Bab 13

12 1 0
                                    

Hann menarik nafas lega. Mahkluk-mahkluk yang mengejar tadi semakin perlahan di belakang. Tidak sia-sia kemahiran memandunya semasa di dunia asal digunakan di dunia aneh yang serba pelik ini. Walau bagaimanapun, dia sedar memandu laju secara mebahaya boleh mengancam nyawa sendiri dan juga orang lain. Dia sedar akan hakikat itu. Tetapi, itulah terapi yang dia lakukan semasa 10 tahun lalu.

Bukan mudah menjadi satu-satunya tempat berpaut bagi seseorang yang masih berumur 19 tahun pada ketika itu. Jack masih berusia 13 tahun dan Syd pula berusia 15 tahun. Mereka tidak ada ahli keluarga yang lain kerana ibu bapa mereka juga merupakan anak yatim. Oleh itu, tanggungjawab semua terletak di bahu Hann yang baru saja menamatkan persekolahan di peringkat menengah atas.

Akibat tekanan, Hann mula bergaul dengan rakan-rakan yang amat sukakan lumba kereta. Hasil daripada berlumba haram, dia gunakan untuk menampung hidup mereka tiga beradik. Selain itu, dia turut menggunakan duit itu untuk mengubah suai kereta menjadi kereta yang di gunakan semasa berlumba. Tetapi, dia tidak lagi meneruskan hobi yang sia-sia itu semenjak perbualan bersama Mr. Sim pada satu ketika dahulu.

"You ini kuat bagus maa. Pandai baiki kereta. Apa pasal you masih mau ikut itu lumba haram?" Mr. Sim muncul secara tiba-tiba. Menyoal Hann yang masih fokus membaiki enjin kereta dengan pelat cinanya yang pekat.

"Ala Mr. Sim. Kalau mau harap you punya gaji jadi mekanik sini, mana saya mampu tanggung adik saya itu dua orang," jawab Hann yang masih membongkok menghadap enjin kereta. Jarinya yang memegang spanar masih lagi ligat memutar-mutar skru. Sesekali kain yang dihampar dibahu dilap pada enjin kereta yang kotor.

"Aiyaa. Itu bukan alasanlah. You tau ka kalau you ikut itu lumba you punya nyawa pun melayang sama kalau eksiden. Bahaya tau." Mr. Sim yang berada dibelakang Hann berdiri sambil bercekak pinggang.

"Saya tau lah Mr. Sim. Jangan risau. Tahulah saya jaga diri." Hann ketawa kecil apabila mendengar nasihat Mr. Sim yang tak ubah seperti bapa-bapa yang risaukan anak mereka. Walaupun rupa Mr.Sim kelihatan tidak mesra, tetapi lelaki itulah yang sudi menerima dia bekerja semasa dia benar-benar perlukan pekerjaan selepas kematian kedua-dua ibu bapa mereka dahulu. Mr. Sim menerima dirinya yang tiada pengalaman bekerja tanpa banyak soal. Kerana itu, dia amat berterima kasih pada Mr. Sim.

Selesai saja dia mengetatkan skru pada enjin kereta, Mr. Sim menyerahkan sekeping gambar pada Hann.

"Apa ni Mr. Sim?" soal Hann hairan sambil menyambut gambar yang diserahkan oleh Mr. Sim.

"Ini kereta you tau ka?" Mr. Sim memuncungkan mulut pada gambar yang berada di tangan Hann.

"Tak pastilah pula saya. Ini kereta siapa? Tak pernah pula nampak di bengkel," jawab Hann yang masih lagi mengamati gambar kereta yang diberi oleh Mr. Sim tadi.

"Ini macam, saya mau you cari ini kereta boleh ka? Ini kereta hilang. You kan banyak kawan kaki kereta. Tanya mereka, mana tau mereka pernah nampak ini kereta," jelas Mr. Sim.

"Kalau hilang you repot polislah Mr. Sim. Kenapa suruh saya cari pulak?" Hann mengaru kepala. Aneh sungguh permintaan bosnya pada kali ini. Tiba-tiba disuruh mencari kereta. Hilang akal agaknya Mr. Sim ni.

"Tak boleh! Itu polis tak boleh masuk campur. Ada itu player dekat ini kereta. Itu polis tak boleh tahu. You buka itu player kereta. Lepas itu you kasi saya. Nanti saya bayar you duit banyak. Mau?" tanya Mr. Sim dengan raut wajah yang serius.

"Saya cubalah Mr.Sim," jawab Hann dengan nada mendatar. Kepalanya kosong. Permintaan Mr. Sim agak sukar bila difikirkan. Walaupun ramai kenalan dari kalangan kaki kereta, dia tidak pasti jika dia dapat mencari kereta yang dimaksudkan oleh Mr. Sim. Tetapi bila mengenangkan habuan yang bakal diterima, Hann akhirnya bersetuju.

Cermin - "who is the monster among them all?"Where stories live. Discover now