Bab 17

6.9K 203 4
                                    

        Nadzirah membawa Syafiqa ke biliknya apabila selesai bertemu dengan kedua ibu bapa Naufal dan Nadzirah. Datin Suraya dan Dato' Nasri kelihatan suka dengan Syafiqa.

        Mereka duduk diatas katil Nadzirah. Syafiqa melihat keadaan Nadzirah yang tengah mengandung banyak persoalan yang berada di kepalanya. Mereka berdua hanya diam tiba-tiba kekok.

"Berapa bulan?" Tanya Syafiqa memecah kesunyian. Nadzirah senyum palsu.

"7 months." Ringkas Nadzirah menjawab. Syafiqa menganggukkan kepala kemudian keadaan menjadi sunyi lagi.

"Bila akak kahwin?" Soal Syafiqa lagi.

"Dah hampir satu tahun." Muka Nadzirah kelihatan hambar.

         "Dengan siapa?" Nadzirah melihat meja solek yang membelakangi Syafiqa. Syafiqa juga memalingkan kepalanya melihat arah meja solek dia mengecilkan sikit matanya agar dapat mengenal pasti lelaki yang dilihatnya didalam gambar.

"Abang Man? Betul ke akak? Kenapa tak jemput Syaf. Sampai hati." Syafiqa pura-pura merajuk.

        "Sorrylah. Lagipun akak tak pernah jumpa Syaf. Kita jumpa pun haritu dekat MidValley." Ujar Nadzirah dia tersenyum tapi disebalik senyumannya itu ada sebuah kepahitan yang telah dicipta oleh Razman.

       Syafiqa senyum teruja. "Betulkan Syaf cakap kak Zira dengan abang Man mesti ada apa-apa. Macam mana akak boleh kahwin dengan dia." Tiba-tiba rasa kekok telah hilang.

"Panjang cerita dia Syaf. Tak manis, pahit? Mungkin." Nadzirah senyum pahit. Dia mengusap perutnya.

       "Akak ada masalah ke dengan abang man?" Syafiqa memandang Nadzirah. Nadzirah menggeleng.

"Nanti akak cerita ya."

       Melihat air muka Nadzirah yang berubah. Syafiqa segera menukar topik. "Bila due kak?"

         "3 months from now." Nadzirah teruja apabila bercerita soal anaknya tapi senyumannya mati apabila teringat pasal Razman yang kian berubah.

"ESOK kawan abang nak datang so masak untuk lunch." Pesan Razman bersiap sedia untuk bekerja. Nadzirah hanya mengangguk.

         "Abang jalan dulu." Nadzirah menyalam tangan suaminya dia menunggu untuk suaminya mengucup dahinya tapi hampa Razman kini telah masuk kedalam kereta. Siapa kawan dia? Fikir Nadzirah. Dia mengusap lagi perutnya yang sudah berusia lebih 8 bulan.

TEPAT pukul 12 tengahari masakan Nadzirah telah siap dimasak. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor Razman.

"Assalamualaikum.. abang kat mana?" Tanya Nadzirah apabila panggilannya disambut.

"Sabarlah abang dah dekat ni.. dah sampai pun buka gate tu." Nadzirah menamatkan panggilan lalu meneka suis pagar rumahnya. Nadzirah hanya didalam rumah menunggu Razman dan 'kawannya'.

         Bunyi ketukan pintu membuatkan Nadzirah berdiri lalu membuka pintu terjengul muka Razman dan kawannya. Nadzirah terkejut melihat perempuan itu apatah lagi perempuan itu memeluk tangan Razman.

"Ma..masuklah." Pelawa Nadzirah. Rina tersenyum jahat melihat air muka Nadzirah. Aku dah kata aku akan rampas kebahagiaan kau Zira. Ujar Rina dalam hati.

          Razman dan Rina berjalan menuju sofa. "You wait here. I naik mandi kejap. Zira pergi siapkan air untuk Rina." Ujar Razman lalu memanjat satu persatu tangga. Nadzirah juga berlalu kedalam dapur.

          Nadzirah mencapai gula. "Hey maid jangan letak banyak sangat gula. I tak suka kalau manis sangat." Ujar Rina. Sejak bila dia berdiri di situpun Nadzirah tidak tahu. Nadzirah tidak menghiraukan kata-kata Rina.

          "Kesian kau kan Zira.. Razman cuma anggap kau sebagai maid dia aje kan?" Rina cuba memanaskan Nadzirah. Sabar Zira ikutkan nak aje aku siram kau guna air panas ni. Gumam Nadzirah dia menggaul air teh.

