"Cik Alette setiap hari kirim hadiah untuk tuan muda bila tuan muda ulang tahun."

"Kalau awak tahu nama saya, sepatutnya awak dah tahu lama saya tunangan awak, kan?"

Halilintar menggelengkan kepala. Dia bahkan tidak tahu nenek ini ternyata tunangannya, kerana itulah namanya sahaja Halilintar malas ambil tahu. Panggil nenek sahaja kerana rambutnya yang berwarna putih.

"Penjelasannya rumit."

"Jelaskan dengan ringkas!"

Tekun Alette mendengar penjelasan lelaki itu sambil berjalan berdua. Sesekali mata sakura mencuri pandang wajah tampan itu, bibir merah Halilintar yang ralit memberi penjelasan ditatap lama. Erat Alette menggenggam bunga ros merah.

Dia jadi tidak dapat fokus mendengarnya.

Halilintar yang perasan Alette menatapnya, membalas tatapan gadis itu. Gadis itu tidak mengalihkan pandangan buat tatapan mereka berdua saling bertaut. Bagaikan ada tarikan yang aneh, Halilintar tidak mahu berhenti menatap.

"Kau... kenapa?" soal Halilintar buat wajah Alette merah padam. Dia tersedar sudah memandang lelaki itu terlalu lama.

Laju Alette berjalan terlebih dahulu daripada Halilintar, cuba menyorok rasa malunya. Halilintar memandang Alette yang sepertinya sedang melarikan diri buat bibirnya tidak sengaja tersenyum.

Jelas-jelas gadis itu malu dengan perbuatannya. Lantas Halilintar mengejar langkah Alette.

"Nenek, berhenti." Pergelangan tangan Alette ditariknya menghentikan langkah gadis itu. Alette berpaling sedangkan wajahnya merona merah.

"Ke... kenapa? Awak nak ejek saya?"

Halilintar geleng. Tangan gadis itu mula digenggamnya erat buat Alette semakin memerah dan jantungnya berdetak amat kencang. Apa yang lelaki ini cuba lakukan sebenarnya? Jantungnya tidak lama lagi akan melompat keluar.

"Tak, aku nak kita berdua jalan bersama."

Sejak bila dia jadi suka mengusik seseorang? Entah kenapa, Halilintar ingin melihat wajah Alette yang terus memanas.

+++

"AH, sini kau!"

Taufan hanya ketawa melihat raut wajah Blaze penuh dengan amarah. Dia sengaja mencalitkan cat di wajah lelaki itu dan Blaze naik angin. Laju Taufan melarikan diri sambil memegang berus cat. Membuat Blaze marah memang menyeronokkan.

"Sini kau! Biar aku buat kat kau juga!"

"Werk! Kau takkan dapat kerjakan aku."

Thorn yang sedang sibuk mengatur langsir bersama Solar hanya tersenyum melihat Taufan dan Blaze saling berkejaran. Susah payah mereka memujuk Gempa untuk menjadi ketua semula. Mereka ingin membuat sedikit kejutan untuk Gempa yang bakal menjadi ketua semula.

Kerana itulah, mereka sibuk menghias kamar Sakura untuk meraikan Gempa!

"Kenapa aku ada kat sini?" Solar menyoal aneh. Namun tetap menolong mengatur langsir bersama Thorn.

Thorn sengih.

"Aku rasa Solar perlu jadi ahli Sakura, heheh. Nanti aku pujuk ketua!" katanya riang. Solar tersentak.

"Kau tak pujuk pun aku tahu aku layak," balas Solar sambil menaikkan cermin matanya.

Sedangkan dalam hati, Solar senang sekali. Thorn terkebil-kebil seketika, tidak lama itu dia ketawa kecil.

"Kita nanti jadi ahli Sakura sama-sama, heheh." Solar berdecit kecil. Thorn selalu begini, tidak pernah cuba berfikir negatif jika bersamanya.

Sedang Thorn dan Solar sibuk mengatur langsir, Taufan yang masih dikejar Blaze tidak sengaja terlanggar tangga yang digunakan Thorn dan Solar untuk mengatur langsir. Blaze sudah terkejut berat.

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]Where stories live. Discover now