BAB 3

46 7 0
                                    

MENDADAK bangkit dari kasur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MENDADAK bangkit dari kasur. Nafas Nuha mengah hingga sebu rengkungnya. Pengap cempera udara seakan disekat hebat, Nuha pegang batang leher sendiri. Sembari lilaukan pandangan sekeliling ruangan. Rasa asing menghuni jiwa, sejak bila dia boleh ada di sini pula?

Paksa fikiran cerna kembali apa yang terjadi, kurang mengerti. Nuha tekap telapak tangan halusnya ke dada, merasa rentak jantung begitu laju berbanding biasa. Mahu redakan detak yang deras ketara, seakan hendak pecah pun ada. Dan saat itu juga, perca-perca memori bergentayangan sedikit demi sedikit ke minda semula.

Suara dia ditelan dalam kucupan, sekalipun dia meronta dan beri rayuan.

Seraut Arwan diselimuti berang amukan, melampiaskan kemarahan padanya jelas ketakutan.

Nada jerkahan menyentak nurani, tangisan dia yang menjadi-jadi.

Kekasaran sang jaka pada dia tika cuba nafikan kenyataan, pagut helaan nafasnya begitu rakus tanpa belas ihsan.

"Haq..." Geletaran nada menyeru nama dia, juring mata Nuha kembali basah.

Nuha langut kepala. Siling menyapa netra. Berembun pusam halang bingkai pandangan dia. Lampu mewah tergantung indah, cantik persis ruangan didiami dirinya. Langsung, Nuha turunkan wajah. Disapu malas persekitaran kamar begitu saujana, berapa agaknya harga andai semalaman sahaja?

Nuha dapat teka apa yang terjadi. Rasanya dia tak dungu siapa membawanya ke sini. Semestinya Arwan kerana dia bersama lelaki itu kali terakhir dirinya sedar. Sebelum kewarasan tersisa dicarik tiba-tiba, Nuha bayangkan dunia lebih tenang berbanding satu kereta dengan sang jejaka.

Perlahan, jari Nuha meligih sentuh ulas bibirnya. Dijajah kasar tanpa simpati, entah apa silapnya sehingga hukuman dijatuhkan oleh sang laki. Yang Nuha sangka, Arwan berbeza. Kerana dia sendiri pernah berbeka sama Arwan satu ketika dahulu, tidaklah mesra tetapi tutur katanya tidak sekejam dia terima baru-baru ini.

"Awak memang macam ni ke, Haq?" gumam perlahan. Butir permata mulai menitis jatuh.

Runduk bawah. Wajah Nuha terbiasa kaca cermin hadapan kasurnya. Terpampang melipu muara muka dilumur suram durja. Tepi bibirnya luka. Birai mata pula sembap ketara. Yang Nuha rasa, hodoh benar rupanya saat ini boleh diperkata.

"Apa salah Nuha sebenarnya pada awak, Haq?" Nuha paksa lorek secalit senyum. Mahu kaburi isi hati dilapah rana melara. Nuha terlalu letih untuk terus dilarut sedih tidak kemana.

Pada akhir cereta, yang hidup tetap perlu teruskan hidup. Yang telah pergi, telah ternoktah dan selesai kisah mereka di dunia.

"Kenpa awak buat saya macam ni?" menyoal lirih, hati Nuha meluluh sedih.

Sesak dada. Hiba menghinggap segenap ruangan jiwa. Minda berasak pelbagai perkara.

Letih. Merebeh bahu menampung bebanan. Remuk tulang-belulang teruskan perjalanan. Belenggu merantai mengikat sendi kaki dan tangan. Nuha terhalang melainkan terus simpan.

Luluh Kasih Semedera Where stories live. Discover now