LCSL | 1

132 18 0
                                    

"YES! Tumbuk lagi Mariam! Hah! Macam tu lah anak papa! Lagi Yam lagi!!!"

Aksi tumbuk menumbuk itu tidak henti sedari tadi. Daripada jam lapan pagi hinggalah sepuluh pagi, Mariam dan ayahnya tak lelah menjalankan latihan Muay Thai. Entah kenapa anak perempuannya ini minat sungguh dengan sukan lasak ini. Tak lari sama seperti lelaki. Mahu mewarisi si ayah agaknya. Habis dipaksa bangun pagi untuk menjalankan latihan menumbuk. Kata Mariam, dia harus tambah skill! Barulah boleh dia lawan dengan si ayah!

"Ha, tumbuk sini!" Lengan kiri yang berbalut kain putih itu dihala Thaqif. Belum sempat mahu membetulkan kedudukan, laju saja buku lima kecil itu hinggap di pipi kirinya,

"Aduh! Mariam!"

Bibir ditekup dengan kedua tangan. Membeliak mata memandang si ayah yang sudah terduduk di tanah. Pantas si kecil itu mendapatkan ayahnya semula.

"Papa! Papa!"

"Yam... kenapa Yam tumbuk muka papa? Yam tak sayang papa ya?" Terdengar suara garau itu meringis kesakitan. Mariam sudah tidak senang. Diintai dari sisi wajah Thaqif, namun laju saja ayahnya mengelak.

"Tak sengaja..."

Dalam sedang sembunyi wajah, Thaqif tersenyum kecil. Sengaja disorokkan lagi wajahnya dalam kedudukan memeluk lutut. Wajahnya hanya menunduk, langsung tidak mendongak mahu menoleh sedikit saat si anak cuba meraih tangannya.

"Papa, baby tak sengaja..."

Thaqif geleng kepala dalam sembunyi wajah.

"Papa, baby..."

"You're not baby anymore..."

Niat mahu memujuk si ayah terbantut bila gelaran kesukaannya dicantas si ayah. Bentuk wajah mula berubah masam. Sebelah kaki dihentak keras seraya memeluk tubuh. "Merajuk!"

Ah, sudah! Kalau bab merajuk, Mariam memang gadis sejati!

"Yam... kita tengah belajar menumbuk, bukan berkawad."

"Papa!!!"

Tawa garau Thaqif meledak kuat. Lucu melihat wajah berang si anak, terus sahaja tubuh kecil itu dipangku riba. Sekarang, giliran Mariam pula merajuk!

"You already 3 sayang. Mana boleh panggil baby?" Rambut Mariam yang basah dengan peluh itu disikat tangan. Diselir belakang ke belakang telinga. Alahai, bersungguhya Mariam! Nampak anaknya mula keletihan, perlahan-lahan didukung Mariam untuk dibawa masuk ke dalam rumah.

"Papa..." enggan menurut kata. Mariam masih mahu dimanjakan. Tak mahu dipanggil Yam! Dah macam ayam. Sudahlah dia tidak gemar dengan lauk ayam.

"Okay la. Baby sayang papa..." pipi Mariam di kucup sayang lalu hidungnya dilagakan dengan hidung kecil Mariam. Their love language! Automatik Mariam ketawa lucu.

"Mandi okay? After this you need to go home back."

Mariam angguk sekali.

"Papa hantar?"

Thaqif geleng kepala.

"Tok abah jemput."


***

LANGKAH dua beranak itu beriringan sama berjalan menuju ke sebuah kereta proton mewah yang terparkir tidak jauh daripada perkarangan rumah. Jari kelingking Thaqif menggamit jari kelingking Mariam.

Mariam mengadah kepala ke langit. Entah kenapa, dunia seakan faham perasaan dia. Wajahnya yang mendung ikut sama dengan langit yang mendung. Sememangnya dia tak mahu pulang. Mahu tinggal bersama papa, tak mahu berulang-alik lagi seperti selalu. Tapi... dia hanyalah dia. Tak bisa berbuat apa mahupun bersuara.

"Assalammualaikum abah,"

"Waalaikumussalam."

Tangan tua Tuan Daud dicapai. Dijabat, kemudian tubuh itu dipeluk mesra. Seketika baru dia tersedar di dalam kereta ada orang lain yang menunggu. Pelukan dileraikan, terus Mariam dibawa masuk ke dalam perut kereta.

"Bye baby papa, elok-elok okay?" Pipi Mariam dicium lagi buat beberapa kali sebelum kepala menoleh memandang wanita di sit hadapan.

"Thanks for these couple weeks. And please, jangan bagi dia makan manisan terlalu kerap. She really sensitive with it." Pintu kereta dkatup rapat. Thaqif tarik nafas dalam, kembali mendapatkan ayah mertua.

"Bila kau game lagi?" Hujung pantung rokok dibakar. Kemudian disua ke bibir. Kotak rokok dan lighter yang dipelawa, namun Thaqif menolak saja. Memang dia penggemar rokok, tapi naik segan lah pula merokok depan ayah mertua.

"Sabtu ni ada lagi. Tapi dekat Penang. Abah macam mana, sihat?" Suaranya seakan gugup untuk berjawab tanya. Sudah bertahun kenal pun, masih malu dan gugup untuk berbual. Semuanya dek hal yang pernah terjadi dahulu. Jika tak, pasti mereka tak lari sama seperti anak beranak. Pasti boleh bermesra seperti keluarga lain.

"Semoga berjaya. Ah, abah ada baca haritu dalam facebook. Kenapa dengan pihak atasan? Ada buat apa-apa pada kau?" Asap rokok dihembus perlahan. Tuan Daud pandang Thaqif, nampak Thaqif seperti gusar. Raut wajah sudah menjelaskan segalanya.

"Dah viral satu Malaysia abah, pandangan semua orang dah lain pada saya. Apa saya boleh buat? Tak guna pun nak perbetulkan semuanya dah. Saya dah hampir hilang semuanya." Terpalit senyum tawar di wajah itu. Menunduk merenung hujung kasut, malu untuk berlaga mata dengan Tuan Daud.

"Kalau kau tak salah, apa yang kau perlu takutkan? Kau masih ada kerja. Manager kau masih tak buang kau. Kau cuma kena gantung selagi kes tak siap disiasat. Betul? Nanti bila semuanya dah terjawab, itu hak masing-masing untuk menilai kita." Bahu Thaqif ditepuk beberapa kali.

"Abah, Qif..." suaranya tak tersampai, terasa sempit dadanya dari terus mahu berkata-kata. Sempat dipandang wanita yang berada di dalam kereta proton mewah itu.

"Tak apa lah, abah. Terima kasih... percayakan Qif."

Pantung rokok dibuang ke dalam longkang. Sekali lagi bahu Thaqif ditepuk. "Niat dan Qanaah pada Allah itu penting. Kau tak hilang apa-apa. Anggap yang hilang itu perkara yang buruk dan akan digantikan dengan yang lebih baik selepas ni. Abah balik dulu, ada masa datang rumah kami ya."

Tak mampu untuk senyum. Jiwanya luluh, rapuh mendengar kata-kata itu. Mariam yang mengetuk tingkap dari dalam kereta melambai-lambai padanya. Perlahan tangan turut naik melambai si anak.















Update - 11.5.2024

Lafazkan Cinta Sekali LagiWhere stories live. Discover now