Bab 4

9.3K 244 1
                                    

7 Tahun kemudian..

"Bila Zira nak kerja? Tak kan nak jadi penganggur je terus? Tengok Razman tu dia dah kerja." Bebel Dato' Nasri kepada anak bongsunya.

"Ala.. Zira belum dapat kerja lagi lah papa.. Razman tu lain.."

"Apa yang lainnya.. Razman dah 2 bulan kerja kat syarikat papa. Macam ni lah, papa bagi kamu peluang cari kerja dalam masa tiga hari kalau tak jumpa Zira akan kerja tempat uncle Yusuf." Cadang Dato' Nasri. Terbuntang mata Nadzirah begitu juga dengan Datin Suraya yang dari tadi diam di sebelah Dato' Nasri. 3 hari? Cukup ke?

"What? Tapi.." Belum di menghabiskan ayatnya Dato' Nasri segere memintas.

"I won't listen any excuse."

"Tiga hari mana cukup papa.. tapi kenapa syarikat uncle Yusuf?"

"Sebab kat syarikat papa dah ada Along dan Razman yang bantu papa so, papa tak perlukan orang lagi."

"Jahatnya papa.."

"Jahat tak jahat kamu kena buat.. ingat tiga hari.. lagipun kamu tak kesian dengan uncle Yusuf kamu?dah lah papa dah nak pergi buat kerja papa." Dato' Nasri berdiri lalu beredar pergi ke bilik bacaannya.

"Papa!" Panggil Nadzirah.

"Hishh.. mama tolong lah Zira." Nadzirah duduk bersebelahan Datin Suraya.

"Mama tak boleh tolong kamu terpaksa lah ikut cakap papa." Ujar Datin Suraya.

"Ala.. mama ni.. tak pe lah kalau macam tu Zira naik bilik dulu." Nadzirah naik ke biliknya yang berdekatan dengan tangga. Datin Suraya yang melihat tingkah laku anaknya hanya mampu menggelengkan kepala.

Razman dan Nadzirah berjalan masuk ke sebuah cafe mereka mencari tempat yang agak tersorok. Setelah mengambil pesanan pelayan itu beredar dari situ. Nadzirah hanya memakai seluar Jean skinny Dan baju T-shirt. Razman memakai baju kemeja yang digulung hingga ke siku dan seluar jeans.

"Kau kenapa ni, Zira?" Tanya Razman memulakan bicara mereka.

"Tak ada apa-apa." Ujar Nadzirah.

"Kau jangan nak bohong dengan aku.. aku bukan kenal kau baru sehari ok.. dah lama kita kawan.." Bebel Razman. Nadzirah menarik nafas panjang.

"Bukan penting sangat pun.."

"Penting tak penting.. cuba kau bagi tau aku apa masalahnya."

"Papa suruh aku cari kerja.. deadline tiga hari kalau dalam masa 3 hari tu aku tak jumpa kerja.. papa suruh aku kerja dengan uncle Yusuf." Terang Nadzirah.

"Betul lah cakap uncle Nasri tu.. kau nak jadi penganggur sampai bila?" Pesanan yang mereka pesan sudah berada di atas meja.

"Kau ingat aku nak jadi penganggur ke? Aku nak kerja tapi aku belum jumpa kerja tu.."

"Aku rasa lebih baik kau ikut je cakap uncle Nasri.. jadi adil lah aku kerja kat syarikat papa kau.. kau kerja kat syarikat papa aku." Nadzirah menyedut minumannya selepas itu dia diam tidak terkutik. Macam dapat masalah besar je lagaknya.

"Nanti lah aku fikirkan.." Ujar Nadzirah tiba-tiba. Razman yang telah menghabiskan separuh pinggan nasi goreng kampung itu memandang Nadzirah lalu tersenyum.

"Dah lah.. habiskan makanan kau.. lepastu kita jalan dan ambil gambar." Arah Razman. Nadzirah senyum seraya mengangguk. Razman membalas senyuman Nadzirah.

Setelah membayar bil mereka keluar dari cafe tersebut. Mereka menaiki kereta yang di pandu oleh Razman. Suasana dalam kereta Razman sunyi sepi. Nadzirah tiba-tiba tersenyum mengingatkan janji yang pernah Razman buat dulu. Razman yang perasan Nadzirah tersenyum menegur.

"Kenapa senyum?"

