Melantha seakan-akan menjadi orang yang paling jahat di tengah-tengah. Dia tahu bahawa hati Theodore amatlah lembut. Sebab itulah Melantha tidak menyukai keluarga ini, mereka tahu menangis sahaja! Memang keturunan betul.

Namun ini salahnya. Dia telah menghancurkan tomato kesayangan Theodore.

"Ja... jangan nangis!" teriak Melantha mengejutkan Theodore dan Thorn. Mata mereka berdua berkaca-kaca menatap Melantha yang memasang wajah garang.

"Ja... jangan marah... huhu." Tersentak Melantha. Apa dia terlihat memarahi mereka berdua?

Sudahlah Melantha tidak pandai dalam bab memujuk ni. Air liur ditelan. Apa yang harus dia lakukan? Kerana ibulah dia jadi mendapatkan kuasa ini. Melantha memang ambil sebiji perangai ibunya.

"Aku tak marah!"

"Huwaa!"

Dasar...

Melantha mula membelakangi mereka berdua. Jari digigit, dia telah membuat Theodore dan Thorn menangis secara tidak sengaja. Apa dia minta maaf sahaja? Melantha tidak pernah memaafkan orang lain kerana dia rasa tidak perlu.

Baginya, minta maaf ialah perkara yang melukai harga diri seorang Melantha. Namun sekarang situasinya begini.

Ugh.

"Aku..."

Theodore dan Thorn angkat kepala memandang Melantha yang masih membelakangi.

"Aku tak tahu apa-apa! Aku kan tak sengaja, jangan nangis lagi!" Ah, minta maaf itu sukar sekali. Dengan langkah kesal Melantha pergi meninggalkan kebun Theodore.

Sedangkan Melantha cuba untuk minta maaf, tetapi tidak dapat juga.

Terkebil-kebil Theodore dan Thorn mendengarnya. Thorn mula mengeluarkan sapu tangannya lalu diserahkan kepada Theodore buat Theodore memuncungkan bibirnya. Ingin menangis apabila Thorn amat mengertinya.

"Saya akan cakap dengan Mel, pak cik. Pak cik tahu kan Mel memang macam tu?" pujuk Thorn. Theodore hanya tersenyum kecil.

Stroot! Hingus dikeluarkan menggunakan sapu tangan Thorn. Usai mengeluarkan hingusnya, sapu tangan tersebut dihulurkan ke arah Thorn semula. Thorn lantas menolak.

"Pak cik boleh simpan," kata Thorn buat Theodore terharu. Thorn memang anak baik.

"Nanti kalau Mel dah membaik, ajak dia makan malam kat sini. Mel kan suka masakan mak cik," beritahu Theodore mendapat anggukan daripada Thorn.

Thorn mula berlari mencari di mana keberadaan Melantha. Nama adiknya dilaung sekuat hati.

"Mel! Mana Mel?"

Terhenti langkah Thorn saat tidak sengaja melihat Melantha duduk di atas rumput berhadapan tasik. Kelihatan gadis itu sibuk membaling batu ke dalam tasik menarik senyuman di bibir Thorn. Syukurlah adiknya tidak pergi terlalu jauh.

Melantha ialah adiknya, tetapi berlainan ibu. Ayah kahwin dua kerana ibu Thorn yang menginginkannya. Ibu Melantha yang merupakan kawan ibu Thorn pernah mencintai ayah secara diam-diam tetapi tidak pernah mendapat kesempatan kerana sikapnya yang kasar.

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]Where stories live. Discover now