Prolog

2K 68 5
                                        

PINTU kayu jati di hadapannya dipandang dengan perasaan bercelaru. Tanpa sedar fail kertas ditangannya sudah dironyok kasar. Hatinya resah. Dia berkira-kira mahu mengetuk pintu tersebut atau tidak.

Setelah beberapa minit dia bertapa di hadapan pintu itu, akhirnya pintu kayu jati itu diketuk sebelum dia membuka pintu tersebut perlahan-lahan.

Matanya menangkap susuk tubuh lelaki tua yang sedang duduk di sebuah sofa sambil membelek surat khabar di tangan.

"Grandpa..." panggilnya perlahan namun masih boleh didengarinya lelaki tua itu.

"You better have something good to tell me Tasnim" ujar Tan Sri Uthman tanpa memandang cucunya itu.

"I'm sorry" hanya itu yang mampu Tasnim ucapkan. Dia tahu apa yang ingin diberitahunya ini akan mengecewakan datuknya.

"Again? Ini dah kali ke berapa puluh kamu kena reject Tasnim. Apa dah jadi dengan kamu ni?" kini Tan Sri Uthman meletakkan surat khabarnya di atas meja. Tumpuannya ditumpukan sepenuhnya kepada cucunya itu.

Tasnim sekadar menunduk. Hanya kata maaf yang mampu keluar dari mulutnya.

"Sampai bila kamu nak bergantung pada orang lain. Kamu tak cemburu ke tengok orang lain dah bekerja? Ada duit sendiri. Tapi kamu? 1 sen pun tak ada. Harapkan duit orang lain aje"

Tasnim diam. Bukan dia yang memilih untuk hidup begini. Kalau tanya dia, dia pun tidak mahu pada dengan orang lain.

"Cuba kamu tengok Tania. Walaupun umur dia baru 21 tahun tapi dia dah ada masa depan yang cerah. Sedangkan kamu yang dah 25 tahun ni, apa yang kamu ada?" Tan Sri Uthman menggeleng. Kenapa susah sangat cucunya yang satu ini mencari kerja? Bukannya dia tidak boleh menanggungnya, cuma dia mahu semua cucunya hidup berdikari.

"Kenapa grandpa bandingkan Tasnim dengan Tania? We're different grandpa" Tasnim tidak suka apabila dirinya dibandingkan dengan adik perempuannya itu.

"Of course you both are different. Totally different" kata Tan Sri Uthman penuh makna.

Tasnim terdiam. Dia tahu apa maksud datuknya. Dia tidak bodoh lagi untuk tidak mengetahui makna disebaliknya.

"Sebab Tasnim budak bodoh? Sebab Tasnim belajar setakat STPM je sedangkan dia berjaya masuk university yang grandpa banggakan sangat tu?" Tasnim dapat teka itulah maknanya.

Tasnim ketawa kecil. Penuh sarkastik. Sudah ftrah pemikiran manusia. Yang bijak pandai mesti dijulang tinggi. Yang bodoh sepertinya mesti dipijak-pijak.

"Kalau itulah sebabnya, maafkan Tasnim sebab jadi bodoh. Maafkan Tasnim sebab tak berjaya macam cucu-cucu grandpa yang lain" ucap Tasnim. Sungguh sakit apabila dibandingkan dengan orang lain. Kenapa dia perlu hadap semua ini?

"Kamu tahu tahap kamu macam mana Tasnim. Sepatutnya kamu usaha lebih sikit. Orang macam kamu orang tak akan pandang kalau tak usaha" kata Tan Sri Uthman tanpa menghiraukan perasaan Tasnim. Nak terasa? Dia tidak kisah kerana itulah hakikatnya. Cucunya itu perlu diajar dengan cara ini.

"Grandpa dah suruh kamu sambung belajar tapi kamu tak nak. Salah siapa sekarang ini? You should blame yourself Tasnim"

"Tasnim tahu salah Tasnim sebab tak nak sambung belajar. Tapi Tasnim tahu tahap Tasnim macam mana. Tasnim dah tak boleh nak push diri Tasnim untuk buat sesuatu yang Tasnim tak suka" dia dan pelajaran memang tidak boleh bersatu. Sejauh mana pun dia mencuba, dia tetap tidak boleh menerimanya. Silap hari bulan, boleh gila dibuatnya.

Bukan salahnya dilahirkan bodoh. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Dan inilah kekurangannya. Lembap dan bodoh dalam pelajaran.

"Kalau Tania boleh kenapa Tasnim tak boleh?"

Cause I'm YoursWhere stories live. Discover now