"Teringat janji kau dulu.." Razman juga tersenyum mengingat janji yang pernah dia buat.

"Dan aku tak akan pernah mungkir janji tu."
"Buat masa ni mungkin lah kau tak mungkir janji tu..kita tak tau masa akan datang macam mana kan?" Ujar Nadzirah.

"Tapi apa pun yang jadi aku akan pegang janji aku." Kata Razman. Nadzirah menjongketkan bahu dan tersenyum lalu melemparkan pandangan ke luar jendela kereta.

Akhirnya mereka sampai di Putrajaya. Banyak gambar Nadzirah yang Razman tangkap cuma Nadzirah tak perasan gambarnya di ambil. Razman teringat kembali peristiwa dia menangkap gambar Nadzirah di bawah pokok yang agak redup sampai sekarang gambar tu masih ada di kamera.

Razman melihat satu persatu gambar yang di ambil lepastu dia melihat Nadzirah lagi yang berjalan di sekitar Putrajaya. Nadzirah menuju ke arah Razman.

"Nampak apa tu?" Tanya Nadzirah sambil menjenguk melihat kamera Razman. Razman menunjukkan gambar yang ada di kamera itu. Terbeliak mata Nadzirah melihat gambarnya yang sedang berdiri memandang Masjid Putrajaya.

"Nampak gambar kau." Razman ketawa agak kuat. Nadzirah hanya tersenyum.

"Apa yang kau fikir nampak Masjid tu?" Tanya Razman.

"Aku fikir.. selama ni aku tak buat ajaran-Nya padahal mama selalu suruh aku berubah tapi hati aku ni belum terbuka nak berubah." Ujar Nadzirah lirih. Razman tersenyum mendegar ucapan Nadzirah.

"Aku yakin nanti kau akan berubah kalau kau tak boleh ubah diri kau biar aku yang ubah diri kau." Ujar Razman. Razman dan Nadzirah sama-sama tersenyum.

Nadzirah mengetuk bilik bacaan Dato' Nasri. Setelah mendengar izin menyuruhnya masuk Nadzirah memulas tombol pintu. Nadzirah berjalan masuk kelihatan Dato' Nasri melihat kertas kerja di atas meja. Maklum lah CEO.

"Papa.." panggil Nadzirah. Dato' Nasri mendongak dia tersenyum melihat anak bongsunya itu.

"Zira nak apa?" Tanya Dato' Nasri.

"Zira nak.. hmm.. Zira terima tawaran untuk untuk kerja tempat uncle Yusuf." Dato' Nasri tersenyum mendengar permintaan anaknya.

"Tapi.. dengan satu syarat."

"Syarat? Apa dia syaratnya?" Dato' Nasri mengerutkan dahinya.

"Nanti masa Zira kerja dengan uncle Yusuf. Zira tak nak orang tau yang Zira anak papa dan Zira tak nak orang tau yang uncle Yusuf kenal Zira. Okey papa?" Tanya Nadzirah.

"Tapi kenapa?"

"Sebab Zira tak nak orang kenal Zira sebagai anak ternama. Zira nak mula dari bawah." Ujar Nadzirah.

"Okey.. nanti papa uruskan dengan uncle Yusuf."

"Thank you papa. Along mana papa?" Walau tinggal serumah susah sangat nak nampak muka alongnya itu.

"Along macam biasa keluar dengan kawan dia."

"Kalau macam tu Zira naik dulu lah. Good night papa." Nadzirah mencium pipi Dato' Nasri dan berjalan menuju pintu.

"Nanti dulu." Kaki Nadzirah terhenti Dan berpaling melihat Dato' Nasri. Sebelah keningnya dijongketkan.

"Kamu dari mana? Kenapa malam macam ni baru balik?" Tanya Dato' Nasri.

"Tadi Zira keluar dengan Razman." Jawab Nadzirah. Dato' Nasri menarik nafas dalam.

"Papa bukan nak larang korang berdua jalan tapi kalau sampai malam macam ni.. nanti orang kata apa pulak?" Ujar Dato' Nasri.

"Papa kitorang bukan buat benda yang tak senonoh pun."

"Yes.. I know.. Zira tak takut dengan fitnah orang?" Nadzirah terdiam seraya menganggukan kepala dan berlalu dari situ. Dato' Nasri melihat langkah anaknya pergi.

Jodoh KitaWhere stories live. Discover now