         "Kalau kau nak tahu kan Zira. Razman cuma lepaskan nafsu dia kat kau je tulah kau mengandung sekarang ni. Kau tak rasa diri kau tu pembantu rumah ke?"

         "Razman suruh kau berhenti kerja lepastu semua kerja kau yang buat dia suruh kau masak untuk aku.. kiranya kau ni cuma perempuan simpa.."

Pangg! Belum sempat Rina menghabiskan ayatnya tangan Nadzirah sudah menampar pipi putih Rina.

         "Kau siapa nak cakap aku macamtu? Aku maid ke, perempuan simpanan dia ke? yang kau susah sangat kenapa? Kau mati ke kalau kau tak cakap macam tu?" Bentak Nadzirah.

"Kurang ajar kau Zira. Kau memang slut. Kau ingat aku tak tau ke macam mana cara kau kahwin dengan Razman." Tanganmya juga dinaikkan ingin menampar Nadzirah tapi Nadzirah cepat menangkap tangan Rina.

         "Aku slut? Bukan kau ke? Berhubung dengan suami orang? Dasar perempuan murahan." Teriak Nadzirah. Tiba-tiba Nadzirah merasa pipinya pijar dia melihat siapa yang menamparnya.

        "Kurang ajar kau Zira. Aku tak pernah ajar kau kurang ajar macam ni." Marah Razman. Rina tersenyum puas. Rina juga terkejut melihat Razman menampar Nadzirah.

        Mata Nadzirah sudah berkaca. Sebelah tangannya memegang pipi yang masih terasa sakitnya kemudian dia tertawa. "Tak sangka ya.. abang sanggup tampar Zira gara-gara perempuan ni. Mama dengan papa pun tak pernah pukul Zira apalagi tampar Zira. " Air mata Nadzirah sudah mengalir laju.

        "Jadi kau ingat mak bapak aku pernah tampar aku ke Zira? Kau orang pertama tanpar pipi aku." Ujar Rina dia membatu apikan Razman dengan Nadzirah.

"Apa? Kau tampar Rina?" Soal Razman.

"Kenapa? Abang takut kalau kekasih abang ni luka? Dan kau Rina setahu aku mak bapak kau tinggalkan kau dekat rumah anak yatim kan? Tak pernah pukul kau? Kau jangan ingat aku tak tahu kehidupan kau dulu.

        Mak kau berhubung sulit dengan Dato' Jamal pak cik aku sendiri dan mak kau mengandungkan kau tapi mak kau bilang anak dalam kandungan dia anak Hashim. Semasa mak kau lahirkan kau mak kau meninggal. Hashim jaga kau sampai umur kau 1 tahun tapi Setelah bapak kau tau kau bukan anak dia.

        Bapak kau selalu dera kau, pukul kau parut yang ada kat dahi kau tu bekas bapak kau pernah hiris pakai pisau dan bapak kau hantar kau pergi rumah anak yatim dan sekarang aku tau kau berhubung dengan siapa." Nadzirah meluahkan segala rahsia yang diketahuinya. Razman dan Rina terkedu mendengar cerita Nadzirah.

         "Kau jangan nak buat cerita Zira." Rina kalut. "Darimana kau tau ni?" Tanya Razman juga menukarkan panggilannya 'aku kau'.

"Pak long yang cerita tapi pak long cuma cerita sampai mak Rina meninggal lepastu Zira siasat dan pasang spy sampai sekarang spy tu masih ikut Rina. Zira tau selama ni abang tipu Zira yang abang kat office tapi abang keluar dengan Rina. Zira tak nak parcaya dan Zira buat-buat tak tau."

         "Baguslah kalau kau tau. Senanglah aku nak keluar dengan Rina nanti tak payah nak tipu kau lagi." Ujar Razman. Nadzirah tersentap Rina tersenyum puas. Yes umpan aku berjaya. Gumam Rina.

          "Jom Rina. Kita makan kat luar je." Razman menarik tangan Rina. "Bye maid." Ujar Rina berbisik. Nadzirah menitiskan air mata dia terduduk didapur. Dia mengusap perutnya.

          "Sabar sayang mama janji lepasni semua akan pulih. Sanggup abang buat Zira macam ni." Rintih Nadzirah.

Vote and comment ya. Thank you.

       

         






Jodoh KitaWhere stories live. Discover now