PROLOG

149 15 3
                                    

KHALI

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

KHALI.

Ruangan putih saujana tanpa manusia. Hanya ada dia. Sesekali, detikan jarum jam menghiasi suasana. Kawasan sunyi seakan lompong jiwa menghuni diri. Lubang-libu tidak fahami, mengapa rasa ini terlalu sesak menyeksa sanubari.

Dia benci kerana masih tiada jalan memahami isi hati. Apa dia mahu sebenarnya bagi mengusir rasa tidak enak menjalar tangkai nurani?

"Papa..." lirih memanggil. Tubir matanya menghangat tak semena. Merenyuh sendat pekung dirajah sesuatu sukar dia cerna.

Kosong. Benak kepalanya gelap. Hitam, tiada pintalan memori menjelma. Keliru siapa lelaki dia gelarkan papa? Sedangkan sejak tiga bulan lalu di sini, dia bersendiri. Yang dia ketahui, ada suara-suara berbisik umpama cela dan nista. Kadangkala ada juga lesir lembut persis membujuk luka.

Siapa mereka? Bagaimana suara tersebut mampu muncul dalam minda. Seakan benar-benar terasa, terlalu dekat menyentuh koklea. Mana satu yang realiti mahupun delusi? Nuha juga tak mampu bezakan lagi.

Sejuk.

Hawa dingin mencucuh kulit sendi. Kebas menyerkup segenap anggota tubuh sendiri. Bebola mata memanah lama pada kaca jendela. Rintik mutiara renyai-renyai mengetuk biasan luar sana. Melodi indah mengetuk halwa telinga.

Tenang. Aman tanpa sesiapa. Semesta cereta saat tak terbendung sarat dibawa. Cuba mencakna erti emosi meladeni pundak dada. Entah apa dia, Nuha sudah lupa bagaimana harus diperkata. Tidak terluah segara perasaan bergelora dalam jiwa.

Patut ke dia menangis? Mungkin juga dia perlu meronta marah dengan apa yang berlaku dalam hidupnya. Boleh jadi dia masih gamam menerima dan cerna situasi dialami. Agaknya sudah berapa lama dia mengalas semuanya hingga mati rasa untuk lepaskan bisikan hati.

Sekonyong-konyong, keriuk pintu menerpa pendengaran. Memberitahu bahawa ada gerangan memasuki wad menempatkan dia. Paling tidak, jururawat dan doktor yang selalu melihat rekod kesihatan hari-harinya.

"Rain..." seru perlahan, umpama rintihan.

Pegun. Bukan Nuha tak mendengar, tapi hati pula disimbah bara bila nada itu memanggilnya. Bagai marak membakar tatkala bisikan tersebut semakin kuat dan jelas bermain di minda. Cumanya, seraut itu kabur melainkan jerkahan dan sinis bicara sahaja dia mampu tangkap buat masa ini.

Derapan kaki kedengaran semakin mampiri. Tidak berganjak walau sekali. Pegal dan kaku tubuh menghadap tangisan semesta. Kedua-dua tangan dia hakikat sudah diikat kain begitu ketat pada palang katil. Tampak ada kesan memerah lecet di sana. Beberapa kali sebenarnya Nuha cuba melawan mahu lepaskan diri diperangkap dalam tempat sebegini.

"Nuha Al-Rainnara."

Berdiri tepat hadapan Nuha. Menghalang pandangan ralit meladeni irama semesta.

Lantas, Nuha langut wajah. Nihil tanpa rasa. Tatap kosong jejaka hadir dari mana. Nuha pun tak ingin ambil tahu dia siapa. Rela andai tiada yang ganggu ketenteraman dia punya. Sementelah Nuha dapat rasa, lelaki ini punca dia dikurung seorang diri berbulan lamanya.

Luluh Kasih Semedera Où les histoires vivent. Découvrez maintenant