Bab 3

17 2 0
                                    


"Jack, Hann. Korang jangan main-main," marah Syd sambil menyuluh-nyuluh keadaan sekeliling.

Dia hanya mengandaikan saja untuk menyenangkan hati. Bukan dia tidak tahu, Hann orang yang serius apabila mereka melakukan sesuatu perkara. Jika Jack dia percaya. Jack seorang yang suka bergurau. Siap kau nanti Jack!

Tetapi kalau ikut logik, tak mungkin Hann membiarkan Jack untuk bergurau semasa sedang menjalankan misi mereka. Tiba-tiba Syd rasa seram sejuk. Perlahan-lahan dia melangkah menuju ke arah cahaya yang menyuluh. Gerak kakinya semakin perlahan. Jujur, dia takut. Tetapi gerak hatinya masih tertanya-tanya kewujudan cahaya yang menyuluh terang dari tadi.

Tiba-tiba..

"Aaa kan dah kena!" Jack melompat dari sebalik dinding.

Terduduk kaku Syd didepan Jack. Wajahnya pucat lesi. Tak guna kau Jack!

Jack ketawa sakan sambil memegang perut melihat keadaan Syd yang rohnya seperti sudah selangkah menuju ke alam lain. Rancangannya untuk mengenakan Syd berjaya. Itulah berlagak berani.

"Tak guna kau!" pantas kaki Syd menendang kaki Jack tanpa sebarang amarah. Kan dah mendapat!

"Aduh... aduh!" Jack mengerang kesakitan. Tetapi bukan kerana tendangan padu dari Syd. Hann muncul dari tepi dan jarinya menarik sideburn Jack dengan sekuat hati. Padan muka!

"Aku suruh kau turun untuk minta bateri dekat Syd. Yang kau pergi main-main, kan dah mendapat," bebel Hann panjang tanpa melepaskan sideburn Jack. Jari Jack menahan tangan kasar Hann dari terus menarik dengan lebih kuat. Terhenjut-henjut dia dibuatnya.

Sebentar tadi Hann mengarahkan Jack untuk turun ke bawah kerana lampu suluh tiba-tiba kehabisan bateri. Namun, lain pula kerja Jack. Sempat dia menyakat Syd. Perangai adik bongsu mereka itu benar-benar menguji kesabaran dia sebagai abang sulung.

"Kenapa nak bateri, Hann?" soal Syd selepas melihat Hann melepaskan sideburn Jack. Puas hatinya apabila melihat Hann membalas dendam bagi pihaknya. Sebagai anak kedua, Jack lebih takutkan Hann dari dia. Sebab itulah Jack berani untuk membuat prank sebentar tadi. Jujur, hampir gugur jantungnya akibat terkejut.

"Ni bateri habis. Pakai torchlight phone tak terang sangat. Aku minta Jack ambil tapi lain pulak kerja dia," ujar Hann sambil menjeling Jack.

Jack hanya mampu mencebik. Mana mungkin dia berani melawan. Tangannya digosok-gosok pada pipi. Kulitnya seperi rasa dicarik tadi apabila jari Hann menarik sideburnnya dengan kuat.

"Habis tu kau suluh aku kat bawah ni pakai apa tadi Jack?" soal Syd hairan apabila menyedari bahawa cahaya yang memancar tadi bukanlah dari telefon bimbit kerana ianya amat terang.

"Mana ada aku suluh kau. Aku sembuyi kat tepi dinding ni tadi," Jack menunjuk ke arah dinding tempat persembunyian dia sebentar tadi.

"Habis tu cahaya terang dari tempat kau tadi ni apa?" Syd seakan tidak berpuas hati dengan jawapan  Jack. Keningnya diangkat tinggi.

"Cahaya apa? Ni handphone aku pun dah mati. Macam mana aku nak pakai torchlight," jari Jack mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Bingung dia dengan soalan yang keluar dari mulut abang tengahnya itu.

"Ahhh.. dah-dah. Bak sini bateri baru," pinta Hann dengan menadah tangan pada Syd yang masih kelihatan keliru.

Syd bingung. Suara Hann sayup-sayup kedengan seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri pula. Otaknya masih ligat mengenangkan cahaya terang yang datang dari arah belakang tadi.

"Sydney Jymes Jonathan, hello?" Hann memetik jari tepat di wajah Syd.

"Sorry.. sorry." Setelah seketika barulah Syd sedar. Dia seakan dipukau. Jarinya menyeluk kocek seluar dan mengeluarkan tiga buah bateri lantas diberikan kepada Hann yang tertunggu-tunggu.

