Tapi tu plan semalam. Plan sebelum dia sedar yang dia tersalah order, dan spend the night siapkan order tu sampai tak tidur.

Hawa mengeluh lagi. Nak buat macam mana, benda dah jadi. Nak menyesal pun tak guna. Adalah tu hikmah di sebaliknya.

Dia yang berada di dalam bilik di sebelah dapur, tempat untuk berehat dan bersolat melangkah keluar dan berjalan ke arah deretan roti dan dessert. Makan tu pun okeylah, alas perut sebelum dia nak pergi pasar raya untuk beli barang dapur.

Apabila Hawa melihat ke arah deretan roti dan dessert tersebut, dia ternganga.

"Weh, seriuslah kosong?" Hawa pantas mendekati bahagian yang sepatutnya tersusun roti. Roti-roti yang semuanya favourite dia. Dia menoleh pula ke arah bahagian yang tersusun dessert.

Pembetulan, sepatutnya tersusun dessert. Sebab sekarang bahagian tu pun kosong. Habuk pun tak ada.

Tiba-tiba, dia teringat yang Kiera memberitahunya sebentar tadi yang dia akan mengambil semua baki roti dan dessert yang tak terjual untuk dijual di sekolah adik perempuannya. Adik dia ada Hari Kantin, dia kata.

Dan dia angguk je.

Ugh.

Hawa berjalan mundar-mandir di sekeliling kedai. Perlahan jelah, sebab dia penat, takde tenaga. Dia cuma telan air je dari pagi. Nak makannn..

Kunci kereta di atas kaunter dicapai. Patut ke dia pergi je kedai makan..dan makan, macam yang orang lain biasa buat..?

Hawa menelan liur. Nak bayangkan pun dia rasa nak muntah. Dia mengambil tempat di sebuah kerusi berdekatan dengan kaunter. Kepalanya yang mula terasa berdenyut dipicit perlahan. Semua sebab lapar la ni. Apalah kau ni Hawa, bukak kafe, tapi kau sendiri tak makan.

Apa yang susah sangat nak makan kat kedai makan tu? Menyusahkan diri jelah, bebelnya kepada diri sendiri.

Masalahnya, dia tak boleh. Dia memang tak boleh. Sejak peristiwa tu berlaku..dia dah tak mampu.

"Hawa?"

Hawa membuka matanya. Dia pun tak sedar bila matanya terpejam. Matanya memandang wajah Aniq yang sedikit berkerut memandangnya.

"Kau okey tak? Muka kau macam pucat je. Kau sakit ke?" tanya Aniq risau. Dia masih lagi berdiri berdekatan meja di sebelah Hawa.

Hawa menggeleng lemah. Aduh, lelaki ni datang pulak. Macam saving the damsel in distress pula gayanya.

Tapi Aniq dah berpunya. Tak payahlah nak merepek, Hawa. Dia bukan untuk kau.

"Habistu?" tanya Aniq lagi. Kalau tak sakit, kenapa muka Hawa macam mayat hidup je ni?

"Aku lapar," balas Hawa perlahan.

Aniq terpaku.

Terpana.

Ter..kejut?

"Huh?" itu sahaja yang mampu diungkapkannya. Dia mengelip-ngelipkan matanya beberapa kali, cuba menghadam kata-kata Hawa.

"Kau lapar? Dah tu, makan jelah. Apa masalahnya?" kata Aniq lagi. Tulah ayat paling merepek dia pernah dengar. Hawa bukannya budak kecik lagi. Kalau lapar, makan la. Kedai makan bersepah kat sini. Kalau tolak tergolek-golek pun boleh sampai.

Hawa menghela nafas panjang sebelum mengangguk. Buat apa dia nak explain kat lelaki ni? Bazir tenaga dia adalah.

"Bijaknya jawapan kau. Kenapalah aku tak terfikir dari tadi," perli Hawa. Dia masih lagi memicit pelipisnya. Aduh, minyak angin tak bawak pula.

Kali ini, Aniq duduk di meja sebelah Hawa. Dia masih lagi tidak berpuas hati.

"Tak fahamlah. Betullah kan. Kalau lapar, makan la. Ke kau puasa?" Aniq menyengetkan kepalanya, cuba memikirkan masalah yang dihadapi Hawa.

In The DreamsWhere stories live. Discover now