••••

Aku berdiri didepan pintu wad itu sambil mata ku tertujuh kepada wanita yang terlantar diatas katil itu. Setitik demi setitik air mata aku mula jatuh bercucuran, aku menangis teresak esak.

"K...kenapa n...n...nasib aku begini, kenapa harus aku. sungguh aku tidak kuat ya Allah." Air mata Helena pun semakin deras menuruni pipi mulusnya. jujur dia tidak kuat untuk berhadapan dengan situasi ini.

Nelly pergi keluar untuk mencari warung berdekatan dengan hospital itu, untuk membeli makanan.

Kruk~
Kruk~

"Adoi perut sabar boleh tak, pwiss don't make a noise I is malu. Behave okay jangan nakal-nakal kang tak bagi kau makan padan muka." Omel Nelly sendiri. Dah macam orang gila. Gila sebab lapar hahahaha.

"Harap-harap la masih ada warung yang buka, dahlah sekarang dah pukul 10:45 malam ada lagi ke yang buka? Haihh perut aku ni dah meraung nak minta nasi tau, ish bencilah kite." Nelly berjalan sambil menghentak hentakkan kakinya. Kang tercabut padan muka engko.

"Wah perut tengok, ada warung yang masih buka la." kata Nelly dengan teruja lantas berlari kearah warung tersebut untuk membeli makanan.

••••

Prang!

Farouq menghempas botol wine ke lantai, perasaan marah mula menyelubungi dirinya bahkan akal sihatnya tidak boleh berfikiran waras.

"Orang tua tu mana! Benda remeh macam tu pun kau tak boleh nak buat ke huh?"tengking Farouq. Lantas mencengkam kolar baju anak buahnya.

"M...maaf b...boss orang tua tu licik," tergagap-gagap anak buahnya menjawab.

Farouq berdecit kecil.

"Ck! Licik. Kau memang tak boleh diharaplah bodoh!" Herdik Farouq. lantas menghempas kepala orang suruhannya ke meja kaca itu.

Prang!

Meja kaca tersebut pecah berderai akibat hentakan kepala orang suruhan nya itu.

Orang tua tu memang cari hal la dengan aku, tak puas ke duit yang aku bagi dia selama ni. sampai nak tipu aku. Memang nak cari mati agaknya.

"Apapun alasan yang kau orang semua bagi aku taknak dengar! Aku nak orang tua tu sekarang juga! Kau panggil Nevan sekarang." arah Farouq. Sambil rahang nya terketap menahan amarah.

"Ba.. Baik bos." jawab Jian.

Nevan menarik nafas panjang sebelum mengetuk ruangan itu.

Tok! Tok!

Lantas Nevan pun masuk kedalam ruangan itu. Baru sahaja dia ingin bersuara, satu tumbukan dilayangkan ke mukanya.

Buk!

Nevan cuma diam sambil mengetap rahangnya. Darah di tepi bibirnya mula mengalir.

"Masalah kecil macam ni pun kau tak boleh nak urus ke?! Apa je yang kau bagi kat konco-konco kau ni sampaikan benda kecik macam ni pun diorang tak boleh nak buat. Kalau macam ni la cara kau buat kerja, baik aku upah orang yang lebih handal buat kerja dari kau!" tempelak Farouq. Menghamburkan semua kemarahannya terhadap Nevan.

TAKDIR CINTA KITA || OGWhere stories live. Discover now