Bab 19

7.4K 212 4
                                    

Razman menghidupkan telefon bimbitnya. "Banyaknya misscall." Ujar Razman. Tadi masa makan tengahari Razman bersama Rina jadi kerana tidak ingin diganggu dia mematikan telefonnya.

36 misscalled
10 misscall from Zira Sayang
8 misscall from Along
9 misscall from Mama Sukma
7 misscall from Mama Suraya
2 misscall from unknown number

Baru ingin menghubungi Datin Sukma. Telefonnya sudah berbunyi tertera nama 'mama Sukma' di telefon bimbitnya lalu menyambutnya.

"Assalamualaikum mama.." Ucap Razman.

"Waalaikumsalam.. Razman kat mana?" Suara Datin Sukma agak tegas.

"Kat officelah mama.."

"Better Razman datang hospital Johny sekarang." Arah Datin Sukma dengan nada yang marah.

"What happen? Everything okay ri-"

"Come now.." Pintas Datin Sukma.

"But-"

"Ini said now. So, Now!" Suara Datin Sukma sudah meninggi lalu menamatkan panggilan. Razman mengeluh lalu mencapai kunci kereta dan Iphonenya.

"Fiza saya keluar dulu. Cancel all appoiment. Kalau ada yang cari saya cakap saya tak ada. Faham?" Pesan Razman kepada Hafiza. Hafiza hanya mengangguk tanda faham.

"KAMU dari mana Razman? Call tak nak jawab telefon kamu letak mana? Lebih baik handphone tu kamu buang kalau nak dimatikan aje. Kamu tau tak isteri kamu dah bersalin. Nasib baik ada Akira kalau tak macam mana?" Marah Datin Sukma. Datin Suraya menggosok belakang besannya agar bertenang. Nasib baik tidak ada orang waktu itu kalau tak boleh malu mereka.

"Kamu ingat mama tak tau ke hubungan kamu dengan Rina. Memang perempuan murahan. Mama kecewa dengan kamu Razman." Sambung Datin Sukma. Razman hanya mendengar.

"Razman kalau kamu dah tak boleh nak jaga Zira.. lepaskan dia." Ujar Datin Suraya lembut. Razman agak tersentak mendengar permintaan ibu mertuanya tapi cuba dikawal.

"Razman nak pergi tengok Zira kejap." Razman meminta diri menuju ke wad Nadzirah.

PINTU wad ditolak perlahan kelihatan Nadzirah mendukung Ruzain. Nadzirah yang perasan kehadiran suaminya tersenyum. Razman berjalan mendekati Nadzirah.

"Abang anak-"

"Apa yang kau dah bagitau mama pasal aku denga Rina?" Tanya Razman memintas ucapan Nadzirah.

Senyuman Nadzirah mati. "Zira tak bagitau apa-apa pun dekat mama." Ujar Nadzirah. "Jangan nak tipulah.. kalau kau tak bagitau dari mana mama tau?" Soal Razman berdiri disisi katil Nadzirah. Bayi itu hanya dipandang sekilas.

"Kenapa abang tak tanya mama dari mana dia tau?"

"Kau dengar ni baik-baik. Kau jangan masuk campur urusan aku lagi. Kau faham tu!" Tengking Razman dia berjalan menuju pintu.

"Abang!" Panggil Nadzirah. Razman berhenti.

"Abang nak kahwin dengan Rina ke?" Tanya Nadzirah. Razman berpaling melihat Nadzirah.

"Kalau aku nak kahwin dengan dia kau ada masalah ke? Kau izinkan ke atau tak.. aku akan tetap kahwin dengan dia." Ujar Razman.

"Kalau tu yang boleh buat abang bahagia Zira tak boleh nak buat apa dah.. Zira tak boleh halang sebab tu hak abang. Abang tak perlu minta izin. Insyaallah Zira terima sebab Zira percaya pada takdir Allah." Air mata Nadzirah mengalir.

Jodoh KitaWhere stories live. Discover now