Usai mengantikan bateri yang baru, Hann dan Jack memulakan misi di tingkat atas semula dengan meninggalkan Syd sendirian di pinggir tangga. Jelas kekeliruan di wajahnya setelah dia mengetahui bahawa Jack tidak pernah menyuluh dia tadi.

Syd masih tidak puas hati. Habis segenap dinding disuluh. Namun tiada ada apa-apa mencurigakan. Sehinggalah di melihat seseorang melalui cermin antik yang digantung didinding.

"What the fish!" Syd melompat setapak ke belakang. Nafasnya seakan tersekat didada apabila melihat seseorang di cermin.

Rupa-rupanya itu hanyalah pantulan imej dirinya sendiri. Cermin itu benar-benar membuatkan dia cuak. Pandangannya segera dialih ke tepi. Bimbang pula jika terlihat benda yang tak sepatutnya kelak.

"Lama pula dorang dua kat atas tu. Ni confirm Jack tak bantu Hann langsung," Syd mengomong sendirian. Saja untuk menutup hatinya yang rawan, cuak dan macam-macam lagi perasaan yang ada. Seram sejuk semacam misi kali ni!

Namun baru saja dia melangkah berberapa tapak meninggalkan cermin antik, tiba-tiba satu cahaya terang menyuluh kembali. Kali ini Syd pantas menoleh ke arah cahaya yang terang itu.

Tak semena-mena, rupa-rupanya cahaya itu muncul dari cermin antik yang digantung. Bukan kerana pantulan cahaya namun cahaya itu datang dari dalam cermin.

Akibat cahaya yang terlampau terang, Syd menghalang pandangan dengan menggunakan kedua-dua lengannya. Cahaya yang terang itu menyala lebih terang dari tadi dan hampir menyinari seluruh ruang tamu sebelum ianya kembali lenyap.

Dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak, Syd kembali mendapatkan cermin itu. Sekeliling cermin itu dibelek-belek, namun tiada juga dia menemui sebarang bulb lampu ataupun lazer yang dipasangkan pada cermin.

"Aneh," bisik hati Syd.

Jejaka berusia 25 tahun itu pasti penglihatannya masih lagi jelas dan kepalanya masih ingat tentang apa yang dia lihat dan saksikan sebentar tadi. Itu bukanlah khayalan semata-mata.

***

Syd menepuk-nepuk bantal. Badannya dialih ke kiri dan kemudian ke kanan. Sebelah kaki dimasuk ke dalam selimut dan sebelah lagi di luar. Masih juga tiada posisi yang selesa. Matanya masih lagi segar.

Jarum jam didinding pula kian menghampiri angka dua. Setelah menghabiskan misi malam tadi, sungguh matanya berasa amat kelat dengan badan yang terasa lenguh. Tetapi setibanya di rumah, usai selesai mandi, matanya pula kembali segar.

"Eh aku lupa nak tutup lampu ke tadi?" Syd melihat cahaya yang masih lagi terang dari sebalik celah pintu yang sedikit terbuka.

Memang sudah kebiasaannya, apabila masuk tidur Syd akan memastikan semua lampu di rumah ditutup bagi menjimatkan bil elektrik. Bukan dia mampu nak bayar bil yang melambung tinggi setiap bulan kelak dengan gaji sebagai jurulatih peribadi di gym.

Dengan langkah yang malas, kakinya dileret menuju ke ruang tamu. Sekali lagi dia dikejutkan dengan cahaya yang keluar dari cermin yang dia ambil dari banglo sebentar tadi. Rupa-rupanya itulah yang menyebabakan ruang tamunya bercahaya.

Baru dia teringat akan keberadaan cermin itu disana. Akibat rasa ingin tahu yang mencurah-curah, cermin itu diangkut dari rumah penghuni yang mereka pecah masuk pada malam tadi.

Masakan tidak, setakat ini dia belum pernah lagi melihat cermin yang mampu mengeluarkan cahaya yang begitu terang dari permukaan cermin. Itulah sebabnya cermin itu berada di rumahnya kini. Bukannya niatnya untuk mencuri.

Cermin yang disandarkan pada dinding itu masih lagi mengeluarkan cahaya yang terang seakan sport light semasa Syd menghampiri. Tanpa dia sedari, cahaya dari cermin itu menyedut masuk dia ke dalam tanpa sempat Syd berbuat apa-apa!

"Ahh!" Syd menjerit sekuat hati saat badannya disedut dengan kelajuan yang luar biasa.

Cermin - "who is the monster among them all?"Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz