Part 1 : My Normal Life

18 0 0
                                    

Tit!!! Tit!!! Tit!!!

'Brak!'

Tak fikir dua kali, sekarang jam yang ada dekat atas 'nightstand' bilik aku tu berkecai. Awal pagi memang barai la dengan aku yang baru tidur pukul 4:12 pagi semata nak siapkan assignment. Xseronok okayy..
   Dengan mata yang obviously tak terbuka sepenuh- nya aku bangun lalu mencapai tuala pink yang aku sangkut bodoh je dekat penyidai baju lalu masuk ke bilik mandi.

...

Deodorant roll on aku pakai. Perfume aku spray sikit dekat leher dan pergelangan tangan aku. Rambutku yang ikal (cehh) aku ikat satu lalu ku betulkan skirt hitam yang aku kenakan. Lip gloss pink aku pasang and done! Taklah makeup mana pun tapi kemaslah.
   Beg aku capai sekali dengan bahan presentation untuk pagi ni and terus gerak pergi kolej.

     And HI. Biar aku kenalkan diri ye. My name is Bahia Haseena. Bahia yang bermaksud Indah dan Haseena yang bermaksud baik. Seperti nama aku sendiri aku berani mengaku ye yang aku dilahirkan dengan paras rupa yang Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana diberikan kecantikan. Apa aku baik? Aku akan cakap ye! ⬅️ dengan tanda seru
     Aku disenangi hampir semua orang sebab orang cakap kalau nama dah cantik orangnya mestilah mengikut nama kan. Tapi satu je masalah aku.

NASIB

Macam sekarang.

"Ko dah takde mata ke hah!! Nak seberang jalan tu tengoklah kiri kanan!! Ko ingat ni jalan tok nenek ko buat ke?!!" Seorang lelaki yang sangatlah elok punya mulut bukan main tadi sikit lagi nak langgar aku ni jerit2 pun moto tu cuba berenti la dulu.

"Ehh!! Jalan ni pon tok nenek ko takde sign ngan gomen tau!! Blah aaaaa eksiden la kau oii!!" Jeritku.
Jangan salah faham. Aku memang baik. Tapi sikit jelah selebihnya بابي
And tanpa menunggu dua saat aku cakap ngan ko. Abang tu elok dah landing kat pembatas jalan. Tengkurap nya lagi dengan moto sangkut kat pokok asam acik rumah sebelah. Apa kes.

Inilah aku. Wanita berusia 22 tahun yang masih belajar dalam bidang Communication Arts. Yang terlahir dengan paras rupa menawan dan disukai orang. Tapi satu yang orang masih waswas dengan aku. Pasal nasib. Aku sendiri memang takyah cakap la for sure dah tau nasib sendiri macam mana. Aku terlahir dengan nasib yang tak masuk akal ko tau. Apa yang aku cakap dekat orang. Benda tu akan terjadi. Sebabtu aku tak suka marah2 atau cakap benda lebih2. No. Bukan sebab aku taknak ada apa2 jadi kat orang. Aku tak kesah pon orang kena gapo2 pon kan. Yang masalah nya bila aku cakap dan benda tu kena dekat orang tu. Automatik akan kena dekat aku jugak. Sebabtu la even aku dah sampai kat kolej ni pun aku still berjaga2 padahal dalam kolej siapa je nak masuk kelas bawa sekali motor ngan kereta naik tangga kan. Tapi berhati-hati itu perlu. Kita tak tau. Xde yang mustahil dalam dunia majika. Ok joke aside.

Dengan aku yang berhati-hati nak lintas jalan, aku perasan crush aku dari jauh. Herloks giler rambut mamat ni awal pagi. Ni yang lurve ni🫦
"Bapak semart siak rambut awal pagi. Ni mesti calit pomade ni." Saking gilanya aku tengok dia. Tak perasan bunyi loceng basikal kring!kring! dari jauh. Alamatnya? Xde alamat la kena langgar.

"Adik!! Tepi!!" Jerit pak guard naik basikal tu tadi.
Macam dalam drama do. Ko hampir nak kena langgar pastu kaki bodoh2 macam xde saraf dan segala tulang belulang yang sebelum ni sihat lahhhh tiber jadi orang2 sawah padi.

'Langgar jelah pakcik, xluak pun kaki kena hempuk tayar basikal buruk tu' Kata aku dalam hati lalu segalanya 'black out'
     Jangan tanya macam mana boleh padam padahal basikal. Bukan motor awie. Sebab aku pun xtau. Tapi aku pasrahkan segalanya. Nanti bangun ok la tu.

...

Buka je mata. Sumpah badan sakit gila. Macam baring kat kayu keras yang ada gerigi tu ko tau? Aku pisatkan mata sekejap lepastu aku nampak, ada beberapa orang tengah pakai baju, kebaya ke tu, kurung ke entahlah tak reti beza sebab lain sangat.
Aku tengok baju yang aku pakai pun lain. Kasut aku hilang entah kemana dan tergantikan bende yang macam terompah kayu dulu2 tu. Aku toleh ke belakang. Yes! Tido kat pokok mana tak sakit badan. Tapi macam mana boleh baring kat pokok ni pulak? Bukan tadi kena langgar basikal ke kat jalan otw ke kantin kolej. Ni apahal ni?

Suatu Masa Cinta DahuluWhere stories live. Discover now