Catatan Penulis:
Bentuk-bentuk tulisan memainkan peranan tertentu yakni 👇
Tulisan biasa - ayat Bahasa Melayu
Tulisan italic - ayat Bahasa Inggeris
Tulisan italic bergaris - ayat berfikir/ monolog dalam minda atau hati
Tulisan italic bold - ayat dalam mesej telefon
Tulisan bold - ayat dalam nota/ surat
**********
BANTAL tidurnya dipeluk erat. Dadanya mula terasa sebak. Sejak pulang dari rumah abahnya tadi, hatinya semakin gundah. Malah hatinya semakin pilu. Sakit! Esakan yang ditahan-tahan sedari tadi akhirnya terlepas jua. Mutiara-mutiara kecil semakin laju menuruni pipi gebunya.
Makin dipendam, hatinya kian sakit. Pedih menerima keputusan abahnya. Perit menerima permintaan mamanya. Lalu bantal yang dipeluknya dilemparkan ke dinding. Bingkai gambar yang tergantung elok di dinding selama ini jatuh berkecai ke lantai. Dia tidak pedulikan semua itu. Hatinya mendengus lagi.
Seketika kemudian, kedengaran pintu biliknya diketuk beberapa kali. Namun, tiada respons positif yang diberikan. Tiba-tiba pintu biliknya ditolak perlahan setelah tombol pintu kelihatan bergerak-gerak beberapa kali. Seketika kemudian, terjengul wajah yang amat dikenalinya. Adriyana hanya memandang kosong wajah teman baiknya yang sedang melangkah masuk ke arahnya.
Ain kelihatan terkejut apabila terpandangkan kaca yang berkecai di tepi dinding. Perlahan-lahan, pandangannya beralih kepada teman yang membatukan diri di atas katil. Wajah temannya suram dan tidak bermaya. Seolah-olah berada di dalam kekecewaan. Ain menghampiri Adriyana yang hanya merenung kosong akan wajahnya. Renungan Adriyana dibalas lama oleh Ain.
Setelah pasti renungan yang dilemparkan tidak membawa apa-apa makna, Ain menyentuh lembut bahu Adriyana. Tanpa diduga, tubuh tinggi lampai di depannya dipeluk erat. Ain semakin bingung. Apa yang telah terjadi? Apakah musibah yang melanda diri temannya?
Ain sedar sejak Adriyana pulang dari rumah abahnya, keadaan gadis itu kelihatan berserabut. Malah semakin menjadi tanda tanya apabila Adriyana mula mengurungkan diri di dalam bilik tidur berjam-jam lamanya. Sehinggakan telefon milik Adriyana ditutup dan menyukarkan mamanya menghubungi.
Pelukan Adriyana semakin kejap. Tangisannya juga semakin menjadi-jadi. Ia semakin menambahkan tanda tanya di dalam fikiran Ain. Perlahan-lahan, pelukan kejap tadi dileraikan. Wajah suram di depannya diangkat. Mata Adriyana masih merenung kosong ke arah kaki katil. Adriyana tidak mampu untuk bertentang mata dengan Ain di kala itu. Hatinya begitu pedih dengan apa yang telah berlaku. Dia merasa terseksa membendung perasaan tersebut.
Ain mengeluh kecil.
“Reen, aunty baru telefon aku. She told me what was happened. Dan sekarang ni aku nak dengar dari mulut kau sendiri. Please, ceritakan pada aku apa yang telah terjadi supaya kau lebih terasa lega. Aku sedia mendengarnya, Reen,” Ain cuba memujuk hati temannya supaya berbicara.
Tetapi, Adriyana di depannya ini masih lagi diam membisu. Namun, Ain tetap menantikan jawapan dengan sabar. Kemudian, Adriyana mendongak kepala memandang wajah Ain, mengharapkan kepastian dari rakan baiknya. Ain mengangguk perlahan tanda dia menginginkan jawapan. Kedengaran pula keluhan berat dari temannya. Lalu dia menyeka mutiara-mutiara kecil yang gugur membasahi pipinya. Dia benar-benar tertekan di kala ini. Dia perlukan teman untuk berbicara. Tapi, dia sendiri tidak tahu bagaimana dia harus memulakannya. Semuanya terasa begitu buntu di mindanya. Fikirannya begitu kosong.
“Ceritalah, Reen.”
Adriyana melepaskan satu keluhan panjang.
‘Mungkin Ain telah mengetahui sebahagian cerita itu. Mungkin mama telah memaklumkannya. Ah! Aku rasa aku begitu kerdil untuk menerima semua ini, Ain!’ jerit hati kecil Adriyana.
YOU ARE READING
MENCINTAIMU SETULUS HATIKU
Non-FictionAdriyana Aliza terpaksa mengahwini anak kepada teman baik abahnya bernama Tengku Haris Iskandar yang juga merupakan bos di tempat kerja Adriyana. Adriyana membantah keras pada awalnya kerana Adriyana sudah mempunyai teman lelaki bernama Daneal Hazri...
