22| Haru

618 45 7
                                    

      "Aku dan Naail berdiam diri bukan bererti kami  membenarkan kau mempermainkan adik aku... cuma aku dan Naail nak tengok sejauhmana permainan kau."

'Celaka.' Batin jiwa berdecit. Tanpa diketahui, dia telah terjebak dalam permainan kedua manusia yang selalu dia hindari. Permainan yang dilancarkan dengan penuh berhati-hati. Tanpa diduga menjerat diri.

Bagaimana dia boleh terlepas pandang akan hal ini? Bukankah dia sudah memporak-perandakan hubungan antara Niyaz dan keluarganya. Bahkan lelaki yang sedang menahannya ini sendiri menyatakan dia tidak akan campur tangan dan membantu Niyaz lagi.

Kenapa? Kenapa aturan indah ini perlu berakhir?

Ahh tidak. Janji antara dia dan Niyaz tidak lagi lunas. Dia harus pertahankan haknya hingga akhir biarpun rumah tumpangannya ini remuk.

"Kau ada dua pilihan. Batalkan perjanjian dan pergi dengan cara baik atau kau akan aku paksa pergi." Khafi mengilas salah satu tangan Niyaz ke belakang. Menyelit satu kaki di celahan kaki Niyaz dan menelekup Niyaz ke lantai.

"Kau ingat aku takut?" Jiwa menyindir dengan gigi yang terkancing rapat. Tangan yang tidak dikunci, ia gunakan untuk menolak lantai hingga Khafi yang menekan kepala lutut pada tulang belikat Niyaz berganjak dari posisinya.

Gerakan Khafi lincah tapi langsung tidak meninggalkan kesan padanya. Lelaki itu kosong.

"Macam mana kau nak paksa aku pergi? Kau tiada ilmu Khafi. Kekuatan kau kosong. Fisik kau kuat tapi tidak hati kau." Selaju kilat yang memancar, Jiwa menghilang sebelum ia berada tepat di belakang Khafi dan jarinya yang berdarah menyentuh batang leher lelaki itu.

Khafi terlengah. Dia tidak dapat membaca pergerakan Jiwa sama sekali. Terlaju cepat. Tahu-tahu situasi mereka terbalik. Bukan dia yang mengancam malah sebaliknya.

"Kau bukan satu-satunya manusia yang berani menentang aku. Sudah ramai yang menentang aku tetapi mereka tak mampu mengalahkan aku. Kerana apa? Kerana manusia itu lemah. Tidak terkecuali kau. Lihat lah sekarang apa yang berlaku pada kau? Aku baru keluarkan sedikit kekuatan kau sudah terkelu. Mahu berlawan dengan aku perlu ada ilmu Khafi." Bicara Jiwa lantang tetapi tenang. Tidak terlalu gopoh walau mahunya melenyapkan Khafi dari terus menganggu urusannya.

Khafi tertampar telak. Dingin jari Niyaz yang menempel di kulitnya tak sedingin kata yang menusuk ke hati. Hanya selitan kata sudah mengoyahkan hati.

Sorot prihatin Daiyan yang bertentangan dengannya itu Khafi balas.

Daiyan mahu membantu tidak jadi bergerak tika Khafi memberi isyarat, melarang. Akhirnya dia berdiri di situ sambil menonton Khafi yang telah ditawan oleh Jiwa.

"Tapi kau tak tahu satu benda Jiwa." Khafi memejam. Memadam gundah yang bersarang di hati. Tak. Dia tidak boleh terpengaruh dengan bisikan syaitan yang sengaja mahu melemahkan dirinya.

"Kau bukan satu-satunya jin yang berani menentang aku. Aku dah hidup dan berlawan dengan bangsa kau sejak aku kecil. Dah ramai bangsa kau menentang dan sama seperti kau, mereka semua tak mampu mengalahkan aku." Khafi juga menyombongkan diri. Dia rentap jari Niyaz yang melekap pada lehernya lalu mencengkeram pergelangan tangan Niyaz.

Tarikan tak terjangka dari Khafi mendorong tubuh Niyaz ke hadapan dan tergeletak di hadapannya. "Hati aku ni berpaksi pada Allah. Sekuat mana pun kau, kau tak mampu melawan kekuatan suara manusia yang menyerah semuanya pada Tuhannya. Hanya dengan Bismillah aku mampu lawan kau dan jatuhkan kau seperti sekarang. Jadi kau masih nak bersombong dengan manusia seperti aku?"

"Ckh... manusia sombong. Usir lah aku jika kau mampu. Silakan. Buktikan pada aku, seampuh mana kalimat itu menghancurkan aku. Jangan kau lupa manusia itu tidak boleh saling menzalimi." Jiwa lemparkan senyuman senget kepada Khafi. "Jika kau lupa aku juga asalnya manusia seperti kau."

MANUSKRIPWhere stories live. Discover now