BAB 04

4 0 0
                                    

“SELAMAT petang, Inspektor Ishraf. Lama tak jumpa, tuan. Tuan sihat?”

Walaupun terasa hambar dan janggalnya keadaan dan suara Shen terluah, namun pandangan mereka berdua tak berubah. Saling memandang tepat. Dalam renungan yang tak beralih.

Wajah milik Ishraf serius. Tak bersenyuman.

“Saya sihat. Awak pula? Macam mana keadaan awak? Tak sangka Cik Zareen…”

“Ya, dia kawan saya. Dan saya juga sihat, Tuan Ishraf. Alhamdulillah.” Laju Shen menjawab. Tidak berbasa-basi.

Pertemuan hari ini memang diluar jangka. Dan tak terduga. Setelah enam bulan kejadian waktu itu. Setelah enam bulan, selepas dia keluar dari rumah itu. Wajah orang-orang yang pernah berada di antara dia dan Ishraf kembali muncul.
Mereka semua. Dan tentu sahaja Puan Raihah dan Tuan Azzam.

“Saya harap awak baik-baik sahaja. Tak terlibat lagi dengan benda-benda tu semua. Dan umi dan babah saya kirim salam dengan awak.”

Shen senyum separuh.

“Ya, tuan. Saya dah tak terlibat dengan benda-benda tu semua. Sampaikan salam saya pada puan dan tuan,” ucap Shen ikhlas sebelum membawa netranya ke arah Zareen yang sedang disoal siasat oleh Inspektor Arman.

“Insya-Allah, Shen. Dan awak patut tahu Shen yang saya tahu awak tinggal di sini. Jadi…”

Panggilan namanya oleh lelaki itu. Suara dan ketegasannya. Membuatkan Shen angguk laju. Patuh dan menurut perintah. Tidak membantah.

“Saya tahu, tuan Inspektor. Jangan risau! Saya takkan ulangi benda yang sama. Saya tahu saya dalam pemerhatian tuan.”

Sempat Shen membalas bersahaja. Walaupun dalam hati sudah menyumpah kuat. Ah, hari ini memang malang buat dirinya. Bertemu semula dengan Ishraf? Selepas hampir enam bulan.
Zareen sudah habis disoal siasat. Tubuh itu perlahan menghampiri mereka berdua di muka pintu.

“Kalau ada apa-apa, saya janji dengan tuan! Saya takkan sembunyi atau rahsiakan apa-apa tentang Poji.” Berkali-kali Zareen mengulang kata-katanya.

“Baguslah, kalau macam tu. Ingat ya. Apa-apa, tentang Poji…”

“Ya, tuan! Saya ingat! Takkan sembunyi apa-apa.”

“Kalau macam tu, saya dengan tuan Ishraf pergi dulu.” Inspektor Arman dengan suara seraknya sempat berkata sebelum keduanya meninggalkan Shen dan Zareen di muka pintu dengan wajah lega.

Sengsara akhirnya terlepas.

“Barang kita!” teriak Zareen.

Hancur dan hilang bersama pusaran air di dalam mangkuk tandas dan tak mampu diselamatkan lagi.

Shen bungkam. Tak bersuara.

Nafas dihela lemah. Tidak menghiraukan suara Zareen di dalam bilik air. Barang mereka sudah hilang dan ditelan sedalamnya. Pemberian Mustakim atau Kim tadi juga. Bungkusan kecil itu lebur!

Lalu wajah Ishraf sebentar tadi cukup memberi sekali lagi tamparan! Kepada Shen. Kenapa perlu mereka bertemu lagi? Kenapa dia yang harus muncul?

“Kenapa Ishraf!” rengusnya.


“REEN.”

Shen memanggil nama rakannya. Wajah Zareen kelihatan pucat. Sepasang mata itu yang nampak letih. Sebenarnya, mereka berdua sama sahaja. Masing-masing tak terurus. Serabai.

Tersengguk-sengguk dengan keadaan mengantuknya.

“Hurm.” Zareen berdeham.

“Kau pernah terfikir tak?”

BEAUTIFUL ADDICTION Where stories live. Discover now