BAB 4

104 24 1
                                    

"KAU ingat aku ada masa ke nak bergurau bagai hah!" Tempelak Helena.

"O-okay relax aku cuma nak kepastian aje, aku tak sangka selama ini Mak Lia menghidap kanser paru-paru." Kata Nelly sambil menutup mulut kerana masih lagi terkejut.

"Aku pun tak sangka, selama ini aku fikir Mak Lia kerap batuk sebab persekitaran berasap je. Rupanya aku salah. aku tak tahu kenapa Mak Lia sembunyikan benda ni dari aku. Kau tahu tak Nell betapa sakitnya hati aku bila dapat tahu yang Mak Lia menghidap kanser. Dan dia tak beritahu pun aku pasal ni." Adu Helena pada Nelly.

"Mungkin... Mak Lia ada sebab kenapa dia sembunyikan benda ni dari kau, kau kena faham beb mungkin dia tak nak tambahkan beban kau disebabkan penyakit dia." Pujuk Nelly menyedapkan hati sahabatnya itu dari berfikiran yang bukan-bukan.

"Beban?! Kau kata beban Nell, kau tengok sekarang siapa yang risau. yang pikul semua beban tu, aku. Aku Nell! Cuma aku sendiri pikul tanggungjawab ni semua. Ini bukan penyakit biasa, ini kanser. Bila-bila je penyakit tu boleh merebak kalau kita tak merawatnya dari awal." Suara Helena mula naik seoktaf, rasa geram dan risau semuanya bercampur-baur.

"Hey. Calm down... Aku faham perasaan kau. Buat masa sekarang kau relax je tenang, tunggu sehingga Mak Lia sedar. Kau jangan nak serabutkan kepala kau, nanti kau pula yang jatuh sakit aku pulak yang risau. Dah jom makan." pujuk Nelly, kalau dibiarkan nya sampai bila esok tak habis si Helena ni.

Adumak terjatuh pulak makanan ni nasib tak terkeluar dari bekasnya kalau tak, nayalah aku. Dahlah sekarang larut malam mana nak cekau makanan semua ni aigu.

Nelly memungut makanan yang terjatuh tadi akibat terkejut.

Kruk~
Kruk~

"Adeii." Nelly memegang perutnya kerana lapar.

Helena cuba tahan tawanya dari meletus.

"Hmpft!" Helena menekup mulutnya.

"Weii kemaen eh kau nak gelakkan aku, kalau bukan sebab kau. Aku dah lama makan tau." Kecik besar je dia pandang Helena. Nelly sedikit lega tatkala melihat Helena yang tertawa. Lebih baik tertawa kesedihan daripada dia pendam sendirian.

"Yelah yelah... Sorry, by the way makanan apa yang kau beli tu?" Tanya Helena. Dia pun turut lapar saat mencium wangian makanan itu.

"Banyak, nasi campur Nasi lemak Nasi kerabu dan... pencuci mulut pun ada,"

"Perghh... Kau merajuk ke beli banyak-banyak ni. macam satu warung tu kau borong Nell."

"Dah aku lapar nak buat cane, borong aje lah solusinya hahahaha."

Tajam sahaja tatapan Helena saat ini.

"Habistu, siapa yang nak habiskan makanan ni semua. Aku? Kau pikir aku ni kuat makan macam kau ke? Kau jangan nak membazir eh ku hempuk kang dengan bangku ni nak teburai hotak kau."

Nelly berdecit kecil.

"Konon tak kuat makan, padahal yang tau je tahu. Haaaa aku la tu yang tahu."

••••

DUA hari kemudian. Nelly menolong Helena mengemas segala pakaian dan barangan Mak Lia kedalam bag kerana sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah.

"Cik helena. Sila datang isnin depan ya sebab kami akan mulakan rawatan untuk Mak saudara cik." Kata dokter yang bernama Hendra itu.

"Baik dokter, berapa bil untuk pembayaran rawatan tu eh?"

"Sebagai contoh, kos pembedahan untuk mengeluarkan tumor paru-paru dan rawatan selepas pembedahan boleh mencatatkan jumlah yang signifikan. Begitu juga dengan terapi radiasi dan kemoterapi. Walau bagaimanapun, kos dan tempoh rawatan akan berbeza bagi setiap pesakit berdasarkan keperluan perubatan mereka." terang dokter Yang bernama Hendra itu.

TAKDIR CINTA KITA || OGWo Geschichten leben. Entdecke jetzt