33 + terima kasih

Start from the beginning
                                    

Perlahan-lahan Halilintar tautkan jari kelingkingnya buat Gempa tersenyum lebar. Entah sebesar apa rasa sayang Gempa terhadapnya, Halilintar tidak tahu. Apa dia begitu berharga bagi Gempa?

Halilintar fikir dia bukanlah sesiapa bagi orang lain. Ketika kesunyian selalu menemani Halilintar, Gempa selalu menariknya keluar agar tidak terus sendirian. Mengajaknya bermain bersama seperti budak-budak, memperlihatkan Halilintar bahawa dunia kadang terasa indah.

"Kalau abang atau aku yang mati dulu, macam mana dengan janji kita?" Halilintar menyoal tiba-tiba buat Gempa tergamam mendengarnya.

Tiba-tiba kedengaran tawa terletus daripada Gempa menarik perhatian Halilintar. Apa yang kelakarnya?

"Kalau macam tu, aku akan pilih jadi hantu supaya aku boleh bersama kau. Kita abang dan adik yang tak boleh dipisahkan tau? Hahah."

Ternyata Gempa benar-benar menganggapnya keluarga. Halilintar tunduk menatap rumput, dia ingin kekal begini. Namun kerana keserakahannya tidak rela Gempa berubah buat hubungan mereka berdua gelap tanpa cahaya.

Andai sahaja dia tidak dipungut oleh Grandville.

Shrak! Shrak!

Gempa menyaksikannya, ibu dan ayah yang diikat leher dan digantung di hadapan mata. Bulu romanya menegak, tubuh menggigil hebat buat peluh semakin banyak keluar. Gempa merasakan nafasnya tidak cukup.

"Ibu... ayah?" Kepala ibu dan ayahnya seakan dibelah. Anehnya, otak mereka berdua yang diambil.

Tanpa sedar air matanya menitis jatuh. Tubuh jatuh terduduk melihat kedua ibu ayahnya dibunuh di hadapan mata. Dihamburkan tangisannya bagaikan anak kecil. Jika ini mimpi ngeri, bangunkanlah dia dari mimpi ini.

"Hah... hah..."

Gempa tidak dapat menerimanya. Kenapa harus ibu ayah? Lelaki dengan sepasang iris matanya berwarna coklat, sebelah matanya ditutup dengan rambut. Menatap Gempa yang menangis sampai terduduk.

"Mana Hali?" soalnya buat Gempa tersentak. Perlahan-laham dia angkat kepala menatap lelaki di hadapannya.

Bawah bibir diketap, lelaki itu telah membunuh ibu ayahnya. Gempa cuba bangkit, tangannya siap sedia memasang tangan golem. Cuba menyerang lelaki tersebut namun tidak berhasil.

Tangan golemnya sekelip mata hancur.

"Ke... kenapa? Jangan kacau adik aku!" Cukuplah, dia tidak ingin Halilintar pergi meninggalkannya pula.

Namun lelaki itu tidak mendengarkannya. Dia melewati Gempa buat Gempa terpempan. Terhenti langkah lelaki itu tatkala Gempa menarik kedua-dua kakinya, agar tidak menemui Halilintar. Untuk apa lelaki ini mengganggu adiknya?

"Lepaskan aku selagi aku masih baik-baik."

"Hali tak bersalah! Dia satu-satunya adik aku... aku minta sangat-sangat jangan ambil dia daripada aku. Tolonglah..." rayu Gempa, masih erat memeluk kedua-dua kaki lelaki itu.

Lelaki itu mengeluh berat. Dia tidak tertarik dengan lelaki yang bakal menjadi pewaris Grandville, kerana yang dicarinya hanya Halilintar. Tangannya dikotori dengan darah kerana terpaksa, mereka telah menghalangi jalannya.

Apa dia bunuh sahaja Gempa?

"Apa kau betul-betul kenal siapa Hali? Aku jaga dia selama ni, tapi dia lari daripada aku. Aku bagaikan dikhianati bila tahu dia dah diambil sebagai anak angkat oleh keluarga ni. Hali milik bos, bukan kau mahupun keluarga ni."

Laju Gempa menggeleng. Apapun diri Halilintar yang sebenarnya, dia tidak kisah. Dia sudah menyayangi lelaki itu seperti adik kandungnya sendiri, mana mungkin dia mampu melepaskan Halilintar.

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]Where stories live. Discover now