Chapter 1

18 1 2
                                    

Cuaca hujan dan sejuk ini tidak ramai yang menyukainya, namun berbeza bagi seorang gadis yang masih bertungkus-lumus menyelesaikan sesi untuk mengemas barang-barangnya setelah berpindah ke kota atas sebab pekerjaan.

"Cuaca yang sebaik ini sepatutnya saya hanya berbaring di tilam yang empuk dan terus bermimpi, tapi saya malah menghabiskan masa saya dengan mengemas hmm" bisik hati Elara sambil mengangkat kotak-kotak yang ada.

Setelah selesai mengemaskan barang-barang yang ada, Elara segera membersihkan diri kerana ingin ke kedai untuk membeli beberapa keperluan bekalan makanan dan keperluan yang lain-lain.

Jarak kedai daripada rumah Elara hanya mengambil masa 5 minit daripada tempat tinggalnya. Memandangkan Elara tinggal di atas kedai dimana tempatnya berkerja disebuah cafe sebagai Barista, pekerjaan ini merupakan antara yang paling diingininya sebelum dia akan mengambil keputusan untuk mengambil pekerjaan yang berkaitan dengan apa yang dipelajarinya di universiti iaitu Farmasi.

"Laparnya, sepertinya tenaga ku habis kerna mengangkat barang"

Dengan perut yang lapar, badan yang penat Elara mempercepatkan langkah kakinya agar dia dapat pulang semula untuk mengisi tenaganya dengan makanan. Kiri kanan kepala Elara bergerak melihat pilihan-pilihan makanan yang ada.

"hmmm ini kalau duit aku banyak, habis aku borong ini, cukuplah nanti aku bankrup"

Sambil mengangkat bakul yang dipenuhi dengan makanan, Elara segera bergerak ke kaunter untuk membayar makanannya. Setelah selesai, Elara berjalan pulang ke rumah dengan aiskrim ditangannya. Dalam perjalanan, ada sesuatu yang menarik perhatian Elara dia menyedari terdapat satu mini taman yang cantik di depan barisan bagunan dimana tempat ia tinggal.

"Wow, the flowers here are so beautiful. I should take a picture"

Setelah selesai dan berpuas hati dengan gambar-gambar yang diambil Elara kembali berjalan pulang ke rumah kerana hari semakin gelap, namun sekilas di ternampak bayang-bayang dibalik pokok, seperti seseorang sedang berdiri di balik pokok tersebut. Elara segera mempercepatkan langkahnya kerana risau, kalau-kalau orang itu mempunyai niat yang tidak baik terhadapnya. Namun tanpa dia sedari senyuman mulai muncul di bibir sang pemilik bayangan tersebut, hanya memperhatikan sang gadis yang sedang terseyum sambil melihat gambar-gambar ditelefonnya.

"Sepertinya saya mula bersemangat untuk hari-hari yang akan datang".

Dengan senyuman yang masih di bibir, dia melangkah kaki ke arah keretanya sambil tanganya mula menekan-nekan layar telefon.

"Tolong beli bangunan ini dengan segera" dan kemudian mematikan panggil tersebut

"Here we go baby" bisik hati Kael sambil menatap gambar di telefonnya, yang menampakkan gambar Elara sedang mengambar bunga dengan menggunakan telefonnya.

"So cute"

.............................................................

"Kael ini adalah document bagi urusan pembelian bangunan yang kelmarin kamu maklumkan. Fail warna biru itu adalah maklumat mengenai gadis itu."

"Kerja yang bagus, sekarang kamu boleh pergi"

Tangan Kael mula membelek-belek dan membaca isi-isi yang terdapat pada fail biru yang diberikan oleh Personal Asistantnya itu tadi, dengan senyuman sinisnya dia membelek gambar Elara. Sambil mula mengimbau kembali peristiwa kelmarin dimana dia melihat Elara yang sedang dalam perjalanan ke Supermarket, dimelihat Elara berjalan sambil merungut-rungut kerana lapar dan penat, membuatkannya terhibur dengan tingkah lakunya yang comel.

"Akhirnya aku menemuimu sunshine."

Kael menatap Elara dari kejauhan, hatinya berdebar kencang di dadanya. Dia terpersona dengan kecantikan dan keanggunan wanita itu, dengan rambut panjangnya yang berwarna hitam terhurai bebas Elara seperti bintang di antara kerumunan dengan senyuman yang menawan dan mata yang menawan. Mengikuti langkah hati yang gelap Kael mula mencari tahu lebih banyak tentang Elara, setiap detail kehidupan Elara menjadi obsesinya. Setelah beberapa minggu menghabiskan masa dengan hanya memperhatikan Elara dari jauh, Kael tidak berpuas hati dengan hanya memperhatikannya dengan jauh. Dia mula merancang langkah-langkah dengan hati-hati untuk mulai mendekati Elara, untuk mencari kesempatan untuk berbicara dengannya, untuk bangunan ia sudah menjadi hak miliknya. Maka dengan senang dia boleh meletakkan beberapa CCTV berdekatan dengan tempat tinggal dan tempat kerja Elara.



Choose MeWhere stories live. Discover now