Fifteen

28 2 0
                                    


"Abang, jom pergi kafe Hawa sekejap. Dah lama tak jumpa dia," kata Ainur selepas dia meletakkan alatan melukisnya di seat belakang dan masuk ke bahagian sebelah pemandu.

Banyak barang-barang lukisan dah habis. Sekarang pun, student yang belajar dengan dia makin ramai. Kelas lukisan yang dia buat dah makin berkembang. Makin famous nampaknya.

Malik mengangguk sebelum kereta Toyota Yaris yang dipandunya meluncur laju meninggalkan deretan kedai tersebut.

Setibanya mereka ke sebuah kafe bercat putih di bahagian luar dan tertulis Afreeenz Cafe, Ainur dan Malik keluar beriringan dari kereta. Ainur ingin berjalan di hadapan, tetapi Malik pantas mencapai tangan kanan isterinya lalu digenggam erat. Ainur terus berpaling ke arah suaminya yang tersengih.

"Aduh abang ni. Comel je," kata Ainur lalu ketawa kecil. Jari-jemarinya disilangkan dengan suaminya lalu mereka berjalan beriringan mendekati kafe tersebut.

Hmm, macam tak ada orang. Ainur mengecilkan matanya memandang ke arah dalam kafe, ingin mencari kelibat Hawa. Mana boss yang terlebih busy sampaikan takde  masa langsung nak melepak dengan dia ni?

Apabila matanya menangkap susuk tubuh Hawa, mata Ainur terus membulat. Kakinya berhenti melangkah.

"Abang, tengok tu!" kata Ainur teruja. Mulutnya memuncung ke arah dalam kafe yang sedikit suram itu.

Malik pantas memandang ke arah yang ditunjukkan Ainur. Bibirnya menarik senyum. Dia mengangkat kedua-dua keningnya penuh makna ke arah Ainur yang turut melakukan perkara yang sama. Mereka perlahan-lahan mendekati kafe tersebut, tidak ingin kewujudan mereka berdua disedari oleh dua orang manusia yang nampak mencurigakan dalam kafe tersebut.

"Wah, Hawa. Kau kata busy tak dapat jumpa aku, tapi jumpa Aniq ni boleh pulak eh? Dah ada kawan baru ke sekarang?" terjah Ainur sambil membuka pintu kafe.

Hawa tersentak. Dia membulatkan matanya, jelas terkejut dengan kedatangan tiba-tiba Ainur. Aduh, mak cik ni! Memang suka main terjah aje. Hawa memusingkan bola matanya ke atas lalu bangun dari kerusinya.

Malik mendekati Aniq yang masih lagi tidak memandang ke arahnya dan Ainur. 

"Aniq?" 

Aniq menoleh. Senyuman tawar dilepaskan. Sedaya upaya dia cuba memaniskan mukanya. Tadi dia cepat-cepat kesat air mata bila dengar suara Ainur. Dia tak nak ada orang lain yang tahu dia menangis hari ni.

Melainkan Hawa.

Malik terkejut melihat wajah Aniq. Walaupun Aniq cuba sebaik mana pun nak sembunyikan perasaan dia, dia kenal kawan baik dia ni dah lama.

"Kau okey ke?" tanya Malik perlahan. Aniq meletuskan tawa. Nampaknya dia memang tak dapat nak sembunyikan apa-apa dari kawan dia yang satu ni.

"Aku okey je. Kafe Hawa nilah, banyak habuk. Masuk mata aku. Pedih," balas Aniq bersahaja.

"Woi, aku boleh dengar tau," kedengaran suara Hawa mencelah dari arah tempat membuat air. Aniq ketawa lagi.

Malik hanya memandang ke arah Aniq. Tak apalah, kalau Aniq belum nak cerita, dia sanggup tunggu. Yang penting sahabatnya itu okey.

Tidak lama kemudian, Hawa kembali semula ke hadapan sambil tangannya memegang dulang berisi dua gelas air latte dan cappucino. Dulang tersebut diletakkan di atas meja tempat Malik dan Ainur duduk. Ainur masih lagi tersengih memandang Hawa yang buat muka tak berperasaan sambil meletakkan kedua-dua gelas tersebut dan duduk semula di meja bersama-sama Aniq.

"Weh, Hawa. Kau dengan Aniq..ada apa-apa ke?" tanya Ainur straightforward. Matanya silih-berganti memandang ke arah Hawa dan Aniq.

Malik yang baru sahaja menyedut air cappucino miliknya menahan tersedak. Dia menggelengkan kepalanya ke arah Ainur, meminta isterinya berhenti berkata-kata. Aduhai Ainur, dia ni memang tak reti nak baca situasi langsung la. Dia tak perasan ke vibe-vibe sedih di udara sekarang?

In The DreamsWhere stories live. Discover now