Bab 6

8.9K 242 0
                                    

Telefon Nadzirah berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk. Nadzirah mencapai telefonnya.

Assalamualaikum.. balik kerja nanti jumpa kat cafe biasa. - Razman

Nadzirah tersenyum membaca pesanan dari Razman. 'Pergi ke tak ye?' Nadzirah berfikir dalam hati. Nadzirah tersenyum lalu membalas pesanan itu.

Ok. See you later! - Nadzirah. Nadzirah melihat jam yang berada di telefonnya. 'Hmm.. baru pukul 3.47 petang.' Ujar Nadzirah dalam hati lalu menyambung kembali kerjanya.

"Zira!" Panggil Azri bersebelahan dengan Nadzirah. Nadzirah memandang Azri dia menjongketkan keningnya sebelah.

"Balik kerja nanti..kita keluar nak tak?" Ajak Azri.

"Erk.. Sorrylah. Saya ada janji dengan Razman." Ujar Nadzirah. Muka Azri berubah riak. Muka kecewa tapi dipaksanya untuk senyum.

"Tak apa lah kalau macam tu." Azri senyum paksa Nadzirah membalas senyuman Azri.

Nadzirah melihat jam tangannya. Pukul 5 sudah hampir. Nadzirah mengemas meja kerjanya.

"Zira.. aku balik dulu ye.." Ujar Wina yang duduk berhadapan dengannya. Nadzirah mengangguk lalu tersenyum. Nadzirah mula rapat dengan Wina.

"Bye.. Zira jumpa esok." Ucap Azri lalu berdiri dari mejanya.

"Ok.. bye.. jumpa esok." Ujar Nadzirah tangannya masih mengemas meja yang yang berselerak. Dia berdiri dan berjalan keluar ke tempat letak kereta. Punat alarm di tekan lalu membuka pintu kereta dia menghidupkan enjin kereta Nadzirah duduk sebentar di dalam keretanya. "Pukul 5 dah?" Nadzirah menggerakkan keretanya.

Nadzirah memandu keretanya pergi ke Cafe Sinar. Cafe Sinar adalah tempat mereka biasa melepak. Kalau bukan mereka berdua.. mereka bertiga yang ketiga tu bukan syaitan tau. Yang ketiga tu Naufal along Nadzirah. Kalau ada masa mereka selalu keluar bersama.

Datin Suraya mengeluh untuk kesekian kalinya. Dato' Nasri mengerutkan dahi melihat tingkah isterinya.

"Awak ni kenapa? Dari tadi mengeluh.. tak baik tau." Ujar Dato' Nasri. "Saya bukan apa bang. Saya tak sedap hati lah." Akhirnya keluar juga kegusaran yang dirasakan dari tadi.

"Tak sedap hati kenapa?" Tanya Dato' Nasri. "Zira bang.. saya rasa ada benda yang tak baik akan jadi." Ujar Datin Suraya. "Sebenarnya saya pun risau jugak.. tapi abang pasti dia keluar dengan Razman." Dato' Nasri melihat isterinya.

"Tak apa ke bang mereka selalu keluar berdua?" Tanya Datin Suraya dia bukan tidak suka dengan Razman malah terlebih suka kalau Razman menjadi menantunya tapi kan tak baik kalau berdua-duaan.

"Saya dah cakap kat dia tapi.. entah lah Zira dengar atau pun tak." Mereka berdua menarik nafas.

"Hishh mana Razman ni? Lupa ke?" Nadzirah bermonolog sendiri kepalanya melihat- lihat ke arah pintu masuk Cafe. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya baru ingin mendail nombor Razman orangnya dah ada depan mata.

"Lama tunggu?" Tanya Razman.

"Kenapa tak datang tahun depan je?" Nadzirah mencebik. "Kau ni.. jangan lah marah.. sorry ok tadi masih ada kerja kat pejabat." Ujar Razman dia melihat meja yang mereka duduki ada dua gelas.

"Siapa datang sini tadi?" Tanya Razman.

"Siapa datang sini?" Tanya Nadzirah kembali. Soalan di jawab dengan soalan.

