PROLOG

21 1 0
                                    

CARLO mengesot tubuh.Kesakitan di tubuhnya membuatkan dia terpaksa mengesot namun hampa usahanya sia-sia.Dengan satu pijakan di belakang badan membuatkan Carlo tahu yang dia tidak boleh lari lagi.

"Arghh!!"jerit Carlo apabila luka dibahagian belakang badannya dipijak tanpa belas kasihan.Bunyi tembakan dan jeritan masih jelas kedengaran di sekelilingnya bersama gadis 21 tahun ini.

Carlo memejam kedua mata apabila gadis itu makin menekan lukanya dengan kaki dan tidak cukup dengan itu.

Bang!

"Arghhhh!! Carlo menjerit lagi apabila dia rasakan satu kesakitan yang amat dahsyat di kaki kiri.Dia cuba menelan rasa sakitnya itu amarahnya masih belum reda dengan tindakan gadis itu.Dia cuba mengalih wajah memandang gadis itu.

Gadis itu menarik kakinya semula dari menekan luka Carlo lagi lalu bergerak menuju ke depan.

Carlo memandang setiap pergerakan gadis itu.Dia mengerang perlahan dengan kesakitan di tubuhnya itu.Gadis itu duduk mencangkung di hadapan Carlo.Walaupun terdapat sedikit darah di wajah gadis itu namun pandangan gadis itu tetap sama.Kosong.Tiada perasaan.Jika dia sudah yakin dengan keputusannya maka pandangan itulah yang akan terpapar di wajah gadis itu.

"How dare you,Calina!.. I'm your uncle!"

"So?..it didn't matter to me uncle.. it's you who touch her first..now..you have to accept the consequence.."

"You!..just because of one girl you became like this?!..willing to kill your own blood?!"hambur Carlo tidak puas hati.

"I can..and I will.."

Carlo memandang anak saudaranya itu.Calina sudah tekad jadi dia tiada pilihan lain selain menggunakan apa sahaja untuk mematahkan niat gadis itu.

"Su-ka!"(Bitch!)

"Piz-dets!"(Sial!)

Carlo memaki Calina.

"You will die,Calina..once your grandmother know about this you will know your own fate!..you hear me?!!..I swear you"

Bang!

Terhenti kata-kata Carlo itu.Kepala yang terangkat sedikit itu jatuh lembik ke bawah.

Calina hanya melihat wajah ayah saudaranya itu.Darah terus keluar dari kepala Carlo dia pandang begitu sahaja.Tiada rasa sedih dan bersalah dalam hatinya.Kawasan sekelilingnya juga sudah sunyi.Tiada lagi sebarang bunyi tembakan dan jeritan maka pertarungan ini sudah berakhir.

Bunyi tapak kasut kedengaran di belakangnya.

"Calina.."panggil satu suara lelaki.

Calina memandang Carlo, ayah saudaranya itu untuk kali terakhir sebelum dia mengalih tubuh bergerak melangkah ke lelaki itu yang masih berdiri.

"Well done.."ucap Calina menepuk bahu kanan lelaki itu.

TAHANAN KHAYRAWhere stories live. Discover now