Nadzirah.

"Ada tertulis kat kerusi ni 'dilarang duduk'?" Lelaki itu ketaw kemudian duduk agak berjauhan dari Nadzirah.

"Awak nangis ke?" Tanya lelaki itu lagi.

"Taklah.. mata saya-"

"Masuk habuk.. itu yang awak nak cakap kan?" Ujar Lelaki itu atau dikenali sebagai Hadif kawan Razman.

Nadzirah tersenyum. Memang itu yang ingin dia cakap. "Dari-" Nadzirah tidak sempat menghabiskan ayatnya.

"Dari mana saya tau?" Pintas Hadif. Nadzirah mengangguk.

"Dah banyak kali saya dengar. Drama melayu semua sama." Ujar Hadif seraya tersenyum sumbing. Nadzirah juga tersenyum.

"Kenapa awak menangis?" Tanya Hadif.

"Hadif dari tadi kitorang cari kau.. rupanya kau kat-" Razman tidak menyambung ayatnya apabila melihat Nadzirah berada di situ. Dia terkejut melihat Nadzirah begitu juga dengan Nadzirah. Hadif berdiri kemudian Nadzirah.

Rina yang nyata juga terkejut melihat Nadzirah tapi selepas itu dia memeluk lengan Razman untuk menambahkan rasa sakit hati Nadzirah yang sedia ada. Mata Nadzirah tertancap kepada tangan yang memeluk erat lengan suaminya. Kemudian matanya beralih melihat Hadif.

"Dulu ada seseorang yang berjanji pada saya takkan ambil gambar perempuan lain melainkan saya tapi janji yang dia buat sangat mengecewakan saya." Sindir Nadzirah sekaligus menjawab pertanyaan Hadif. Nadzirah memandang Razman kemudian segera berlalu dari situ apabila air matanya sudah menitis.

"Kau kenal dia ke Man?" Soal Hadif.

"Tak." Jawab Razman ringkas. Ingin sahaja dia mengejar Nadzirah tapi ada sesuatu yang meghalangnya setiap kali melihat air mata Nadzirah dia akan selalu kalah.

"Ya ke? Tadi aku tengok cara dia pandang kau macam.. apa eh? Tapi muka dia kecewa habis. Kau ke orang yang dia maksudkan tadi?" Ujar Hadif.

"Apa pulak aku. Kenal pun tak." Ujar Razman teragak-agak. Rina tersenyum lebar.

AIR mata laju berjuraian di pipi gebu Nadzirah. Dia memandu kereta laju agar cepat sampai rumah. Ruzain juga masih bersama ibu mertuanya.

Kereta diparkirkan digaraj. Dia segera masuk kedalam rumah sejurus itu juga Razman masuk. Nadzirah memalingkan muka melihat Razman.

"Kenapa?" Soal Nadzirah.

"Apa yang kenapa?" Soal Razman kembali.

"Kenapa abang mungkir janji? Kenapa buat Zira macam ni? Apa salah Zira? Apa salah Ruzain sampai abang tak nak mengaku dia anak abang?" Soal Nadzirah bertubi-tubi. Razman tidak memandang Nadzirah.

"Setiap orang pun akan mungkir janji dia. Salah kau mungkin tak ada tapi entahlah rasa sayang dan cinta untuk kau macam dah hilang." Ujar Razman sinis. Dia ingin melangkah namun terhenti.

"Oh ya.. pasal budak tu.. betul ke anak aku? Aku rasa bukanlah. Bukan kau ni perempuan mu-"

"Puas awak hina saya? Ya! Dimata awak saya cuma perempuan murahan yang harga dirinya telah hilang." Suara Nadzirah mula meninggi. Dia menyeka air matanya.

"Saya dah penat. Kalau awak betul nak kahwin dengan Rina.. kahwinlah tapi saya minta awak lepaskan saya dalam masa terdekat ni dan hari ni juga saya dengan Zan akan keluar dari rumah ni." Ujar Nadzirah tenang.

"Saya akan doakan kebahagiaan awak dengan Rina. Halalkan makan minum saya.. maafkan dosa saya sepanjang saya jadi isteri awak." Sambung Nadzirah dia menaiki tangga. Muka Razman sudah bengis.

"Berambuslah kau perempuan dengan anak haram kau tu!" Jerit Razman. Nadzirah menahan diri. Dia sudah nekad untuk melepaskan lelaki itu pergi.

NADZIRAH masuk kedalam rumah banglo milik Dato' Nasri bersama Ruzain. Nadzirah memberi salam tapi tiada satu orang pun yang menyahut kemudian dia membuka sahaja pintu rumah itu.

Dia melihat tidak ada orang yang berada di ruang tamu. "Mana mama, papa ni?" Soal Nadzirah sendiri. Dia berjalan menuju bilik bacaan Dato' Nasri di mendengar perbualan dari dalam.

"Bila kita nak bagitau Zira abang?" Tanya Datin Suraya.

"Nantilah.. Zira kan ada masalah dengan Razman." Ujar Dato' Nasri. Bagitau aku apa? Fikirnya dalam hati.

"Tapi bang benda ni dah lama.." Ucap Datin Suraya. "Awak ni macam tak suka kalau Zira ada." Ujar Dato' Nasri.

"Tak.. bukan itu maksud saya bang.. saya sayang dia macam anak kandung saya sendiri kalau saya tak suka dia dah lama saya dera dia bang." Ujar Datin Suraya.

Nadzirah terkejut mendengar kenyataan yang satu ini. Apa maksud mama? Aku bukan anak kandung dia orang ke? Soalan itu hanya terbiar tidak berjawab.

"Saya pun sayang dia macam anak kandung saya sendiri. Tengoklah along dengan Era pun sayang sangat kat Zira walaupun Zira cuma adik angkat dia orang.

Kita ambil dia dulu masa umur dia 2 tahun kat rumah Anak Yatim Al-Yakin." Nadzirah mengundurkan kaki selangkah. Tak mungkin. Bisik Nadzirah. Dia menuju ke keretanya beg kembali di masukkan ke dalam kereta. Nadzirah meletakkan anaknya di kerusi bersebelahan dengannya.

Kereta laju keluar dari perkarangan rumah tersebut. "Kenapa semua benda ni jadi kat aku? Apa salah aku?" Nadzirah sudah tau ke mana dia harus pergi. Dia melihat sekilas anaknya.

"Kita akan pergi jauh sayang.." Ucap Nadzirah. Matanya kembali difokuskan dengan memandu.

Okey chapter ni pendek sikit. No idea. Comment and vote. Thank you sorry kaau ada typo.






Jodoh KitaWhere stories live. Discover now