"Ni.. ada dua gelas ni.." Razman menunjuk gelas yang berada di meja tersebut.

"Ooh.. yang ni.. aku yang minum.. penat tau tak tunggu kau." Ujar Nadzirah. Razman memanggil pelayan untuk memesan makanan kemudian pelayan itu berlalu.

"Hah kenapa nak jumpa?" Tanya Nadzirah setelah pelayan itu berlalu. "Jumpa pun salah ke? Rindu lah dengan kau dah lah masa lunch tadi tak dapat makan. Lapar kau tau?" Bebel Razman.

"Siapa suruh tunggu aku."

"Eh, bukan tadi kau suruh aku tunggu ke?" Razman mengusik Nadzirah saja buat Nadzirah marah. Hobi Razman.

"Eee.. bila mas.." Belum sempat Nadzirah bercakap pelayan tadi datang untuk menghantar makanan yang di pesan.

"Dah..dah.. makan tu jangan nak membebel je kerja." Ujar Razman selepas itu dia ketawa mengekek. Nadzirah membuat muka tak puas hati.

Setelah habis menjamu selera Razman memanggil pelayan itu lagi untuk membayar. Razman mengeluarkan not 50. "Baki dia simpan je." Razman senyum. Nadzirah melihat Razman. 'Hensem jugak dia ni.. kenapa aku tak pernah perasan.' Ujar Nadzirah dalam hati.

"Hello ada orang ke?" Razman melambai-lambaikan tangannya di deoan muka Nadzirah yang masih memandang mukanya. Nadzirah segera sedar. "Hah kantoi tenung muka aku?" Usik Razman.

"Mana ada.. kau jangan nak perasan lebih." Nadzirah berdiri lalu keluar dari Cafe Siaar tersebut. Razman sudah ketawa lalu mengejar Nadzirah yang berdiri di sebelah kereta Honda milik Nadzirah.

"Kau masuk lah dulu. Aku tunggu." Ujar Razman. Nadzirah mengangguk lalu masuk ke tempat memandu dia menghidupkan enjinnya tapi tidak berjaya. Dia mencuba sekali lagi tetap sama tidak berjaya. Akhirnya di putus asa lalu keluar dari kereta mendekati Razman.

"Man.. enjin kereta tak nak hidup lah." Adu Nadzirah. Razman mengerutkan dahi lalu memeriksa kereta Nadzirah. Dia mendekati Nadzirah lagi.

"Bawa pergi bengkel je lah nanti aku hantar kau balik." Ujar Razman.

"Ada ke bengkel buka malam-malam macam ni?" Tanya Nadzirah. Sedang mereka berdua di situ. Hujan mula turun.

"Masuk kereta aku dulu lah." Ujar Razman lalu berlari mendapatkan keretanya Nadzirah juga ikut sama. Mereka berdua masuk kedalam kereta.

"Besok je lah hantar kereta kau pergi bengkel. Sekarang aku hantar kau balik." Ujar Razman. Nadzirah hanya mengangguk.

Dalam perjalanan menghantar Nadzirah hujan yang mula turun rintik kini menjadi sangat lebat sehingga tidak dapat melihat jalan. Razman menghentikan keretanya berjauhan sedikit dari masjid tempat itu agak sunyi dan mempunyai cahaya yang hanya samar-samar.

"Kita berhenti kejap.. tak nampak jalan." Suara Razman kedengaran. "Ok." Jawab Nadzirah ringkas. Nadzirah melihat jam di dashboard Razman dah pukul 8 malam tepat.

Setelah setengah jam akhirnya hujan kini mula reda. Baru sahaja ingin menghidupkan enjin tiba-tiba ada beberapa lelaki yang mengetuk jendela kereta Razman. Mereka berdua melihat ke arah ketukan itu. Nadzirah sudah dapat mengagak apa yang akan berlaku dia mula takut.

Alhamdulillah siap lagi chapter baru tapi chapter ni pendek sikit. Korang rasa apa akan jadi dengan Razman dan Nadzirah?? Vote and comment. Apapun comment saya terima.

Jodoh KitaWhere stories live. Discover now