2

3.2K 12 8
                                    

Setelah berjalan hampir 500 meter dari rumahnya, Nabilah tiba di hadapan kedai runcit Uncle Maniam dengan memegang sekeping kertas.
" Morning Uncle !!! " dengan ceria gadis tingakatan 5 itu menyapa pemilik kedai berbangsa india yang sedang berada di kaunter  .
" Haii.. Morning adik manis !!!! Awal pagi sudah datang juga... " Uncle Maniam terus membalas sapaan Nabilah yang terkenal dengan sikap ramah dan lemah lembut nya di kampung itu.
" Ibu mintak cari barang dapur pula pagi ni Uncle... Nak sarapan pun dah tak ada apa benda nak masak dekat dapur tu.. Nabilah pergi ambil barang dulu ya.." dengan tangan yang mencapai bakul yang terletak dihadapan kaunter itu, Nabilah terus berlalu pergi untuk mencari barang- barang yang telah dipesan oleh ibunya.

" Maniammm !!! Bagi dunhill 3 kotak " tiba-tiba suara garau dari seorang lelaki separuh usia itu hinggap di telinga Nabilah yang sedang sibuk meneliti senarai barang yang dipesan ibunya.

" Ayooo !!! Tok Haji... Masih stay 3 kotak satu hari ka ???.. Kesihatan mahu jaga jugaa !!! " bebel Uncle Maniam kepada lelaki dihadapan nya itu ..

" Banyak bunyikk kau ni Maniam !!! Ambil sudah la.. " tegas Tok Abduh yang agak serius pada pagi itu.
" Ayoyooo !!! Mahu gurau pun tak boleh ka Tok Haji... Hahhhh.. Nabilah !!! sudah jumpa semua barang yang ibu kamu pesan " tanya Uncle Maniam pada Nabilah yang sedang menjinjing bakul yang telah penuh dengan barang runcit itu.

" Allahu !!! Nabilah ..  Kenapa angkat berat-berat ni..?. Awal nya datang kedai.. ? Tak sekolah ke pagi ni ? " Tok Abduh terkejut bila ternampak susuk tubuh Nabilah,  beliau terus mencapai bakul yang dipegang oleh gadis pujaan nya itu ..

" Ibu pesan beli barang-barang ni..Lagipun hari ni kan sabtu.. Sekolah cuti ..Hehe " tergelak kecil Nabilah melihat gelagat Tok Abduh yang seperti terkejut melihat dirinya berada di situ ..

" Hahhhh..Tak pa.. Bagi Tok bayar kan..Hari ni Tok belanja beli barang ni semua.. Kamu jalan kaki lagi ka? Tok tak nampak basikal kamu dekat luar tadi " soal Tok Abduh sambil meletakkan bakul Nabilah itu di atas kaunter .

" Dia jalan kaki juga Tok Haji !!! Ini budak memang bagus . Taat ibu bapa.. " Uncle Maniam yang sedang mengira jumlah barangn itu juga menyampuk perbualan Tok Abduh dengan Nabilah.

" Jalan kaki je..Basikal masih belum baiki.. Lagipun kedai Uncle ni tak ada lah jauh sangat" jawab Nabilah sambil tersenyum manis.

" Sekali dengan Tok Haji punya rokok..  Semua sekali 149 ringgit ... " Tok Abduh terus mengeluarkan dompet dan membayar jumlah yang diberitahu oleh Uncle Maniam itu

" Duit yang Ibu kamu bagi tu simpan untuk belanja sekolah.. Dah jom.. Tok hantarkan kamu balik " Tok Abduh bersuara setelah melihat Nabilah masih tercegat di hadapan kaunter kedai runcit itu.

Pintu di sebelah penumpang dibuka oleh Tok Abduh setelah meletakkan barangan runcit kepunyaan Nabilah itu di dalam but kereta Mercedes nya.
" Hahhhh.. Masuk lahh..Biar Tok hantarkan kamu.. Nak malu apa . Bukan tak pernah naik kereta Tok ni... Lagipun rumah kamu tu jauh..  Barang yang beli tu pun berat.. " pelawa Tok Abduh apabila melihat Nabilah seperti malu-malu untuk menumpangi kereta nya..

" Baik Tok !!!.. Maaf selalu susah kan Tok " Nabilah yang seperti malu alah itu terpaksa juga menumpangi kereta orang kaya kampung itu demi menjaga hati.

" Banyak betul barang yang kamu beli.. Ibu kamu nak buat kenduri ke ? " soal Tok Abduh memecahkan keheningan di dalam kereta yang  dipandu menuju ke rumah Nabilah..

" Abah sakit !!! Ibu cakap dia demam .. Tu yang dia mintak Nabilah beli kan barangan untuk buat sup " jawab Nabilah .
" Demam ??? Semalam Tok nampak dia dekat gerai Cik Rohana tu elok aja orang nya" soal Tok Abduh pelik.
" Entah lah.. kata nya selepas balik dari pekan tengah malam tadi.. Ada yang 'menegur' nya dekat pondok tepi sawah Pak Murad tu.. Sampai jatuh motor dia... Subuh tadi baru dia balik rumah.. Sebab tak sedar kan diri lepas jatuh motor tu." terang Nabilah panjang lebar tentang apa yang menimpa bapa tirinya semalam hari.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 14 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Nabilah - Pautan NodaWhere stories live. Discover now